
Sunday, February 27, 2011
Satu lawan satu. BN-PAS di Merlimau, Kerdau

Friday, February 25, 2011
Syukur!! Harga RON 95, diesel tidak naik

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada kadar RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.
Menurut beliau, berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan harga minyak dunia itu.
"Kerajaan akan mengekalkan harga semasa dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah.
"Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikkan harga RON 95 dan diesel," katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini.
Beliau berkata, peruntukan bajet untuk subsidi tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion.
KALAU ITU PUN MEREKA KATA KERAJAAN BN ZALIM SAYA PUN TAK FAHAM. BOLEH JALANLAH PAKATAN PEMBANGKANG. JANGAN INGAT SEMUA HASUTAN KORANG DITERIMA BULAT-BULAT OLEH RAKYAT. KITA TUNGGU DAN LIHAT. - IBM
Hari Ini Dalam Sejarah

| PERASMIAN KOMPLEKS PERNIAGAAN PEKAN RABU, KEDAH. |
Tarikh Peristiwa : 25-02-1978
Pada hari ini dalam tahun 1978, Kompleks Perniagaan Pekan Rabu telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed, Timbalan Perdana Menteri. Bangunan yang menempatkan kompleks perniagaan ini dibina khas bagi memudahkan para peniaga Bumiputera khususnya Orang Melayu menjalankan perniagaan mereka. Bangunan ini telah dapat direalisasikan pembinaannya dengan bantuan sebanyak $3.2 juta daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sejarah Pekan Rabu bermula daripada sebuah pasar minggu yang diadakan pada setiap hari Rabu di Tanjung Chali, Alor Setar. Ianya telah diasaskan oleh YTM Tunku Yaakob Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada tahun 1920. Pada tahun 1932, Pekan Rabu telah berpindah ke lokasinya kini iaitu di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar, Kedah. Bangunan Pekan Rabu yang terdapat kini terdiri daripada 2 fasa di mana Fasa Pertama adalah terdiri daripada 3 tingkat bangunan perniagaan yang mengandungi 274 buah kedai, manakala Fasa Kedua adalah terdiri daripada 3 tingkat bangunan yang mengandungi 73 buah kedai. Sesungguhnya, penubuhan Pekan Rabu telah berjaya menyatupadukan peniaga-peniaga Melayu di bawah satu bumbung serta melahirkan lebih ramai pemborong dan peniaga Melayu serta mengetengahkan barangan keluaran kampung ke dalam pasaran terbuka DAN PADA HARI YANG SAMA...... |
| YTM TUNKU ABDUL RAHMAN MERASMIKAN BANGUNAN SYED KECHIK FOUNDATION |
| Tarikh Peristiwa : 25.02.1980 Pada hari ini 25.2.1980, bekas Perdana Menteri Malaysia YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah merasmikan Bangunan Syed Kechik Foundation yang menelan belanja 12 juta ringgit yang terletak di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Dalam ucapan perasmiannya, YTM Tunku telah memuji usaha gigih Datuk Syed Kechik sehingga berjaya dalam bidang perniagaannya. Semangat kegigihan inilah yang perlu diteladani oleh orang-orang Melayu untuk meningkat maju dalam bidang perniagaan. YTM Tunku juga menyeru usahawan bumiputra supaya mengikis sikap berniaga secara 'Ali Baba', sebaliknya hendaklah berusaha sendiri dengan semangat yang kuat dan keazaman yang teguh. Beliau juga menyatakan bahawa dengan terbinanya bangunan yayasan yang indah itu, ianya menjadi lambang kebanggaan kejayaan bumiputera dalam bidang perniagaan. Datuk Syed Kechik pula semasa ucapannya telah menyeru masyarakat Melayu supaya bersikap radikal dan praktikal serta sanggup bekerja keras dalam usaha untuk meningggikan taraf ekonomi bangsa. Dengan pemikiran yang positif ke arah kemajuan maka dapatlah golongan bumiputera menggunakan peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk kemajuan masyarakat. Beliau juga menyatakan tujuan utama pembinaan bangunan Syed Kechik Foundation ini dalam bulan September 1973 dulu ialah untuk menguruskan berbagai jurusan dalam bidang pelajaran, sains dan mengamalkan kerja-kerja kebajikan untuk faedah orang ramai. Kini dengan siap terbinanya bangunan tersebut mencatatkan satu lagi kejayaan bumiputera dalam bidang ini dan juga melambangkan kegigihan usahawan bumiputera menyahut seruan kerajaan. SELAMAT MEMBACA SEMUA PARA PEMBACA YANG BUDIMAN - IBM [SUMBER : ARKIB NEGARA] |
Thursday, February 24, 2011
Syukur....masih ada pemimpin Pas tidak menjadi "Syaitan Bisu"

