Showing posts with label Anwar kantoi. Show all posts
Showing posts with label Anwar kantoi. Show all posts

Saturday, August 6, 2011

Peliwat no 1 Negara kantoi lagi!!

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Mainan politik Anwar kian menghampiri ke penghujungnya. Ibarat dunia sudah menghampiri ke hari kiamat. Ramai yang tahu, bohong, putar belit, fitnah adalah mainan harian Anwar yang di ibratkan sebagai sarapan pagi, petang dan malam. Sehari dia tidak berbohong dia akan merasakan sesuatu yang kurang dalam dirinya. Tapi...selama mana dia boleh berbohong?...kalau nak difikirkan secara lojiknya, Anwar seolah-olah tidak takut kepada Tuhan, tidak takut pada dosa yang telah dilakukannya. Dia terus melakukkannya walaupun dia tahu itu adalah satu kesalahan dan dosa. Demi politik kotornya, demi maruah dirinya untuk menjadi pemimpin no 1 Malaysia, dia sanggup berbuat apa saja. Kesimpulannya dia lebih ganas dari Firaun. Kini telah ramai dikalangan rakan-rakan kongsinya mengetahui siap anwar sebenarnya. Mereka telah hilang kepercayaan terhadap Anwar. Ini Bererti Anwar Ibrahim kantoi lagi...kali ini lebih teruk kantoinya. Baca cerita seterusnya (dibawah). Ikhlas dari : IBM

Kini Pembangkang mula sedar siapa Anwar....

[KUALA LUMPUR 5 Ogos – Tindakan pembangkang mencari alternatif Ketua Pembangkang yang baru menunjukkan mereka telah sedar siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebenar.

Saksi utama kes liwat Ketua Pembangkang itu pada 1998, Ummi Hafilda Ali berkata, tidak mustahil Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan dilantik menjadi Ketua Pembangkang bagi menggantikan Anwar.

“Tidak mustahil ia berlaku kerana pada pengalaman saya, satu gelombang baru kini wujud dalam pembangkang apabila mereka sebenarnya mahu mencari ketua yang baru,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas desas-desus pembangkang yang cuba 'memikat' Tengku Razaleigh untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang bagi menggantikan Anwar seperti yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, baru-baru ini.

Ummi Hafilda yang juga adik Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, beliau sendiri amat terkejut dengan perubahan penyokong pembangkang apabila mereka datang berjumpa dengannya bagi mengetahui sikap Anwar yang sebenar.

“Perkembangan ini saya lihat sebagai satu desakan di peringkat bawah kepada pemimpin di atas supaya mencari pemimpin yang boleh dipercayai,” katanya.

Malah, katanya, beliau turut didatangi oleh salah seorang ahli keluarga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mendengar sendiri cerita daripadanya mengenai Anwar.

“Setelah mendengar penjelasan saya, dia kesal kerana sikap Nik Abdul Aziz yang masih mahu menerima dan bersekongkol dengan Anwar,” katanya.

Ummi Hafilda berkata, sudah tiba masanya bagi Pas ‘meninggalkan’ Anwar memandangkan telah banyak rahsia demi rahsia mengenai Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan skandalnya terbongkar.

Katanya, penyokong pembangkang juga sudah mula muak dengan Anwar yang sentiasa mahu berdolak-dalik dengan isu-isu yang dihadapinya terutama kes liwat yang belum selesai di mahkamah.]

Wednesday, May 4, 2011

Anwar guna taktik Elizabeth Wong sucikan diri bersama "Tok Guru"


ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

SIAPA TAK KENAL ANWAR.?..LICIK, PANDAI BERPURA-PURA DAN BANYAK LAGI KERENAHNYA YANG TELAH BANYAK MENYUSAHKAN RAKYAT DAN NEGARA.

KUALA LUMPUR 3 Mei – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berdepan dengan dakwaan video seks dilihat cuba mencari talian hayat terakhir untuk membersihkan dirinya dengan berkunjung ke negeri “Serambi Mekah”, Kelantan selain mengadakan perjumpaan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Mungkin beliau melihat bagaimana Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang sebelum ini turut dikaitkan dengan gambar bogel “menyucikan diri” dengan berkunjung ke negeri berkenaan dan sejurus mengadakan perjumpaan bersama “tok guru Nik Aziz”, beliau diangkat dengan penuh bermaruah oleh pimpinan pembangkang khususnya pimpinan Pas sendiri.

