Wednesday, February 2, 2011

Krisis Mesir : ATM bantu pindah rakyat Malaysia ke Jeddah

Inilah pesawat digunakan oleh ATM bagi memindahkan rakyat Malaysia yang berada di Mesir

TERKINI @ 03:28:38 PM 02-02-2011
February 02, 2011

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Tiga pesawat Malaysia yang akan berlepas ke Mesir petang ini dijangka mengambil masa lima hari untuk operasi pemindahan rakyat Malaysia dari negara itu ke Jeddah, Arab Saudi.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata operasi tersebut akan bermula secepat mungkin sebaik sahaja pesawat tersebut tiba di Cairo.

“Pesawat C-130 akan beroperasi selama 24 jam berturut-turut tanpa henti bagi memindahkan kira-kira 14,000 rakyat Malaysia yang berada di sana,” katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Majlis Amanah Rakyat (Mara) menghantar lima pegawainya ke Mesir bagi membantu pemindahan pelajar tajaannya dari negara yang mengalami pergolakan itu ke Jeddah, Mekah.

Pengerusinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata dua daripada pegawai itu akan berlepas dengan penerbangan TUDM petang ini manakala tiga lagi akan berlepas malam ini dengan penerbangan biasa.

Katanya, kelima-lima pegawai itu akan diletakkan di Jeddah bagi menggerakkan bilik operasi di samping memberi pelbagai bantuan termasuk kaunseling dan logistik.

“Proses pemindahan itu dijangka akan mengambil masa tiga hari sebelum kesemua pelajar Mara dijangka pulang ke tanah air 4 Februari nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya bilik operasi turut dibuka di Tingkat 4, ibu pejabat Mara di ibu negara sejak 31 Januari lalu yang beroperasi 24 jam.

Idris berkata Mara juga telah mengerahkan para pegawainya untuk berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semasa ketibaan pelajar pada 4 Februari nanti bagi urusan pengangkutan dan penginapan sementara mereka di German-Malaysia Institut, Bangi.

Menurutnya pada masa ini terdapat hampir 1,000 pelajar tajaan Mara di Mesir yang majoritinya sedang mengambil bidang perubatan.

Bagi mendapatkan sebarang maklumat berhubung kedudukan dan keadaan pelajar Mara di Mesir, hubungi talian MARA 03-26936666/03-26943366/03-26946622. Bernama


* Kepada semua rakyat Malaysia, khusunya pelajar-pelajar di Mesir, di nasihatkan jangan panik. Kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk memindahkan semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir. Dan mereka-mereka semua hendaklah sentiasa mendengar dan akur dengan arahan dari pihak keduataan Malaysia di Mesir. Kita sama-sama mendoakan agar mereka semua selamat. Insyallah - IBM

Hari Ini Dalam Sejarah

02 FEBRUARI

Salam 2 All.
Hari Ini catatan 'Hari Ini Dalam Sejarah' lambat sedikit di paparkan kepada para pembaca yang budiman. Apapun mari kita baca.....

PERJANJIAN KERETA NASIONAL KEDUA DIMETERAI
PERJANJIAN KERETA NASIONAL KEDUA DIMETERAI
Tarikh Peristiwa : 02-02-1993

Pada hari ini dalam tahun 1993, satu perjanjian usahasama untuk kereta nasional kedua telah dimeterai oleh 6 buah syarikat, iaitu UMW Corporation Sdn. Bhd., Med-Bumikar Mara Sdn. Bhd., Daihatsu Motor Co. Ltd. Jepun, Mitsui & Co. Ltd Jepun dan Daihatsu Malaysia Sdn. Bhd. Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anuar Ibrahim yang turut serta menyaksikan upacara menandatangani perjanjian usahasama tersebut berharap harga yang akan ditawarkan adalah rendah dan mampu untuk dibeli oleh rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Katanya lagi, seperti yang telah diperjelaskan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad bahawa berdasarkan pengalaman Proton Saga, harga kereta nasional kedua adalah rendah. Kereta Nasional kedua yang dijadual memulakan pengeluaran komersialnya pada bulan Julai 1994, dijangka akan dijual di pasaran tempatan pada harga maksimum RM24,000 seunit. Buat permulaan, kereta nasional kedua akan dikeluarkan dengan kuasa 660 c.c. yang rekabentuknya mirip Daihatsu Mira Jepun. Dengan terlancarnya projek kereta nasional kedua, dijangka akan dapat menyediakan di antara 400 hingga 600 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Sesungguhnya perjanjian usahasama itu, melambangkan hubungan baik yang berterusan antara Malaysia dan Jepun. Di samping itu projek Kereta Nasional kedua juga diharap akan menjadi landasan yang kukuh untuk pemindahan teknologi Jepun ke negara ini sekaligus memanfaatkan industri automatif tempatan.
DAN jangan lupa baca yang di bawah ini juga.....