TEMERLOH 23 Feb – Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris bersyukur kerana masih terdapat pemimpin Pas khususnya kalangan yang dikatakan tokoh agamawan berani membuka mulut dan tidak menjadi “syaitan bisu” apabila sanggup menegur Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau teguran Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berhubung soal pluralisme seharusnya menjadi ikutan dan “role model” kepada tokoh kepimpinan Pas yang lain dan bukannya sekadar menjadi pak turut atau pak angguk.
“Alhamdulillah..rupa-rupanya masih ada lagi pemimpin Pas yang berani berkata benar dan tidak mengutamakan soal politik dan mengejar mimpi menawan Putrajaya semata-mata . Ini sepatutnya menjadi contoh kepada Mursydiul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Jika dilihat dari satu aspek, nampaknya Harun Taib lebih berani membuka mulut daripada Mursyidul Am atau Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Cuma saya harap selepas ini, Harun tidaklah pula akan berkata sebaliknya,” katanya.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata fahaman pluralisme tidak sepatutnya wujud dalam kalangan umat Islam kerana ia sangat bertentangan dengan ajaran serta akidah umat Islam.
Katanya Islam melarang sama sekali umatnya mengamalkan fahaman seumpama itu dan ia tidak boleh dicampuradukkan dengan ajaran agama suci itu.
Beliau seterusnya menegaskan, larangan itu tidak terbatas kepada sesiapa saja atau mereka yang mendukung fahaman tersebut, tidak terkecuali Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun beliau sendiri.
Ustaz Mohd Noor seterusnya mengharapkan keberanian Ketua Dewan Ulama Pas itu akan berterusan selepas ini khususnya dalam soal yang melibatkan agama Islam selain berani memberi teguran terhadap pucuk kepimpinan Pas khususnya Nik Aziz.
“Paling penting saya amat mengharapkan beliau memberikan penerangan kepada Nik Aziz soal kepimpinan Ahzab yang cuba menjatuhkan kerajaan Islam di Malaysia hari ini menerusi kerjasama dengan DAP dan PKR.
“Itulah yang saya doakan dan moga-moga apa yang dicetuskan oleh Harun Taib hari ini berterusan demi kepentingan umat Islam di negara ini. Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w yang mahukan kita bersama jemaah Islam dan jangan sesekali mengasingkan diri kita daripada jemaah berkenaan,” katanya. -MediaUMNO
Hari Ini Dalam Sejarah

| PERSIDANGAN PERTAMA MAJLIS PERUNDANGAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU |
| Tarikh Peristiwa : 24-02-1948 Pada hari ini dalam tahun 1948, Dewan Perundangan Persekutuan Tanah Melayu telah mengadakan persidangan yang pertama di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Persidangan yang bersejarah ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Inggeris Sir Edward Gent. Turut hadir ialah Menteri Negara bagi Hal Ehwal Tanah Jajahan, Lord Listowel. Pembentukan Majlis ini berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan 1948, Bahagian Empat yang menyatakan bahawa ahli-ahli majlis mestilah terdiri daripada Pesuruhjaya Inggeris sebagai Presiden, 3 orang Ex-Officio iaitu Ketua Setiausaha, Setiausaha Kewangan dan Peguam Negara, 11 orang ahli rasmi dan 34 orang ahli tidak rasmi. Kesemua ahli majlis ini mestilah warganegara Persekutuan Tanah Melayu ataupun rakyat British, kecuali ahli Ex-Officio. Dalam persidangan ini, Dato' Onn Jaafar telah berucap mewakili orang Melayu menegaskan, bahawa rakyat Persekutuan Tanah Melayu tidak memerlukan campurtangan dan kuasa luar dalam pentadbiran negara. Manakala, orang cina telah diwakili oleh Dr. Ong Chong Keng dan S.B. Palma pula mewakili orang India telah menyatakan kesetiaan dan taat setia terhadap negara. Kesepaduan dan kesepakatan di kalangan rakyat berbilang kaum inilah yang membantu negara untuk mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. DAN PADA HARI YANG SAMA......
|


