Thursday, September 3, 2015

MEMANG CARI NAHAS. INDIVIDU PIJAK GAMBAR PM KINI DIBURU POLIS

KHAMIS, 03 SEPTEMBER 2015


SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

BERANI buat berani tanggunglah. Kenapa pulak sembunyikan diri. Walau kemana pun kau lari atau sembunyikan diri, lambat-laun Polis akan jumpa juga. Berita terkini, Polis masih memburu suspek yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan kes berkenaan. Polis menyeru orang ramai untuk membantu mereka. Ini budaya-budaya yang dipromosikan oleh Bersih. Ini bukan budaya orang Melayu, orang Malaysia. Pijak-memijak gambar pemimpin, sapu dengan penyapu ini budaya mana ni?, tanya Ketua Polis Negara. 

Beliau dimaklumkan bahawa pihak Bersih ada pasukan yang akan pastikan tertib tingkah laku tetapi video dikeluarkan ada pijak gambar pemimpin, sapu dengan penyapu, Budaya mana ni? tanya Tan Sri Khalid lagi. Beliau ditemui semasa sidang media selepas perasmian Majlis Sambutan Peringatan Hari Pasukan Polis Marin ke-68 di Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, di Pelabuhan Klang hari ini, Khamis. Sebelum ini, gambar individu yang menyertai perhimpunan Bersih 4.0 baru-baru ini menjadi viral di laman sosial. Ia menunjukkan aksi dua wanita memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang. Jesteru, pihak Polis akan terus berusaha menjejaki individu-individu tersebut untuk disoal siasat dan akan diambil tindakan Mahkamah jika didapati bersalah

Tapi, bagi IBM memang salah pun. Biadap dan kurang ajar. Rakyat di seluruh negara memang menanti dan mendoakan agar si pemijak gambar PM dan Presiden PAS ditangkap segera. Mana mahu lari amoi! Tunggu le nasib kamu. Wasallam. Ikhlas dari saya ~
IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...