SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA
BAK kata perpatah : 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Persoalaanya, adalah kita manusia mengambil iktibar akan peribahasa melayu ini? Dalam isu Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang dikatakan telah menukar agama, sejauh mana kesohehanya, dan mana buktinya? Dan apa motif sebenarnya oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Thamby Chik berbuat demekian? Memang cari penyakit le namanya tu. Ini satu tudahan yang berat. Kini, isu tersebut telah menjadi hangat dan viral di laman sosial.
Maka, Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa menyiasat dan diberitakan telah menyelesaikan kertas siasatan berhubung kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik tersebut. Dipihak PDRM pula, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang menunggu arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Walaupun Kita semua tahu dia (Rahim) ada beberapa kali memohon maaf kerana kenyataannya tetapi itu terpulang kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk menyiasatnya, katanya Ketua Polis Negara.
Tan Sri Khalid juga memberitahu polis menerima beberapa laporan polis berhubung kes berkenaan. Beberapa laporan media sebelum ini melaporkan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim telah memuat naik status di laman sosial miliknya mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah murtad. Pada 30 September lalu, Dewan Diraja Selangor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah telah menukar agama.
Apa kuasa dan hak kita menuduh orang lain 'murtad'? Kalau ianya tidak benar, bagaimana? Takkan sekadar jumpa pemberita, viralkan di dalam laman sosial menyatakan 'permohonan maaf'? Tak kiralah samada orang tersebut dari keterunan Raja atau sebaliknya. Maruah mesti dijaga. Fikir-fikirkan. Jangan terlalu mengikut 'emosi' dan perasaan. Kelak diri kita yang binasa. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.