Thursday, October 1, 2015

PENULIS BLOG DISIASAT SKMM??

KHAMIS, 01 OKTOBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA
Penulis blog Shahbudin Husin dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) semalam untuk memberi keterangan berhubung tulisan dalam blognya berkaitan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi. Anggota Umno itu memberi penjelasan berhubung tulisannya pada 20 September bertajuk "Kenapa lawatan rasmi Zahid ke Indonesia sama tarikh dengan majlis sanding anaknya di Jakarta?". Shahbudin berkata beliau disiasat oleh SKMM bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan ia kali pertama dipanggil berbuat demikian. Menulis dalam blognya hari ini, 
Shahbudin berkata sehari sebelum itu, kakitangan SKMM datang ke rumahnya untuk menghantar surat arahan kehadiran supaya beliau mematuhi perintah yang dikeluarkan. "Sebelum diambil keterangan, saya dimaklumkan oleh pegawai penyiasat SKMM bahawa saya disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). "Saya menjelaskan kepada pegawai SKMM bahawa artikel yang ditulis itu lebih berupa pertanyaan dan bukannya tuduhan kepada Zahid Hamidi memandangkan ia sudah menjadi perbualan ramai sebelum itu," tulis Shahbudin.
Menurutnya, beliau memberi keterangan kepada suruhanjaya itu selama dua jam. Seksyen 233 memperuntukkan seseorang melakukan kesalahan bagi penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya. Shahbudin berkata artikel yang ditulisnya itu lebih kepada pertanyaan dan bukannya tuduhan bagi membolehkan Zahid atau pegawainya menjawabnya. Katanya, hal ini sama seperti yang berlaku kepada lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke majlis persandingan anaknya di Kazakhtan pada April lalu. 
Menurutnya lagi, beliau turut memaklumkan satu perenggan dalam tulisannya bahawa beliau memohon penjelasan daripada Zahid bagi mengelakkan fitnah dan salah faham berhubung perkara itu. "Sebagai penulis, saya hanya membangkitkan apa yang menjadi perbualan ramai itu... "Ketika menjadi wartawan dulu, saya pernah sekali diberi amaran oleh Kementerian Dalam Negeri mengenai penulisan berkaitan Korea Utara. "Semua cabang dan jalur kehidupan pada hakikatnya ada cabaran masing-masing serta kerikil-kerikil yang mesti dilalui," katanya. Dalam tulisanya juga, Shahbudin mendakwa bahawa aduan kepada SKMM dibuat oleh pembantu Zahid - SUMBER.
P/S ~ IBM tak mahu komen apa-apa. Cuma ingin mengingatkan rakan-rakan blogger yang lain supaya berhati-hati bila menulis. Kadang-kadang mungkin pandangan atau tulisan kita untuk dipaparkan untuk pembaca, tapi kesan sampingan yang perlu kita fikirkan. Adakah ianya menyentuh 'sensetiviti' orang tersebut? Sama-sama kita fikirkan. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.

4 comments:

  1. Mungkin cara tuisan Sahbudin lebih kepada tuduhan bukan pertanyaan. Apabila dah kantoi dia cakaplah sebagai pertanyaan. Kalau saya di tempat Zahid saya saman dia sebab dia bukan x kenal Zahid. Bukankah dia boleh tanya sendiri, kenapa sengaja mempolimikkan di laman sosial?Ini satu penyakit sosial.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm ~ mus imah,

      Salam, salam Jumaat,

      Itulah pasal. Jgn kita menyalah gunakan di laman sisoal yg seba canggih skrg ini. Gunakan dng betul....skr ni dpt byk penyakit social di alam cyber ini...hati2lah...

      Delete
  2. dia tiru mamak.. saya tak serang Najib..saya tanya Najib saja.. saya suruh WSJ tanya Najib..

    itu ayat mamak punya style..putar belit.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm ~ izham mohd,

      Salam, salam Jumaat.

      Kalau si penulis blog tu tiru mamak Tun tu, silap le dia......cari nahas namanya tu....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...