Friday, February 4, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

04 Februari

Salam, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Hari Ini Dalam Sejarah menyentuh sedikit cerita semasa kita menyambut hari kemerdekan. Untuk cerita lanjut, jom baca....

SERUAN “HIDUP MELAYU” DITUKAR KEPADA “MERDEKA”
Pada hari ini dalam tahun 1951, seruan “Hidup Melayu” yang digunakan oleh UMNO sejak penubuhannya telah ditukar kepada “Merdeka”. Persetujuan untuk menukarkan seruan tersebut telah dicapai dalam Persidangan Setengah Tahun Majlis Mesyuarat Perikatan Pemuda - UMNO yang telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Seruan “Merdeka” telah dipilih kerana ia lebih bertetapan dengan perjuangan nasionalis UMNO pada ketika itu yang memperjuangkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dari cengkaman British. Ini secara tidak langsung telah menyemarakkan semangat di kalangan penduduk Tanah Melayu untuk bangkit dan sama-sama bersatu padu dalam merealisasikan hasrat untuk mencapai kemerdekaan negara. Seruan “Merdeka” ini telah digunakan oleh UMNO dalam setiap perhimpunan besar yang diadakan hinggalah 31 Ogos 1957, apabila Y.T.M Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri telah melaungkannya sebanyak tujuh kali semasa upacara pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Stadium Merdeka. Sesungguhnya, seruan “Merdeka” ini telah menjadi pencetus semangat dikalangan orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan negara.

DAN DI HARI YANG SAMA.....

PENGUMUMAN PILIHANRAYA UMUM DI SABAH DAN SARAWAK DISAMBUNG SEMULA
PENGUMUMAN PILIHANRAYA UMUM DI SABAH DAN SARAWAK DISAMBUNG SEMULA
Tarikh Peristiwa : 04-02-1970

Pada hari ini dalam tahun 1970, Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan Pilihanraya Umum 1969 akan disambung semula setelah ditangguhkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969. Ekoran daripada penangguhan itu, bagi Sarawak 48 kawasan negeri dan 24 kawasan Parlimen belum dipertandingkan lagi, manakala bagi Sabah pula 6 kawasan Parlimen sahaja yang tidak dipertandingkan lagi. Apabila keputusan pilihanraya diumumkan pada Jun 1970, di negeri Sarawak tiada satu parti yang mendapat majoriti, Parti Bumiputera, SNAP dan SUPP masing-masing mendapat 12 kerusi manakala Pesaka 8 dan SCA 3. Akhirnya dengan bantuan Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Parti Bumiputera dan SUPP telah bersetuju menubuhkan Kerajaan Campuran dengan Dato’ Haji Abdul Rahman Yaacob di pilih sebagai Ketua Menteri dan Stephen Yong menjadi Timbalan. Di Sabah pula, Parti Perikatan iaitu USNO dan SCA telah berjaya mendapat 10 kerusi Parlimen semasa pencalonan dan hanya tinggal 6 kerusi sahaja yang harus dipertandingkan dan yang menentang adalah calon-calon bebas sahaja. Apabila pilihanraya diumumkan Perikatan memenangi 6 kerusi Parlimen tersebut. Tun Mustapha sekali lagi dilantik Ketua Menteri Sabah. Dengan adanya pilihanraya ini proses penyuburan demokrasi berjalan dengan lancar di negara ini dan membawa kepada kesedaran tentang pentingnya penglibatan rakyat dalam parti-parti politik.

* Diucapkan selamat membaca, moga minda anda dapat menghayati apa yang berlaku di negara kita. Sebagai rakyat yang prihatin, perisitwa-peristiwa seperti ini harus kita ambil iktibar moga kita akan menjadi rakyat yang berguna dan sentiasa berterima kasih apa yang kerajaan kita telah buat untuk kita. Dan...kita juga harus bertanya pada diri kita, apakah yang telah kita buat dan sumbangan kepada kerajaan dan negara..? Ikhlas : IBM

Sumber : Arkib Negara

Thursday, February 3, 2011

Perkembangan terkini di Mesir....





Salam 2 All.