PERASMIAN PERHIMPUNAN AGONG KE 4 PERTUBUHAN ANTARA PARLIMAN ASEAN (AIPO)
PERASMIAN PERHIMPUNAN AGONG KE 4 PERTUBUHAN ANTARA PARLIMEN ASEAN (AIPO)Tarikh Peristiwa : 02-02-1982

Pada hari ini dalam tahun 1982, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Perhimpunan Agong Ke-4 Pertubuhan antara Parlimen ASEAN (AIPO), bertempat di bangunan Parlimen Kuala Lumpur. Para perwakilan yang hadir diperhimpunan agong ini adalah terdiri daripada ahli-ahli Parlimen negara-negara ASEAN iaitu Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina. Turut hadir dalam perhimpunan tersebut ialah Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Syed Nasir Ismail dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan yang juga sebagai Ketua Perwakilan Malaysia di Perhimpunan tersebut, Dato' Mokhtar Hashim. Dalam ucapan perasmiannya Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad menyelar negara-negara maju yang sanggup menghancurkan pasaran getah antarabangsa menerusi jualan stok penimbal bahan berkenaan, yang mana ianya telah menjejaskan kehidupan ribuan pekebun-pekebun kecil di Malaysia dan negara-negara ASEAN lainnya. Justeru itu, Perdana Menteri menggesa pihak ASEAN bersatu dan memperolehi sokongan jitu daripada pihak yang membuat undang-undang. Ini adalah penting bagi negara-negara ASEAN menghadapi amalan perlindungan perdagangan oleh negara-negara maju berkenaan. Sesungguhnya dengan berlangsungnya Perhimpunan Agong Ke-4 Pertubuhan Antara Parlimen ASEAN pada hari ini diharap akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan dasar-dasar dan undang-undang negara-negara ASEAN.

* Selamat membaca dan kesempatan ini, IBM ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru cina untuk kaum 'TIONGHUA'....'Gong Xi Fa Chai'. Ikhlas dari : IBM
Sumber : Arkib Negara.

Tuesday, February 1, 2011

Kata Alim, tapi Nik Aziz kuat bohong, menipu rakyat

Menipu satu ibadah, kata Nik Aziz
Salam, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Bila cerita pasal menipu, selagi kita di nama manusia, kita tak lari dari menipu sekiranya kita terdesak. Tapi yang ini lain sikit. Orang yang di percayai penuh dan dianggap alim oleh pengikut-pengikutnya, sanggup menipu.....

KOTA BHARU Menteri Besar Kerajaan PAS Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang pernah dikritik kerana menanggung kerugian RM50 juta selepas membina bangunan Bazar Tok Guru, di sini, kini mahu menjual setiap lot kedai dengan harga RM90,000 sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati 415 peniaga.

Peniaga Pasar Besar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dan Arked UDA menganggap Nik Aziz dan kerajaan negeri mungkir janji apabila sebelum ini mereka dijanjikan dengan harga RM40,000 setiap lot dan keluasan 3.04 x 3.65 meter persegi tetapi kini harganya naik sekali ganda serta keluasan yang disediakan adalah 1.82 x 2.4 meter persegi.

Berikutan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang memandang serius perkara berkenaan akan mengutus surat kepada Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Mustapa berkata, masalah itu amat serius kerana kebanyakan peniaga terbabit tidak berkemampuan untuk memiliki lot terlalu mahal sehingga menyamai harga sebuah lot kedai di Kuala Lumpur.

“Senario ini menunjukkan kerajaan PAS Kelantan gagal mengotakan janjinya sebagaimana diucapkan Menteri Besarnya pada pilihan raya umum lalu, sekali gus menunjukkan mereka sudah mula hendak menindas rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberitahu pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan peniaga terbabit di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Politik Perdana Menteri yang juga Ketua UMNO bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Pada 15 Januari 2010, pembinaan Bazar Tok Guru itu menimbulkan kontroversi apabila kerajaan PAS Kelantan dilaporkan menanggung kerugian dianggarkan kira-kira RM50 juta apabila terpaksa menebus balik bangunan itu daripada pemaju swasta yang terbabit dalam pembinaan bazar itu.

