SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA
AKHIRNYA 'himpunan merah' mendapat permit. Perkara ini disahkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz sendiri bahawa pihaknya telah memberikan 'lampu hijau' kepada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok pada 16 September ini. Maka, tiada keraguan lagi. Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata Himpunan Rakyat Bersatu itu dianggap sah mengikut undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman.
Kebenaran itu kata Khalid, diberi setelah penganjur memperoleh kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok bagi menganjurkan perhimpunan itu. Sehubungan itu kata Khalid, pihak polis akan dikerah bagi memastikan perhimpunan itu berlangsung dengan aman. Dalam pada itu kata Khalid, pihak polis akan memantau ucapan pada perhimpunan berkenaan dan memberi amaran akan mengambil tindakan kepada mereka yang membuat kenyataan berunsur hasutan.
Apa lagi tunggu, jom dapatkan 'baju merah', turun kita ramai-ramai. Kita penuhkan program 'walkabout' bertemu dan bermesra dengan pelanggan Cina (Bukit bintang dan Petaling Street) yang baik hati. Kepada kumpulan dan penganjur BERSHIT, korang tak jelous ke?. Mai lah joint sekaki kerana baju merah banyak lebih. Huhuhuhu. Jumpa korang semua disana. Wasallam. Sekian dari saya ~ IBM
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete