SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA
Harga keseluruhan bahan api naik sebanyak 10 sen per liter bagi bulan Oktober. Menurut sumber, harga untuk RON95 dan petrol RON97 yang telah ditetapkan pada RM2.05 dan RM2.45 seliter, naik 10 sen dari harga yang ditetapkan pada bulan September.
Harga diesel biasa juga naik 10 sen kepada RM1.90 seliter, manakala diesel Euro 5 kini berharga RM2 seliter. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memilih untuk menetapkan harga petrol dan diesel melalui apungan terurus sejak 1 Disember tahun lalu - SUMBER
P/S : Jangan...jangan panik semua. Biasalah bila harga minyak diapungkan. Insyallah harga akan turun kembali. Tapi, kalau boleh jimat, jimatlah. gunakan kenderaan awam jika perlu. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.
Apa yang nak di panikan, Nilai RM jatuh pun rakyat tak panik.Rakyat yang tak guna kenderaan dia tak ambil kisah minyak naik, tapi kalau barang runcit naik , barulah mereka panik..lain lah dengan sdra...orang kaya..RM jatuh pun tak kisah..kesian dengan orang kampong.. sara hidup setiap hari meningkat..
ReplyDeleteibm ~ Crown Bridge,
DeleteSalam,
Rakyat yg bijak dan memahami keadaan ekonomi negara skrg, memang tidak panik.Ada hikmahnya, bila harg minyka diapungkan. Ibarat berniaga. Kadang rugi kadang untung. Tentang harga brg pula, itu pun luar kawalan kita. Semua brg didunia ini naik. Mana ada negara yg berkata brg2 di tempat mereka x naik. Ini kerana kos kehidupan sudah naik. Harap bersabar.