Sedikit perkembangan terbaru di Mesir.....(Di atas adalah gambar-gambar terbaru)

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Semua penuntut Malaysia di Mesir dalam keadaan sihat dan selamat dan berada dalam kumpulan besar serta mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa para penuntut di tanah air supaya tidak bimbang kerana delegasi Malaysia yang diketuai Timbalan Menteri Luar Senator A.Kohilan Pillay yang kini berada di Kaherah sejak Isnin sentiasa memantau keadaan semasa di negara yang sedang bergolak itu.

“Mereka semuanya Alhamdulillah selamat dan sihat, makanan semua ada Cuma pergerakan terhad akibat daripada perintah berkurung yang dikenakan, itu sahaja. Demonstrasi oleh rakyat Mesir setiap hari itu biasa, dan tidak menjejaskan pelajar,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang turut serta dalam delegasi itu kesal dengan sikap penulis blog yang sesuka hati menulis keadaan di Mesir tanpa menghiraukan perasaan keluarga di tanah air dengan membuat pembohongan berbanding keadaan sebenarnya.

“Janganlah percaya blog-blog ni semua, tolong ikut saluran yang disediakan kerajaan, kalau dari blog, biar sumber itu rasmi dan boleh dipercayai kalau tiba-tiba dapat tau, jangan terus percaya,” katanya.

Mengenai dakwaan beberapa pelajar bahawa mereka perlu membayar harga tertentu untuk dibawa pulang dari Jeddah ke tanah air, Shahlan berkata itu sebenarnya adalah salah satu pilihan disediakan bagi mereka yang mampu.

“Setibanya pelajar rakyat kita (Malaysia) di Jeddah, mereka akan dibawa pulang tetapi tarikhnya belum ditentukan lagi bila penerbangan akan disediakan.

“Oleh itu, siapa yang mampu boleh balik awal tetapi kena beli tiketlah macam penerbangan biasa dan urusan pembelian kita akan uruskan,” katanya.

Beliau berharap para ibu bapa jangan cepat melatah dan bimbang kerana pelajar yang dihantar belajar ke Mesir adalah mereka yang terbaik dan mampu menghadapi situasi di Mesir terutamanya ketika dalam kesusahan.

“Apa yang terbaik, kita semua mendoakan agar misi ini berjaya dan semua rakyat Malaysia di sini berjaya dibawa keluar dengan selamat,” katanya.

Mesir mula bergolak akhir bulan lalu apabila rakyatnya mula mendesak agar Presidennya Hosni Mubarak yang telah memerintah selama 30 tahun meletak jawatan dan diadakan Pilihanraya Presiden tetapi ia ditolak oleh Mubarak.

Akibatnya, sebahagian besar rakyat Mesir mula merusuh menuntut perubahan akibat masalah ekonomi, rasuah dan pengangguran yang teruk di negara itu sehingga melibatkan pertumpahan darah.

Presiden itu diberi tempoh sehingga Jumaat ini oleh tokoh pembangkang Mesir Mohamed ElBaradei untuk meletakkan jawatan tetapi ditolak sekali lagi sebaliknya beliau berikrar untuk tidak bertanding pada Pilihanraya Presiden Mesir yang dijangka pada September ini

* Apa yang penting, kita selamatkan rakyat kita disana terutamanya para pelajar dan bawa mereka semua pulang ke tanah air dengan seberapa segara. Sama-sama kita berdoa agar usaha kita berjaya. kepada Pembangkang, jangan hanya asyik nak berdemo sahaja, sia-sia, tidak ada gunanya. Bantulah kerajaan kerana yang di sana tu didalam bahaya, jangan nak menyalahkan kerajaan semata-mata - IBM


KATA-KATA HIKMAH

SALAM 2 ALL.

Kata-Kata Hikmah untuk kita renongkan bersama (Jadilah Orang Yang Paling Bahagia)

1. Berimanlah, kerana iman boleh menghilangkan keresahan dan menlenyapkan kegundahan. Keimanan adalah penyejuk mata hati bagi orang-orang yang mengesakan Allah dan hiburan bagi orang-orang yang suka beribadah.