Ketika itu, Nik Aziz memberi jaminan bahawa lot di bazar itu akan dijual dalam lingkungan harga RM40,000 namun, sebaliknya berlaku, apabila dikenakan dengan harga antara RM80,000 sehingga RM90,000.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga Arked Huda, Borhan Mohamad Nor, berkata pihaknya tidak akan berpindah ke bazar itu selagi isu berkaitan tidak dapat diselesaikan sebagaimana dijanjikan sebelum ini.

Pengerusi Pasar Besar Arked MPKB, Ab Salim Ahmad, pula berkata semua peniaga percaya dengan janji Nik Aziz sebelum ini, namun akhirnya kecewa apabila diperlakukan sedemikian.

“Kami sudah berjumpa dengan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, namun hanya diberikan janji saja, mungkin ada sesuatu yang hendak disembunyikan,” katanya.

* Siapa dia Nik Aziz ni, Rasul, Malaikat..?...orang bodoh saja yang menganggap dia ni Alim, tapi sebenafrnya dia 'bengak, bodoh, bongkak, dan dah nyanyuk. Bersabit kes ini, Nik Aziz patut di siasat, Jangan kasi can dia lepas...SPRM mesti siasat - mencari keadilan untuk rakyat - IBM


Nurul Izzah kaki fitnah, pembohong besar..!

KUALA LUMPUR, – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diingatkan bahawa ‘memfitnah itu lebih keji daripada membunuh’.

Peringatan itu disuarakan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan semalam.

“Nurul Izzah buat kenyataan yang merupakan satu fitnah. Dalam agama (Islam) memfitnah lebih keji daripada membunuh,” kata Saravanan.

Beliau mengulas dakwaan Nurul Izzah bahawa kementerian itu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memindahkan penjaja di Brickfields ke tapak penjaja sementara di situ dilakukan tanpa berunding terlebih dahulu.

Nurul Izzah yang melawat tapak berkenaan sebelum ini juga mendakwa terdapat banyak kekurangan di tapak penjaja sementara itu termasuk tandas.

“(Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar) Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan saya telah berbincang sebanyak dua kali dengan wakil-wakil penjaja.

“DBKL juga telah mengadakan perbincangan,” tegas Saravanan.

Beliau yang melawat tapak berkenaan hari ini untuk mengesahkan dakwaan Nurul Izzah itu disambut meriah oleh penjaja di situ, sekali gus membuktikan tuduhan itu dibuat tanpa usul periksa.

Kerajaan memindahkan penjaja ke tapak berkenaan, yang terletak berhampiran Jalan Chan Ah Tong untuk memberi laluan kepada projek Little India dijalankan.

Saravanan berkata, penjaja sendiri yang meminta dipindahkan sebelum pertengahan bulan ini.

Jelasnya, waktu itu dipilih kerana masyarakat India tidak boleh berpindah dari 17 Julai hingga 16 Ogos yang dianggap sebagai masa tidak baik.

Ujar beliau, jika Nurul Izzah mengenal pasti masalah tertentu tentang penjaja di situ, beliau sepatutnya menulis surat kepada pihaknya dengan menyertakan maklumat lengkap untuk diambil tindakan, bukan menabur fitnah dan mempolitikkan isu kecil itu.

“Sudah tentu ada kekurangan tetapi ia kekurangan kecil. Mana ada satu benda kita buat terus sempurna.

“Ini adalah pusat penjaja. Untuk pengetahuan Nurul Izzah, status penjaja ditakrifkan sebagai mempunyai satu gerai, dua meja dan lapan kerusi.

“Tetapi saya cabar Nurul Izzah untuk menunjukkan mana-mana pusat penjaja di negeri yang ditadbir PKR (Parti Keadilan Rakyat), khususnya di Selangor yang mempunyai pusat penjaja seperti yang dibuat ini.

“Sebelum ini, penjaja bimbang kawasan ini akan becak apabila hujan, kita bina lantai simen dan gerai lengkap dengan bekalan air dan elektrik.

“Apa yang kami buat ini adalah seperti tapak kekal, lengkap dengan tandas dan sebagainya. Jangan beri gambaran seolah-olah yang kami sediakan ini teruk dan mendakwa penjaja ditindas,” tegas Saravanan.

