Monday, May 9, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

09 MEI
ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

MENINJAU KEMBALI HARI INI DALAM SEJARAH :

KONVOKESYEN KHAS UKM YANG PERTAMA
Tarikh Peristiwa : 09-05-1981

Pada hari ini dalam tahun 1981, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan konvokesyen khas yang pertama sejak ditubuhkan. Konvokesyen ini telah dipengerusikan oleh DYMM Tuanku Jaafar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman, Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia. Konvokesyen khas ini adalah ucapan rasmi UKM bagi menganugerah Ijazah Kehormat kepada YAB Al-Imam Al-Akhbar, Prof. Muhammad Abd. El Rahman Bissar, Sheikh Al-Azhar dari Mesir. Beliau telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan sebagai penghormatan dan penghargaan terhadap jasa dan kepakaran beliau sebagai Pensyarah dalam bidang falsafah Islam dan hal ehwal dunia Islam. Penganugerahan ini adalah juga sebagai penghormatan dan penghargaan kepada Universiti Al-Azhar yang merupakan sebuah universiti yang tertua dan terkenal di dunia. Sesungguhnya dengan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan ini, hubungan yang lebih erat telah dapat dijalinkan antara kedua buah Universiti, khususnya dalam pengajian Islam.


SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM

SUMBER : ARKIB NEGARA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...