ASSALAMUALAIKUM SEMUA PEMBACA YANG BUDIMAN..
ASSALAMUALAIKUM SEMUA PEMBACA YANG BUDIMAN..

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..| KONVOKESYEN KHAS UKM YANG PERTAMA Tarikh Peristiwa : 09-05-1981 |
Pada hari ini dalam tahun 1981, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan konvokesyen khas yang pertama sejak ditubuhkan. Konvokesyen ini telah dipengerusikan oleh DYMM Tuanku Jaafar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman, Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia. Konvokesyen khas ini adalah ucapan rasmi UKM bagi menganugerah Ijazah Kehormat kepada YAB Al-Imam Al-Akhbar, Prof. Muhammad Abd. El Rahman Bissar, Sheikh Al-Azhar dari Mesir. Beliau telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan sebagai penghormatan dan penghargaan terhadap jasa dan kepakaran beliau sebagai Pensyarah dalam bidang falsafah Islam dan hal ehwal dunia Islam. Penganugerahan ini adalah juga sebagai penghormatan dan penghargaan kepada Universiti Al-Azhar yang merupakan sebuah universiti yang tertua dan terkenal di dunia. Sesungguhnya dengan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan ini, hubungan yang lebih erat telah dapat dijalinkan antara kedua buah Universiti, khususnya dalam pengajian Islam. SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM SUMBER : ARKIB NEGARA |

SHAH ALAM, Mei – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini mengariskan 15 dalil mengapa Negeri Selangor tidak memerlukan seorang pelaku video lucah, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.
“Yang pertama, pengesahan wartawan kanan, kumpulan pertama yang menonton video ini dari beberapa buah media cetak, elektronik dan media maya sendiri telah mengesahkan pelaku dalam video itu adalah 200% Anwar. Selain itu jam Omega dan DNA Anwar juga merupakan dalil mengapa Anwar tidak diperlukan kerana moralnya yang teruk dan tidak patut diteladani khususnya oleh anak-anak muda sekarang.
“Jam Omega Anwar telah ditemui dalam bilik hotel itu oleh Datuk Eskay yang telah menyerahkannya kepada pihak berkuasa. Dalam masa yang sama, Anwar sehingga kini takut dan tidak mahu memberikan DNAnya, bagi mengesahkan yang jam itu bukan miliknya,” ujarPengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Tambahnya, Datuk Eskay telah bersumpah mubahalah sebagai keinsafan bahawa apa yang dia bongkar adalah suatu kebenaran.
Namun sehingga ini, Anwar takut dan kecut untuk melakukan sumpah mubahalah untuk menafikan kebenaran video itu. Datuk Eskay juga telah bersedia untuk melakukan ujian poligraf, namun Anwar takut dan kecut serta tidak berani melakukan ujian tidak menipu tersebut.
“Dia adalah seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), yang buat kerja sambilan. Pelacur tersebut mempunyai seorang pengurus, orang yang bertanggungjawab membawa `China Doll’ itu kepada Datuk Eskay.
“Kita juga difahamkan bahawa kamera litar tertutup (CCTV) hotel apartment itu merakam dengan jelas kelibat Anwar datang dan pergi dari hotel itu. Anwar nak gunakan alasan dan keterangan yang waktu itu dia sedang melayan twitter. Namun bila diperiksa twitter Anwar didapati ada selang dua jam, twitter Anwar “diam”. Ya, waktu itu dia sedang sibuk memuaskan nafsu syahwatnya,” ujarnya yang juga bekas Ketua Pemuda Keadilan Negeri Selangor.
Malah tegas beliau lagi pakar video dalam dan luar negara juga mendapati video itu adalah 100 peratus betul.
Pada masa yang sama tambah beliau pakar filem menyatakan teknologi “superimposed” untuk filem atau video masih belum ada dan mereka berpendapat adalah mustahil untuk video “superimposed” apatah lagi untuk pergerakan seks selama 22 minit.
“Jika selama ini kita melihat Anwar sangat tenang dan tabah menghadapi apa sahaja pertuduhan terhadapnya, tetapi kenapa kali ini Anwar menjadi manusia yang sangat takut apabila isu ini dibongkar Datuk Eskay.
“Hakikatnya, rakyat 1Malaysia sudah tahu mengapa Anwar kecut perut dan gelabah ketika berhadapan dengan wartawan dalam menghadapi isu kali ini”, katanya.
Beliau seterusnya menyelar perbuatan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang menghasut rakyat untuk menentang usaha Datuk Eskay yang mahu bersumpah laknat di Masjid Bandar Baru Sentul sebagai usaha desperado Anwar untuk menafikan hak Datuk Eskay yang mahu membongkar kebenaran.
“Tahniah juga atas keberanian Blogger PapaGomo untuk membongkar video ini di alam maya agar rakyat boleh menonton dan menilai sendiri dengan jelas lakonan seks Penasihat Ekonomi Selangor,” ujarnya lagi.
Sehubungan dengan itu, GAPS mendesak Anwar meletakkan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri atau Menteri Besar Selangor membuat keputusan untuk memecat Anwar dari jawatan Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor. -MediaUMNO


| AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR NO.76 DIWARTAKAN TARIKH PERISTIWA : 04-05-1972 |
Negara kita, di samping kaya dengan sumber alam yang diperolehi daripada perut bumi tetapi juga kaya dengan keindahan alam semulajadi. Keindahan alam semulajadi yang terdiri dari beribu spesis pokok dan pelbagai spesis hidupan liar merupakan `Muzeum Kehidupan' yang amat berharga untuk negara. Ekoran daripada kepentingan itu, pada hari ini 4/5/1972 Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76 telah diwartakan. Dengan pengwartaan akta ini, perlindungan terhadap hidupan liar di negara ini, telah menempuh satu lagi era baru, hidupan liar mula diberi perhatian yang sewajarnya dan masyarakat mula sedar akan perlunya hidupan liar dilindungi. Terdapat 106 seksyen di dalam akta ini, antara lain merangkumi perkara-perkara berkaitan dengan perlantikan pegawai, kuasa-kuasa mengeledah, menangkap dan menyiasat, pengeluaran lesen-lesen tertentu, penubuhan rizab dan santuari hidupan liar kesalahan dan penalti. Di bawah akta ini juga spesis-spesis hidupan liar diletakkan di bawah lima jadual yang berlainan mengikut tahap perlindungan yang diberi.
Penguatkuasaan akta-akta ini, memperlihatkan usaha-usaha telah dijalankan untuk mengawal spesis-spesis semulajadi yang terdapat di negara ini, daripada pupus ditelan arus pembangunan. SELAMAT MEMBACA - IBM [SUMBER : ARKIB NEGARA] |

Mungkin beliau melihat bagaimana Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang sebelum ini turut dikaitkan dengan gambar bogel “menyucikan diri” dengan berkunjung ke negeri berkenaan dan sejurus mengadakan perjumpaan bersama “tok guru Nik Aziz”, beliau diangkat dengan penuh bermaruah oleh pimpinan pembangkang khususnya pimpinan Pas sendiri.
Mengulas mengenainya, bekas Ahli Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Ahmad berkata perkara itu ada kemungkinannnya kerana Anwar hari ini cukup tersepit bak umpama lari tidak cukup padang untuk menutup mukanya.
“Bayangkan lepas satu demi satu keluar pelbagai skandal membabitkan diri beliau….Sebelum ini yang melibatkan kes liwat, Saiful Bukhari Azlan telah bermubahalah, namun Anwar macam biasa pusing 360 darjah dengan pelbagai alasan.
“Kali ini dakwaan video seks juga melibatkan sumpah oleh rakan baik beliau sendiri, Datuk Shazryl Eskay Abdullah baru-baru ini….Mana lagi beliau nak tutup muka dan pusing seribu satu alasan.
“Alasan demi alasan seolah-olah menjerat leher beliau sendiri. Sebab itulah kita tidak hairan kunjungannya ke Kelantan kerana Elizabeth Wong telah mengambil tindakan yang sama dan kemudiannya diangkat dengan dibela oleh penyokong “totok” Pas,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Kata beliau lagi, dengan harapan itulah Anwar mengambil jalan pintas untuk memastikan legasi politiknya terus hidup dan terus menyinar dalam usaha mengejar kuasa dan kepentingan diri semata-mata.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik mat baru-baru ini.
Mengulas lebih lanjut, Datuk Ghazali seterusnya berkata Nik Aziz boleh diumpamakan nyiru dan Anwar pula boleh diandaikan sebagai bangkai.
“Bagaimana nyiru boleh menutup bau bangkai…Lama kelamaan akan berbau juga. Tutuplah macam mana sekali pun akan terdedah jua. Ingatlah..Kita hanya manusia dan Alllah s.w.t yang berkuasa atas segala-galanya,” katanya. -MediaUMNO