MEREKA ingat dengan melarikan diri ke luar negara, mereka boleh selamat dan terlepas dari hukuman. Ke 'lubang cacing' sekali pun, akan di buru. Itu mengikut kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mana pasukannya akan memohon kerjasama polis antarabangsa untuk mengesan dan menangkap Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil. Permohonan itu yang dikenali dengan kod 'notis merah' dipohon PDRM melalui Interpol, katanya. Kita telah memohon notis merah melalui Interpol dan kita tunggulah, katanya ringkas pada sidang media di Cheras semalam. Beliau berkata demikian sewaktu ditanya tentang tindakan polis terhadap dua individu berkenaan yang menyusup ke luar negara untuk mengelak daripada dibicarakan di mahkamah. Sebelum ini Alvin Tan dan pasangannya, Vivian Lee dituduh bawah Akta Hasutan dan Akta Penapisan Filem kerana memuat naik bahan kontroversi di Internet.
Pada 25 September lalu, Alvin dilaporkan lari ke Amerika Syarikat dan sedang memohon suaka politik dari negara itu. Ali Abdul Jalil pula telah ditangkap empat kali dan berhadapan dengan tiga tuduhan menghasut. Beliau dituduh berbuat demikian kerana didakwa menghina institusi Raja-Raja Melayu menerusi Facebook. Menurut Ali, beliau ada mendapatkan pandangan Alvin sebelum lari menyusup ke luar negara. Kemana korang nak lari. Bersiap sedialah korang untuk diheret ke Mahkamah. Bersembunyi di luar negara tu, pengacut namanya dan bersifat sementera. Berapa lama korang boleh mendapat suaka dari negara orang? Bak kata perpatah, 'sepadai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga'. Maka, begitulah nasib korang. Wasallam ~ IBM