Friday, February 25, 2011

Syukur!! Harga RON 95, diesel tidak naik

[Gambar Hiasan]

ASSALAMUALIKUN SEMUA.

Siapa kata BN, barang naik. Orang yang tidak berterima kasih dan tidak memahami akan keadaan ekonomi dunia saja yang berkata begitu dan menyampaikan dengan cara yang salah kepada rakyat. Siapakah mereka-mereka itu?... kalau tidak pembangkang.

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada kadar RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Menurut beliau, berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan harga minyak dunia itu.

"Kerajaan akan mengekalkan harga semasa dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah.

"Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikkan harga RON 95 dan diesel," katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini.

Beliau berkata, peruntukan bajet untuk subsidi tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion.

KALAU ITU PUN MEREKA KATA KERAJAAN BN ZALIM SAYA PUN TAK FAHAM. BOLEH JALANLAH PAKATAN PEMBANGKANG. JANGAN INGAT SEMUA HASUTAN KORANG DITERIMA BULAT-BULAT OLEH RAKYAT. KITA TUNGGU DAN LIHAT. - IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...