BUKAN tujuan IBM untuk mengeruhkan lagi keadaan dalam isu "IWTTAD" ni. Tapi, demi untuk kesucian agama Islam kita yang agak tercemar di dalam isu ini, maka IBM tiada pilihan terpaksa memaparkan nya sekali lagi. Angin juga dibuatnya. Kali ini biar pihak yang arif lagi mengetahui akan hukum halal atau haram bagi umat Islam menyentuh anjing, apatlah lagi ianya dibuat dalam satu pesta. Para peserta yang hadir kebanyakannya adalah orang-orang Islam. Sehubungan itu, Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menempelak sebilangan ilmuan agama yang 'mengeluarkan fatwa sendiri' dengan mengatakan tidak ada larangan dalam menyentuh anjing, sehingga boleh mendorong kekeliruan di kalangan umat Islam. Menerusi satu sesi kuliahnya, Azhar menyifatkan ilmuan agama yang tergolong dalam kumpulan sedemikian sebagai 'tidak ada otak' kerana tidak memahami dengan jelas situasi dan hukum berhubung perbuatan menyentuh anjing. Nabi tak suruh pergi dukung anjing.. Sekarang ini ramai ustaz gila babi tulis dalam blog mengatakan tidak mengapa kalau pegang anjing, Nabi tak kata haram.. Lihat, ini agenda Yahudi Nasara.
Mentang-mentang Nabi tak kata jangan peluk anjing, sekarang ni ramai pula buat sebab rasa tidak mengapa untuk peluk anjing kerana tak ada larangan. Ini bodoh, kerja gila belaka. Nabi suruh pegang tangan ibu bapa, dapat pahala.. Isteri pegang tangan suami, minta ampun..Kita pula sibuk nak pegang babi, katanya menjawab pertanyaan berhubung hukum bersentuhan dengan haiwan berkenaan. Ustaz Azhar dalam pada itu menjelaskan bahawa walaupun tiada nas di dalam Al-Quran yang mengatakan tiada larangan untuk menyentuh anjing, namun harus difahami dengan jelas bahawa Islam tidak menyuruh umatnya mendekatkan diri dengan najis secara sengaja. Oleh itu perbuatan menyentuh anjing yang juga tergolong dalam najis berat (mughallazah) tanpa sebab musabab yang jelas seperti darurat, adalah haram. Haram ini ia sengaja memindahkan najis kepada kita..Contohnya kalau kita sedang berjalan terjumpa najis ayam, lepas itu ramas, dan kemudian basuh. Itu Haram.
Memang dah basuh..tapi itu masalah lain. (Tapi) sengaja mengotorkan diri hukumnya haram, jelasnya lagi. Debat berkaitan dengan hukum menyentuh anjing semakin hangat diperkatakan selepas penganjuran program kontroversi 'I Want To Touch A Dog' di Central Park, One Utama, Ahad lalu. Apatah lagi, program itu turut disertakan dengan penampilan seorang penceramah agama, Ustaz Mohd Iqbal Parjin, sekaligus menimbulkan pertikaian di kalangan masyarakat yang melihat tindakan ilmuan itu yang seolah-olah berkompromi soal hukum hakam, sebagai tidak wajar dan mengelirukan. Bagaimanapun, Mohd Iqbal telah memohon maaf secara terbuka kerana penglibatannya dalam acara itu mencetuskan kekeliruan kepada orang awam, sambil menegaskan tidak bersetuju sama sekali dengan aksi peluk, cium anjing seperti yang dilakukan peserta yang hadir, yang rata-ratanya beragama Islam. Sebelum ini, beberapa tokoh agama juga turut memberikan maklum balas dengan menyifatkan penganjuran program tersebut sebagai satu percubaan untuk menghina ulama dan pihak berkuasa agama.
Sementara itu, bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, perbuatan menyentuh anjing secara sengaja adalah haram kerana ia merupakan najis berat iaitu najis mughallazah yang dipandang serius dalam mazhab Shafie dan Hambali. Jangan cuba mencipta budaya yang bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini, katanya. Malah, penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias juga mengkritik penganjuran program tersebut dan menyifatkannya sebagai agenda halus bagi menanam fahaman liberal dan plural dalam kalangan umat Islam. Apa lagi para pembaca sekalian. Ada faham? Yang diluar sana tu (umat Islam), masih nak sentuh anjing lagi ke? atau lepas ini sentuh 'babi' pulak. Kenapa tidak penganjur buat satu program 'Saya Mahu Sentuh Al-Quran'. IBM rasa memang ramai dikalangan kita umat Islam dah lama tak sentuh kitap suci al-quraan. Betul tak? Kan berfaedah tu. Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM