Monday, September 29, 2014

KAJANG DILANDA BANJIR KILAT. MANA NENEK KIPAS? TAK TURUN PADANG KE?

ISNIN, 29 SEPT 2014

SUMBER....
ORANG Kajang tak bising ke dan bertanya, mana wakil rakyat pilihan dan kesayangan mereka? Kenapa tak nampak muka. Atau nenek kipas masih 'masuk angin' kerana tidak dilantik jadi MB Selangor yang baharu. Berita dari Kajang yang mana hujan lebat lebih sejam petang tadi menyebabkan beberapa kawasan termasuk pekan Kajang dan Kampung Sungai Kantan dilanda banjir kilat. Hujan lebat yang bermula kira-kira jam 4 petang itu mengakibatkan banjir berulang di kawasan sama selepas insiden berkenaan pernah berlaku 10 bulan lalu. Jurucakap Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berkata, hujan lebat sejak 4 petang di sekitar Kajang menyebabkan paras air naik mendadak kira-kira satu meter dan menjejaskan pekan itu. Katanya, anggota penguat kuasa dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Kesihatan, MPKj dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kajang dengan lapan anggotanya membuat kerja pemantauan dan pembersihan. 

Namun keadaan banjir kilat semakin reda pada kira-kira 6.45 petang ini selepas air mulai surut berikutan hujan renyai-renyai, katanya. Pada Disember tahun lalu, banjir kilat akibat hujan lebat menjejaskan pekan itu dengan peniaga dan orang awam mengalami kerugian apabila harta dan kenderaan mereka rosak ditenggelami air. Sehingga sumber yang IBM dapat ini, belum lagi ada berita atau nampak kelibat wakil rakyat Kajang iaitu Wan Azizah@nenek kipas turun padang datang melawat atau memberi bantuan kepada mangsa banjir kilat yang melanda ke atas DUN nya. Dah lupa janji untuk beri khidmat yang terbaik ke Kak Jijah oiii? Atau janji tinggal janji.  Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...