SUMBER......
MEMANG itu kehendak pembangkang. Mereka akan mangambil kesempatan dan sengaja mencari pasal serta mencari salah kerajaan jika Kerajaan tunduk dan akur dengan pemintan mereka bagi menghapuskan 'Akta Hasutan 48'. Amatlah bahaya sekiranya tuntutan mereka (pembangkang) dituntuti. Keamanan dan kestabilan dalam negara boleh tergugat jika Akta tersebut dimansuhkan kerana beberapa hak serta keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan boleh dicabar. IBM setuju sangat dengan pandangan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan (gambar bawah) bahawa akta berkenaan ketika ini berperanan melindungi beberapa perkara melibatkan institusi diraja, hak dan keistimewaan bumiputera serta kebebasan bersuara. Beliau merasakan kalau Akta Hasutan dimansuhkan, orang boleh mencabar apa-apa keistimewaan yang telah termaktub untuk bumiputera di dalam perlembagaan. Kalau semua ini dicabar beliau rasa negara kita tidak akan aman dan boleh mendatangkan keadaan di mana keselamatannya tergugat, (sedangkan) perkara inilah yang akta ini (Akta Hasutan) tadi nak lindungi, katanya selepas menjadi tetamu dalam rancangan Ruang Bicara Bernama TV malam semalam, Jumaat.
Program selama satu jam yang dihoskan oleh Sherkawi Jirim, bertajuk 'Akta Hasutan 1948' itu turut mengundang peguam serta penganalisis politik, Hasnal Rezua Merican sebagai tetamu jemputan. Tan Sri Musa berkata akta berkenaan tidak perlu dimansuh atau diganti dengan akta baharu, namun ia boleh diubahsuai mengikut peredaran zaman dengan melakukan beberapa penambahbaikan. Seterusnya, Tan Sri Musa merasakan kalau kita nak ubahsuai akta ini, kita membenarkan kritikan membina terhadap kerajaan. Ia tak jadi kesalahan asalkan kritikan bukan untuk hasut menggulingkan kerajaan dengan cara tak demokrasi. Tapi yang lain-lain berkaitan hak asasi, hak keitimewaan bumiputera, raja-raja, itu perlu kita jaga...itu penting, katanya. Kerajaan sebelum ini bercadang untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikan ia dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Untuk itu, IBM nak ingatkan kepada kerajaan supaya berfikir seribu kali sebelum memutuskan atau meluluskan supaya akta tersebut dihapuskan kerana ianya akan memakan diri sendiri. Fikir-fikirkan kerana pembangkang akan ketawa bedekah-dekah kerana berjaya memperdayakan kerajaan. Kepada DS Najib, hati-hati dengan penasihat-penasihatnya yang dilihat tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada DS Najib. Segala laporan yang mereka (penasihat) beri kepada Perdana Menteri, banyak yang memudaratkan, bukan mendatangkan kebaikan. Hati-hati DS. Wasallam ~ IBM