Showing posts with label Dr Lo'Lo dari PAS. Show all posts
Showing posts with label Dr Lo'Lo dari PAS. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

Dr Lo'Lo sakit tenat ?..apa sakitnya..?

"Memang saya tengah sakit ni, tapi penyakitnya rahsia" - Dr Lo'Lo

Dulu bolehlah berceramah seperti ini, tapi sekarang, tidak mengizinkan.

Ada kawan beritahu saya, katanya Dr Lo'Lo sedang sakit dan kemungkinan akan meletakkan jawatan. Betul ke..?...tapi dia menafikan sekeras-kerasnya.

Katanya, isu tersebut tidak pernah timbul kerana masalah kesihatan yang dihadapi tidak menganggu tugasnya sebagai wakil rakyat. Isu letak jawatn tidak timbul, katanya lagi.

Menurut kawan saya tu, dia sendiri nampak wajah Dr Lo'Lo tidak begitu ceria, pucat dan nampak tidak bertenaga. Beliau di temuai semasa menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di Taman Desa Pahlawan, kelmarin.

Di situ, beliau mengakui bahawa kurang sihat. Bagaimanpun dia enggan mendedahkan penyakit yang dihadapi. Mana orang-orang PAS ni nak berterus terang. Nasihat saya kepada Dr Lo'Lo, elok le berehat, jaga kesihatan. Bila dah tak boleh tahan, letak jawatan....bersedia untuk PRK yang seterusnya. IBM cakap ni ikhlas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...