1437H
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA
Warga Switzerland, Xavier Andre Justo hari ini mengemukakan rayuan berhubung hukuman penjara tiga tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan selepas beliau mengaku cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International. Peguam baharu Justo, Worrasit Piriyawiboon memfailkan rayuan tersebut di mahkamah hari ini bersama-sama dokumen sokongan setebal 59 halaman, dua hari sebelum waktu rayuan tamat. Antara alasan yang dikemukakan dalam proses rayuan tersebut adalah Justo tidak mengubah dokumen-dokumen yang diterimanya daripada PetroSaudi International, selain perbuatan tersebut merupakan kesalahan pertamanya.
Worrasit berkata, sebarang perkara yang memburukkan imej Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah perbuatan pihak ketiga yang bertindak memalsu dan mengubah dokumen-dokumen yang diterima daripada Justo. Katanya, anak guamnya langsung tidak mengubah dokumen berkenaan. “Mereka yang mengubah maklumat perlu bertanggungjawab dan dihadapkan ke muka pengadilan,” jelasnya.
Pada pendapat Worrasit, Justo tidak melakukan sebarang kesalahan serius kerana pengubahan dokumen dilakukan oleh individu lain. Worrasit berkata, ini adalah kali pertama Justo melakukan kesalahan dan beliau seharusnya tidak dikenakan hukuman yang berat. “Anak guam saya sewajarnya dikenakan hukuman penjara enam bulan, setahun atau didenda,” ujarnya lagi. - SUMBER
KESIMPULANNYA :
Siapakah pihak ke tiga yang dimaksudkan oleh Peguam Justo yang bertindak memalsu dan mengubah dokumen-dokumen yang diterima dari Justo? Tidakkah pihak yang berwajib sekali lagi bertindak untuk menyiasat Justo supaya beliau (Justo) mengaku siapa dalangnya yang ingin mencalar imej DS Naiib selaku Perdana Menteri. Apa yang IBM dapat lihat, selepas sahaja Justo di hukum, isu ini menjadi 'basi', lesu seolah-olah ianya tidak begitu penting. Pada pandangan IBM isu JUsto ini amat-amat serius kerana ianya melibatkan maruah seorang pemimpin no 1 negara yang mana boleh menjejaskan nama baik negara daripada mata dunia.
Maka, IBM harap kepada pihak yang berkenaan, isu Justo ini harus diketengahkan kembali sehingga yang bertanggung jawap dapat dihadapkan ke Mahkamah. IBM juga yakin Justo akan mendedah siapa dalang yang sebenanrya jika pihak kerajaan menyiasat dengan lebih terperinci lagi. Ayuh!....tiada perkara yang tidak boleh diselesaikan. Siasat jangan tak siasat. Pembangkang ingat mereka pandai, tapi harus diingat, sepandai-pandai tupai melompat jatuh ke tanah juga akhirnya. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.
Menjual maklumat tanpa kebenaran adalah jenayah berat. Kalau Justo x jual, tentu x de kes mengubah maklumat. Mengubah maklumat juga jenayah berat kerana ia menjadikan maklumat palsu dan fitnah. Yg teraniaya adalah mangsa fitnah itu.
ReplyDeleteUntuk membaiki imej pm yang dah tercalar senang je,S.A.M.A.N.ya saman mereka semua.PM apa lagi aku dah jenuh ni asyik kena tunggu,bila nak saman?
ReplyDeletenajib dh ckp dia akan saman ari selasa
Delete