Thursday, February 3, 2011

KATA-KATA HIKMAH

SALAM 2 ALL.

Kata-Kata Hikmah untuk kita renongkan bersama (Jadilah Orang Yang Paling Bahagia)

1. Berimanlah, kerana iman boleh menghilangkan keresahan dan menlenyapkan kegundahan. Keimanan adalah penyejuk mata hati bagi orang-orang yang mengesakan Allah dan hiburan bagi orang-orang yang suka beribadah.

2. Apa yang telah berlalu, biarlah ianya berlalu. Apa yang telah pergi, biarlah binasa. Jangan difikirkan apa yang telah berlalu, kerana ia telah pergi dan lenyap.

3. Redhalah dengan takdir yang telah ditentukan dan rezeki yang telah diberi itu dengan hati yang terbuka. Segala sesuatu itu sudah ada ukurannya, maka tinggalkan berkeluh-kesah.

4. Ketahuilah, bahawa mengingati Allah, hati akan menjadi tenang dan dosa akan terhapus. Dengan mengingati Allah, Zat Yang Maha mengetahui segala perkara yang ghaib akan meredhai dan segala kesusahan akan lenyap.

5. Jangan sekali-kali mengharapkan ucapan terima kasih daripada orang lain. Cukuplah pahala daripada Zat tempat bergantung segala makhluk. Anda tidak perlu takut terhadap orang yang kufur, pendendam dan iri hati.

6. Apabila anda berada di waktu pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.

7. Biarkan masa depan itu datang dengan sendirinya dan jangan terlalu cemas dengan hari esok. Sekiranya anda melakukan terbaik pada hari ini, pastikan hari esok akan baik juga.

8. Bebaskan jiwa anda daripada rasa dengki dan iri hati. Buang jauh-jauh penyakit permusuhan dan hilangkan rasa permusuhan daripada hati anda.

* Semoga Anda semua mendapat menafaat dan pendoman dari 'Kata-Kata Hikmah' yang telah dipaparkan. Selamat Membaca..! - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...