Monday, September 28, 2015

WAN AZIZAH@NENEK KIPAS TENGAH CARI RM2.6 B? UNTUK APA YE? BACA...JANGAN TAK BACA!

ISNIN, 28 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA
PADA mula IBM ingat nak rehat satu hari lagi. Lepas tu baru kembali menulis dalam blog ini. Tapi, bila terbaca didalam portal Pro pembangkang (cerita karut) naik bulu ruma IBM. Maka, terpaksa lah dok menaip kembali. Kononnya Pembangkang ketika ini, saat ini tidak mempunyai RM2.6 bilion 'wang derma' untuk mendapatkan MP BN menyeberang dengan menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Ketua Pembangkangnya, Kak Wan Azizah@Nenek kipas semasa di satu majlis di Seberang Jaya  (perasmian mewsyuarat tahunan PKR cabang Permatang Pauh) berkata pihaknya mempunyai niat untuk membeli mereka (MP BN). 
Tapi, tidak mempunyai wang untuk membeli mereka. Maka, kata Kak Wan, jika mereka (Pakatan) mempunyai kuasa terhadap RM2.6 bilion, ia mungkin membantu mereka, sebab itu saja cara yang ada untuk menyingkikan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Wan Azizah berkata demikian ekoran DS Najib yang kini berdepan tekanan besar mengenai isu sumbangan RM2.6 bilion yang didakwa diterima dari penderma negara Arab tanpa dinyatakan namanya. Wang tersebut dilaporkan disimpan dalam akaun beberapa bank peribadinya sebelum pilihan raya umum 2013 dan DS Najib menegaskan wang itu tidak digunakan untuk kepentingan peribadi. 
Juga kata Kak Wan bahawa DS Najib turut berdepan dengan kritikan antarabangsa dalam menguruskan firma pelaburan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Apabila ditanya oleh pemberita bila pembangkang akan membentangkan undi tidak percaya bagi menyingkirkan DS Najib kerana kebanyakan MP pembangkang menyatakan sokongan terhadap langkah itu. Wan Aziah yang juga ADUN Kajang berkata pembangkang sedang berbincang cara terbaik untuk melakukannya, termasuk "melakukannya di luar Parlimen". Maka, kesimpulanya di sini, ingin IBM tekankan bahawa pembangkang haram jadah ini tidaklah seberdih yang disangka. 
Dalam menifesto PRU ke-13 mereka yang lalu, kalau korang masih ingat le, mereka melaung-laungkan bahawa kerajaan pakatan adalah sbuah kerajaan yang berkebajikan, bersih, cekap dan amanah. Tapi, dari apa yang kita semua dengar dasri percakapan mulut ketua Pembangkang, Wan Azizah@nenek kipas, mereka lagi teruk daripada kerajaan yang sekarang. Bayangkan jika RM2.6 billion itu jatuh ke tangan Pakatan haram. Apa akan jadi? Sudah tentu mereka akan gunakan sewenang-wenangnya untuk membeli MP-MP dari Barisan Nasional (BN untuk menjatuhkan DS Najib. 
Dan....kemungkinan perkara yang lebih buruk akan berlaku. Al-maklumlah duit ada ditangan. Boleh buat apa saja mereka suka. Tapi, IBM yakin, MP dari BN tidaklah sebodoh itu, Bukan semua orang boleh dibeli dengan wang-ringgit. Memang itu permainan pembangkang. Maka, sudah jelas, duit adalah senjata utama pembangkang untuk membeli para-pengundi. Apapun kita tunggu di PRU ke-14 nanti. Adakah duit mengatasi segala-galanya. Dan adakah duit yang akan memenangkan pembangkang untuk menjadi kerajaan baru? Kita tungguuuu. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...