Mengulas mengenainya, bekas Ahli Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Ahmad berkata perkara itu ada kemungkinannnya kerana Anwar hari ini cukup tersepit bak umpama lari tidak cukup padang untuk menutup mukanya.

“Bayangkan lepas satu demi satu keluar pelbagai skandal membabitkan diri beliau….Sebelum ini yang melibatkan kes liwat, Saiful Bukhari Azlan telah bermubahalah, namun Anwar macam biasa pusing 360 darjah dengan pelbagai alasan.

“Kali ini dakwaan video seks juga melibatkan sumpah oleh rakan baik beliau sendiri, Datuk Shazryl Eskay Abdullah baru-baru ini….Mana lagi beliau nak tutup muka dan pusing seribu satu alasan.

“Alasan demi alasan seolah-olah menjerat leher beliau sendiri. Sebab itulah kita tidak hairan kunjungannya ke Kelantan kerana Elizabeth Wong telah mengambil tindakan yang sama dan kemudiannya diangkat dengan dibela oleh penyokong “totok” Pas,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Kata beliau lagi, dengan harapan itulah Anwar mengambil jalan pintas untuk memastikan legasi politiknya terus hidup dan terus menyinar dalam usaha mengejar kuasa dan kepentingan diri semata-mata.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik mat baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut, Datuk Ghazali seterusnya berkata Nik Aziz boleh diumpamakan nyiru dan Anwar pula boleh diandaikan sebagai bangkai.

“Bagaimana nyiru boleh menutup bau bangkai…Lama kelamaan akan berbau juga. Tutuplah macam mana sekali pun akan terdedah jua. Ingatlah..Kita hanya manusia dan Alllah s.w.t yang berkuasa atas segala-galanya,” katanya. -MediaUMNO

CEPAT-CEPAT BERTAUBATLAH ANWAR. IKHLAS DARI : IBM

Thursday, November 25, 2010

Fitnah Terhadap Tun, Anwar DiArah Bayar RM70,000


PUTRAJAYA 24 Nov - Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim diarah membayar kos mahkamah sebanyak RM70,000 menolak rayuan beliau terhadap penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung saman fitnah yang difailkannya ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia ditulis dalam bahasa Inggeris.

Ketika membaca penghakiman beliau, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata hakim mempunyai budi bicara yang luas untuk menulis penghakiman mereka sama ada dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris.

Dua lagi anggota panel hakim yang bersidang termasuk Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar.

Arifin memberi alasan penghakiman tidak terdiri daripada bahagian penghakiman itu sendiri sungguhpun penggunaan Bahasa Melayu di mahkamah dipandang serius.

Beliau merujuk kepada pekeliling yang dikeluarkan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hashim Yeop Sani, pada 1990 yang menjelaskan sekurang-kurangnya satu penghakiman mesti ditulis dalam bahasa kebangsaan.

Dengan keputusan hari ini maka rayuan Anwar dalam kes saman malu RM100 juta terhadap Dr Mahathir juga terbatal secara otomatik.

Sebelum itu peguam Dr Mahathir, VK Lingam memohon agar mahkamah mengenakan kos sebanyak RM100,000 atas sebab pengujian tanda aras mesti dibuat bagi permohonan kes-kes Mahkamah Persekutuan.

Beliau memberi contoh satu penghakiman di mana mahkamah rayuan bersetuju kos RM100,000 diberikan.

Peguam Anwar, Karpal Singh akan membuat rayuan terhadap keputusan hakim tersebut.

"Dia (Lingam) adalah seorang jutawan. Saya kalah kes ini. Ini adalah peguam Mahathir, jadi macam mana boleh kita menang?” kata Anwar kepada media.

Mahkamah Rayuan pada 20 Oktober 2009 menolak rayuan Anwar atas sebab teknikal kerana tidak menyediakan memorandum rayuan dalam Bahasa Melayu disamping kegagalan peguam Anwar menandatangani memorandum terbabit menjadikannya cacat.

Saman fitnah tersebut dikemukakan pada tahun 2006 berkaitan kenyataan yang dibuat Dr Mahathir di satu sidang akhbar Suhakam.

# IBM : Padan muka si nuar tu...tapi bagi dia, apa adahal dengan RM70.000. Kacang aje.....IBM syorkan agar si nuar ni buatlah lagi fitnah kat orang, buat lagi dan lagi........Anwar perlu bertaubat..!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...