Tuesday, February 1, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

1 JANUARI

Salam 2 all para pembaca dan salam 1 Malaysia. Jom kita tengok apa yang berlaku pada hari ini. Kepada warga Wilayah Perseketuan, selamat bercuti sempena menyambut 'Hari Wilayah Persekutuan'...dan sudi-sudilah baca.....

AKHBAR FAJAR SARAWAK DITERBITKAN
AKHBAR FAJAR SARAWAK DITERBITKAN
Tarikh Peristiwa : 01-02-1930

Pada hari ini dalam tahun 1930, akhbar Melayu pertama di Sarawak yang dinamakan Fajar Sarawak. Fajar Sarawak diterbitkan dalam tulisan Jawi dua kali sebulan. Akhbar ini adalah hasil usaha Muhamad Rakawi bin Yusof, seorang bekas Pegawai Kastam yang juga guru kebudayaan tradisi Melayu, termasuklah Ilmu Silat. Untuk menerbitkan akhbar tersebut beliau dibantu oleh dua orang sahabatnya iaitu Haji Abdul Rahman bin Haji Kassim dan Encik Johari bin Anang. Selain daripada itu beliau juga mendapat bantuan daripada Haji Mohd. Daud bin Abdul Ghani dan Encik Mohd. Awi bin Anang. Fajar Sarawak diterbitkan oleh Syarikat Putra Sarawak yang dimiliki oleh kesemua mereka. Akhbar ini dicetak oleh Diocesan Press di Wayang Street, Kuching. Dalam terbitan pertama akhbar Fajar Sarawak ialah untuk membangkitkan kesedaran nasionalisma orang-orang Melayu. Ianya dinyatakan dengan jelas dalam keluaran pertama seperti mana kata editor `Fajar Sarawak' diterbitkan bukanlah semata-mata dimaksudkan bagi faedah diri sendiri akan tetapi bagi faedah ramai, yakni bagi berkhidmat kepada kaum dan bangsa kami yang telah nampak pada hari ini sangat-sangat mundur ke belakang oleh bangsa-bangsa asing. Berdasarkan kepada kata-kata tersebut, tidak syak lagi dengan terbitnya akhbar Fajar Sarawak sebagai akhbar pertama berbahasa Melayu di Sarawak pada hari ini dalam tahun 1930 bukan sahaja membangkitkan perasaan persaudaraan di kalangan orang-orang Melayu tetapi juga menjadi asas kepada perkembangan Nasionalisma di Negeri Sarawak.

DAN JUGA BACA YANG INI.......

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DITUBUHKAN
Pada hari ini dalam tahun 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan untuk menggantikan Malayan Union. Persekutuan ini terdiri daripada sembilan buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Melaka. Manakala Singapura kekal sebagai tanah jajahan British berasingan. Mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, kerajaan Persekutuan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya British, sebuah Majlis Masyarakat dan sebuah Majlis Perundangan. Sebuah Majlis Raja-Raja juga telah ditubuhkan, yang berperanan untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi British. Oleh yang demikian, kedudukan Raja-Raja Melayu telah dikembalikan dengan mempunyai kuasa penuh dalam hal-hal berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat Melayu. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ini merupakan kejayaan orang-orang Melayu yang telah menuntut agar Malayan Union dihapuskan dan mengembalikan semula kedaulatan Raja-raja Melayu di negeri masing-masing. Sesungguhnya, kejayaan ini telah menaikkan semangat perjuangan dikalangan nasionalis-nasionalis melayu hingga membawa kepada kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

* Selamat Membaca - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...