2. Apa yang telah berlalu, biarlah ianya berlalu. Apa yang telah pergi, biarlah binasa. Jangan difikirkan apa yang telah berlalu, kerana ia telah pergi dan lenyap.

3. Redhalah dengan takdir yang telah ditentukan dan rezeki yang telah diberi itu dengan hati yang terbuka. Segala sesuatu itu sudah ada ukurannya, maka tinggalkan berkeluh-kesah.

4. Ketahuilah, bahawa mengingati Allah, hati akan menjadi tenang dan dosa akan terhapus. Dengan mengingati Allah, Zat Yang Maha mengetahui segala perkara yang ghaib akan meredhai dan segala kesusahan akan lenyap.

5. Jangan sekali-kali mengharapkan ucapan terima kasih daripada orang lain. Cukuplah pahala daripada Zat tempat bergantung segala makhluk. Anda tidak perlu takut terhadap orang yang kufur, pendendam dan iri hati.

6. Apabila anda berada di waktu pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.

7. Biarkan masa depan itu datang dengan sendirinya dan jangan terlalu cemas dengan hari esok. Sekiranya anda melakukan terbaik pada hari ini, pastikan hari esok akan baik juga.

8. Bebaskan jiwa anda daripada rasa dengki dan iri hati. Buang jauh-jauh penyakit permusuhan dan hilangkan rasa permusuhan daripada hati anda.

* Semoga Anda semua mendapat menafaat dan pendoman dari 'Kata-Kata Hikmah' yang telah dipaparkan. Selamat Membaca..! - IBM

Pengganas Sindir Rosmah...jom baca..

Salam 2 All.
Kalau sekali pandang akan gambar di atas tu, memang ada tokoh untuk jadi pengganas. Kesimpulanya, bila muka dah ada chop 'pengganas', layak ke dia ni menjadi Perdana Menteri Malaysia yang dia idam-idamkan selama ini..?....mungkin anda semua ada jawapanya...fikir-fikirkanlah...
Walaupun ianya adalah ceramah PKR, tetapi jelajah pertama pucuk pimpinan parti itu menyaksikan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor mendapat tepukan paling banyak, atau mungkin ejekan bersopan, dari ribuan penyokong pembangkang malam tadi.

pkr forum 010211 01
Nama Rosmah sering meniti di bibir lapan pemimpin Pakatan yang berucap dalam ceramah parti di Petaling Jaya, walaupun sebahagian besarnya menghentam beliau, ketika mereka mengambil giliran membidas cara perbelanjaannya, dengan disambut gelak ketawa para hadirin.

Kebanyakan mereka menyindir Rosmah yang mengakui sebagai 'wanita pertama' Malaysia walaupun ia tidak sedemikian di segi protokol dan konvensyennya.

Mereka mengatakan bahawa BN adalah kerajaan Bini Najib," kata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapannya yang mencetuskan gelak ketawa para hadirin.

Teriakan beruk, kedengaran di kalangan penyokong dalam reaksi mereka ketika Anwar menyentuh abjad program seperti ETP dan NKRA, menyamakannya dengan K-E-R-A.

Turut berucap ialah ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; ahli parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo; ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad; timbalan speaker DUN Selangor, Haniza Talha; ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, ahli parlimen Batu, Tian Chua .

Gambar Rosmah turut ditayangkan pada skrin di pentas setiapkali mereka membuat komen mengenai dirinya.

Namun, Rosmah bukan satu-satunya personaliti yang disentuh penceramah malam tadi. Turut menjadi sasaran ialah pengerusi PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga ahli parlimen Pasir Mas.

* Bila kita fikir-fikirkan, pembangkang sekarang ni dah kehabisan modal. Bila mereka mengadakan ceramah, isu peribadilah yang menjadai tajuk utama mereka. Apa, mereka ingat mereka tu semuanya baik-baik belaka ke..?. Yang terbaru, Anwar memperlikehkan perkataan BN, Bini Najib. Memang betul le Datin Rosmah tu bini najib, so what....itulah manusia bahalol, tolol dan banggang namanya. Selagi dia dan kuncu-kuncu syaitannya tak dapat memerintah Malaysia ni, selagi itulah mereka-mereka ini jadi sasul dan layak dihantar ke Hospital 'Tampoi atau Tanjung Rambutan'..hehehhe..memang layak. Akan hancurlah Pakatan Reput tak lama lagi - IBM

Hari Ini Dalam Sejarah

03 FEBRUARI

Salam, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Kepada pembaca yang rajin dan ingin mengikuti perkembangan sejarah tanah air, jom kita baca apa yang berlaku pada hari ini.....

