MAKIN dilarang makin depa nak buat. Bagi IBM, itu kurang ajar namanya. Elok di singkirkan sahaja dari kampus. Tanya kat depa (Mahsiwa) tu, depa nak belajar ke nak berpolitik? Kalau ia pun nak 'berpidato', kenapa gunakan nama si Anwar al-jub tu? Difahamkan, mereka (siswa)Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) akan meneruskan program pidato Anwar Ibrahim al-jub di kampus itu pada Isnin depan ini walaupun dilarang pengurusan kampus. Larangan itu dikeluarkan oleh Timbalan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr Rohana Yusof seperti yang dilapor didalam akhbar tempatan hari ini. "Kita akan teruskan," kata Presiden PMUM, Fahmi Zainol(gambar bawah kanan) dengan bongkaknya. Laporan dari sebuah akhbar tempatan menyebut, Rohana mendakwa PMUM merupakan pertubuhan haram kerana tidak pernah berdaftar dengan universiti.
Pertubuhan haram le tu. PMUM juga tidak pernah memohon kepada pengurusan kampus untuk mengadakan program itu, kata Rohana yang turut memberi amaran untuk mengenakan tindakan ke atas Fahmi. Katanya, siswa berkenaan boleh digantung pengajian selama dua semester atau dikenakan denda sebanyak RM200 sekiranya tetap berdegil. "Mahasiswa yang menyertai program berkenaan juga berdepan dengan tindakan tatatertib,". Siswa berkenaan bagaimanapun enggan tunduk dengan amaran seperti itu dan mempersoalkan kembali niat sebenar di sebalik tindakan berkenaan. Menurutnya lagi, kesungguhan Rohana untuk mendenda beliau menunjukkan pengurusan Universiti itu lebih berminat untuk mengaut wang dari mahasiswa. Kata Fahmi, pengurusan UM yang menurutnya tidak pernah pun "membuat permohonan" kepada siswa UM jika mahu menaikkan yuran pengajian. "UM hendak sangat duit mahasiswa... Saya bukan budak sekolah lagi Datuk (Rohana)," kata Fahmi lagi.
Sementara itu, sayap pemuda PKR mula jadi 'batu api' dan 'masuk jarum'. AMK menyifatkan larangan oleh pengurusan Universiti itu sebagai tindakan yang memperkecilkan kebolehan mahasiswa untuk berfikir. Naib ketuanya, Fahmi Fadzil (nama pun sama dengan Presiden PMUM)turut menyifatkan langkah tersebut sebagai tindakan kolota yang akan menjejaskan nama baik universiti tersebut. "Tindakan UM ini bersifat autokratik, antidemokratik, dan memperlekeh kebolehan serta keupayaan mahasiswa untuk berfikir dan menyatakan pendapat mengenai perkembangan senario sosiopolitik tanah air terkini."Ia adalah satu langkah ke belakang buat menara gading tertua di Malaysia.
Ia berusaha mengongkong mahasiswa di bawah tempurung politik kolot, dan pasti akan mencemar nama baik UM di mata institusi pengajian tinggi yang lain di dunia, katanya dalam satu kenyatan. PMUM sebelum ini mengumumkan program bersama Anwar itu akan berlangsung di Dataran Dewan Tuanku Canselor UM, sehari sebelum rayuan terakhir kes Liwat II didengar di Mahkamah Persekutuan.Bagi IBM tuduhan melulu Naib Ketua AMK, Fahmi adalah mengatakan pihak pengurusan UM memalu dan mencemarkan nama baik Universiti tersebut pihak Universiti diibarakan seperti 'cetek' pemikiran. Siapa yang memalukan, mencemar siapa ni? Memang dasar pembangkang tak ada otak dan kerja lain. Anwar al-jub nak masuk penjara, kenapa korang sibuk2 ni? Wasallam ~ IBM