Katanya, DBKL tidak mempunyai masalah untuk memperbaiki kekurangan yang ada seperti air bertakung.

Bagaimanapun, beliau bimbang apabila kerajaan membelanjakan wang pembayar cukai, Nurul Izzah pula akan mengatakannya sebagai satu pembaziran.

Katanya lagi, kebanyakan 68 penjaja yang berniaga di situ sebelum ini tidak memiliki lesen tetapi pihaknya telah bertolak ansur dan mengiktiraf aktiviti mereka untuk membantu ekonomi rakyat bawahan. -MediaUMNO/MingguanM

* Biasalah, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu jugalah si Nurul ni. Dia belajar dari ayahnya. 'Anak Bapak' le katakan. Nasihat IBM kepada Saravanan, lawan jangan tak lawan. Telanjangkan si Nurul ni, macam kita telanjangkan si Mala di Tenang. Padan muka dia - IBM




Hari Ini Dalam Sejarah

1 JANUARI

Salam 2 all para pembaca dan salam 1 Malaysia. Jom kita tengok apa yang berlaku pada hari ini. Kepada warga Wilayah Perseketuan, selamat bercuti sempena menyambut 'Hari Wilayah Persekutuan'...dan sudi-sudilah baca.....

AKHBAR FAJAR SARAWAK DITERBITKAN
AKHBAR FAJAR SARAWAK DITERBITKAN
Tarikh Peristiwa : 01-02-1930

Pada hari ini dalam tahun 1930, akhbar Melayu pertama di Sarawak yang dinamakan Fajar Sarawak. Fajar Sarawak diterbitkan dalam tulisan Jawi dua kali sebulan. Akhbar ini adalah hasil usaha Muhamad Rakawi bin Yusof, seorang bekas Pegawai Kastam yang juga guru kebudayaan tradisi Melayu, termasuklah Ilmu Silat. Untuk menerbitkan akhbar tersebut beliau dibantu oleh dua orang sahabatnya iaitu Haji Abdul Rahman bin Haji Kassim dan Encik Johari bin Anang. Selain daripada itu beliau juga mendapat bantuan daripada Haji Mohd. Daud bin Abdul Ghani dan Encik Mohd. Awi bin Anang. Fajar Sarawak diterbitkan oleh Syarikat Putra Sarawak yang dimiliki oleh kesemua mereka. Akhbar ini dicetak oleh Diocesan Press di Wayang Street, Kuching. Dalam terbitan pertama akhbar Fajar Sarawak ialah untuk membangkitkan kesedaran nasionalisma orang-orang Melayu. Ianya dinyatakan dengan jelas dalam keluaran pertama seperti mana kata editor `Fajar Sarawak' diterbitkan bukanlah semata-mata dimaksudkan bagi faedah diri sendiri akan tetapi bagi faedah ramai, yakni bagi berkhidmat kepada kaum dan bangsa kami yang telah nampak pada hari ini sangat-sangat mundur ke belakang oleh bangsa-bangsa asing. Berdasarkan kepada kata-kata tersebut, tidak syak lagi dengan terbitnya akhbar Fajar Sarawak sebagai akhbar pertama berbahasa Melayu di Sarawak pada hari ini dalam tahun 1930 bukan sahaja membangkitkan perasaan persaudaraan di kalangan orang-orang Melayu tetapi juga menjadi asas kepada perkembangan Nasionalisma di Negeri Sarawak.

DAN JUGA BACA YANG INI.......

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DITUBUHKAN
Pada hari ini dalam tahun 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan untuk menggantikan Malayan Union. Persekutuan ini terdiri daripada sembilan buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Melaka. Manakala Singapura kekal sebagai tanah jajahan British berasingan. Mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, kerajaan Persekutuan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya British, sebuah Majlis Masyarakat dan sebuah Majlis Perundangan. Sebuah Majlis Raja-Raja juga telah ditubuhkan, yang berperanan untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi British. Oleh yang demikian, kedudukan Raja-Raja Melayu telah dikembalikan dengan mempunyai kuasa penuh dalam hal-hal berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat Melayu. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ini merupakan kejayaan orang-orang Melayu yang telah menuntut agar Malayan Union dihapuskan dan mengembalikan semula kedaulatan Raja-raja Melayu di negeri masing-masing. Sesungguhnya, kejayaan ini telah menaikkan semangat perjuangan dikalangan nasionalis-nasionalis melayu hingga membawa kepada kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

* Selamat Membaca - IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...