Sunday, September 6, 2015

ADA USAHA MEMECAH-BELAHKAN UMNO OLEH PIHAK TERTENTU. ADAKAH MUSUH DALAM SELIMUT?

AHAD, 05 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA


UMNO kini sedang diserang. Serangan tersebut sudah semestinya datang dari musuh Umno yang lama. Tapi, tidak mustahil sekiranya serangan tersebut datangnya juga dari kalangan ahli-ahli itu sendiri. Bak kata perpatah seperti 'musuh dalam selimut'. Perkhabaran yang hangat dan mendapat liputan dalam akhbar-akhbar tempata dan juga dari portal pembangkang apabila kononnya akan berlaku pemecatan melibatkan jawatan tertinggi parti pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 9 September ini hanya bertujuan mahu memecah-belahkan parti itu. Perkara remeh itu di sangkal oleh Ahli MT, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya itu semua tak betul, fitnah dan hanya khabar-khabar angin. Usaha untuk memecah-belahkan parti UMNO sudah bermula sejak sekian lama iaitu selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu bagi menimbulkan rasa kurang keyakinan ahli terhadap pucuk pimpinan parti.
Menurut DS Ismail lagi, langkah tersebut dilakukan bukan untuk melemahkan pemimpin tersebut sebaliknya bertujuan menjadikan parti itu lemah serta tiada sokongan daripada akar umbi. Apa yang menghairankan beliau adalah bagaimana orang luar boleh membuat cerita tentang pemecatan itu sedangkan beliau sendiri dalam MT tidak tahu mengenai perkara tersebut?. Atas sebab itu beliau minta semua ahli UMNO jangan mudah mempercayai khabar-khabar angin seperti ini, katanya. Itulah sedikit berita yang IBM dapat dari rakan blogger IBM di Pahang. Sebelum ini kalau korang masih ingat Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan khabar angin bahawa mesyuarat MT parti pada 9 September ini akan membincangkan isu pemecatan Timbalan Pre­siden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. 

Oleh itu, DS Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengingatkan kepada semua ahli-ahli UMNO supaya memberi tum­puan terhadap usaha memperkukuhkan parti termasuk fokus untuk memenangi Pilihan raya umum akan datang, melaksanakan kerja-kerja menambah pengundi baharu dan bukannya mempercayai berita sebegitu. Itu yang lebih penting dan utama. Apabila kita terlalu taksub de­ngan cerita-cerita fitnah seperti ini, bukannya akan memperkuatkan parti malah akan menghilangkan keyakinan ahli terhadap pemimpin dan itulah yang sedang berlaku sekarang, tambahnya. Maka, ayuh rakan-rakan ahli-ahli Umno sekalian, bangkitlah, kerana perjuangan kita masih jauh dan masih belum selesai. Kepada pembangkang, ianya akan menjadi 'mimipi ngeri' sekiranya ahli-ahli Umno bersatu. Umno tetap untuh. Hidup UMNO! Wassallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...