PERTAMA KALI SIARAN ORANG ASLI DIADAKAN DI RADIO MALAYA
PERTAMA KALI SIARAN ORANG ASLI DI RADIO MALAYA
Tarikh Peristiwa : 03-02-1959
Pada hari ini dalam tahun 1959, telah diperkenalkan buat pertama kalinya siaran Orang Asli di Radio Malaya. Siaran itu hanya dapat didengar pada waktu petang antara jam 3 petang hingga 4 petang melalui gelombang sederhana. Sambutan dari orang ramai terutama dari masyarakat Orang Asli sendiri begitu menggalakkan dan memberi semangat kepada semua kakitangannya yang berkerja di studio radio tersebut meneruskan rancangan mereka dengan lebih berkesan demi untuk faedah dan kebaikan kepada masyarakat Orang Asli di seluruh negara. Dengan perkembangan dan minat orang ramai terhadap siaran itu, pada tahun 1972 Jabatan Penyiaran telah menambahkan lagi waktu siaranya iaitu 4 kali seminggu dengan jangka masa 6 jam. Waktu siarannya ialah dari jam 11 pagi hingga 12.30 tengahari pada tiap-tiap hari Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad. Siaran Orang Asli tersebut menggunakan 2 bahasa iaitu bahasa Temiar dan bahasa Semai.Di antara beberapa matlamat penting siaran Orang Asli itu diadakan ialah:
  • untuk memberi kefahaman kepada orang-orang asli tentang matlamat dan kepentingan dasar-dasar Kerajaan.
  • untuk mengubah sikap Orang Asli supaya setanding dengan kaum -kaum lain di negara ini dalam menjalani kehidupan seharian.
  • untuk menanamkan sikap berdikari, bersemangat dan sentiasa mengikuti perubahan-perubahan sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan.
Sesungguhnya dengan adanya Siaran Orang Asli itu diharap masyarakat Orang Asli akan dapat menerima perubahan- perubahan dan kemajuan yang berlaku di negara ini dari semasa ke semasa, di samping dapat berganding bahu dengan kaum-kaum lain dalam membangunkan negara ke arah yang lebih cemerlang dan gemilang.

DAN BACA SETERUSNYA....

TABONG KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA ISYTIHARKAN FAEDAH SEBANYAK 5½ PERATUS
TABONG KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA ISYTIHARKAN FAEDAH SEBANYAK 51/2 PERATUS Tarikh Peristiwa : 03-02-1967
Pada hari ini dalam tahun 1967, Tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengisytiharkan faedah sebanyak 5½ peratus untuk simpanan tahun 1966. Faedah yang dimasukkan ke dalam akaun simpanan pekerja dianggarkan berjumlah sebanyak $ 65 juta. Menurut Pengurus KWSP, Encik Lee Siow Mong, jumlah yang terkumpul dalam tahun 1966 sebanyak $ 137 juta iaitu pertambahan sebanyak $ 11 juta berbanding dengan tahun sebelumnya. Manakala dari segi jumlah penyimpan pula seramai 1,600,000 pada tahun ini berbanding dengan 1,500,000 pada tahun 1965. Kadar faedah yang dikeluarkan oleh pihak KWSP pada tahun ini jika dibandingkan tahun-tahun selalunya adalah lebih baik, misalnya pada tahun 1963 sebanyak 5% sahaja. KWSP memainkan peranan yang penting bagi jaminan masa depan pekerja terutama untuk simpanan hari tua pekerja yang mencarum ke dalam skim ini. Selain daripada itu wang tersebut boleh juga dikeluarkan untuk keperluan yang penting kepada pencarum seperti untuk pembelian rumah dan merawat penyakit.

* Selamat Membaca - IBM

Sumber : Arkib Negara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...