Wednesday, June 29, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

29 JUN


TUNKU DIKURNIAKAN GELARAN BAPA KEMERDEKAAN

TARIKH PERISTIWA : 29.06.1957

Pada hari ini dalam tahun 1957, Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah dianugerahkan dengan gelaran "Bapa Kemerdekaan" negara. Penganugerahan gelaran ini telah dipersetujui di dalam Persidangan Agong UMNO dan pengurniaan secara rasmi gelaran ini telah dilakukan pada malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor. Pengurniaan gelaran ini merupakan satu penghargaan kepada Tunku Abdul Rahman ke atas jasa dan perjuangan beliau dalam membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajahan Inggeris. Tunku Abdul Rahman Putra, merupakan putera kepada DYMM Sultan Abdul Hamid merupakan seorang tokoh politik yang praktikal, kerana beliau merupakan pemimpin yang julung-julung kalinya berjaya memperjuangkan serta menyatupadukan penduduk yang berbilang bangsa untuk sama-sama mendapatkan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu. Sesungguhnya, gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman merupakan anugerah yang amat bernilai sebagai mengenang segala sumbangan dan perjuangannya ke atas kemerdekaan tanahair.


SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA - IBM
SUMBER : ARKIB NEGARA

Patutlah Ambiga berani nak gila, ada 'back up' rupanya...

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

< Keberanian Luar Biasa Ambiga Kerana Pihak Asing Dibelakangnya >

Dalam firasat saya, ada sesuatu yang tak kena kepada perhimpunan BERSIH 2.0 ini. Ketua penganjurnya, Ambiga telah pun di panggil oleh pihak Polis dan telah pun di nasihatkan supaya memberhentikan perhimpunan haram tersebut. Tapi, beliau masih berdegil dan akan meneruskan perhimpunan haram tersebut pada 9 Julai ini, walaupun risikonya tinggi, dan kemungkian beliau akan di tangkap dan di tahan dengan akta ISA.

Memang berani si betina seorang ini. Kata orang berani tak bertempat dan menyelahi undang-undang negara. Timbul persoalan, dari mana dia mendapat semangat dan keberanian yang sebegitu rupa ? Siasat punya siasat, rupa-rupanya di khabarkan memang ada sesuatu yang tidak kena dengan perhimpunan kali ini. Difahamkan perhimpunan yang bakal diadakan nanti terdapat campur tangan pihak asing.

Ini dia antara dalang yang mencetuskan ilham untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini - Anwar Al-Juburi

Mengikut maklumat yang kedengaran mengatakan ada sebuah kuasa asing yang berada di belakang Ambiga. Sebab itulah beliau mempunyai keberanian yang agak luar biasa. Difahamkan juga, risikan dari Polis dan tentera telah mengetahui perkara tersebut. Sebab itulah mereka akan halang perhimpunan tersebut diadakan kerana mahu menyekat campur tangan pihak asing dalam negara kita.

Polis tidak bertindak setegas ini dalam perhimpunan sebelum ini kerana mereka tahu ianya tidak melibatkan campur tangan asing. Atas sebab itu beberapa hari lepas, Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan sekiranya keadaan tidak terkawal kemungkinan anggota tentera akan digunakan untuk mengawal keadaan.

Saya syorkan FRU dan Tentera sediakan lebih banyak trak-trak untuk sumbatkan mereka2 yang terbabit dan hantar terus ke Kemunting, Taiping dan perapkan lama-lama di sana. Padan muka depa. Berani depa mengajak kuasa asing campur tangan didalam masalah dalaman negara kita. Dasar pengkhianat negara....! - IBM

Tuesday, June 28, 2011

Khalid Gagap Baling Batu Sembunyi Tangan ??

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

< MB Selangor tidak bertanggungjawab >

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dianggap sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab apabila membayangkan tidak akan menghadiri perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai depan sedangkan pada masa yang sama beliau menyeru rakyat negeri ini agar menyertai perhimpunan itu.

Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia (MBM), Nor Akmal Ibos berkata, Abdul Khalid sebenarnya takut ditangkap pihak berkuasa jika menyertainya kerana sedar perhimpunan haram itu menyalahi undang-undang negara.

"Abdul Khalid sanggup memperjudikan nasib rakyat negeri ini apabila mendakwa ia bukanlah satu perhimpunan haram dan tidak ada sesiapa akan ditangkap pihak berkuasa bagi merayu kehadiran rakyat pada perhimpunan itu.

''Rakyat biasa mungkin akan ditangkap oleh pihak berkuasa jika mereka menyertai perhimpunan haram itu sedangkan Abdul Khalid terus berkuasa sebagai Menteri Besar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik Abdul Khalid sebagai berkata, beliau membayangkan tidak akan hadir menyertai perhimpunan yang diketuai oleh bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk S. Ambiga itu.

Abdul Khalid berkata, adalah tidak adil sekiranya beliau perlu mengetepikan tugasan sebagai pemimpin negeri hanya untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Nor Akmal menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang menganjurkan perhimpunan haram kerana ia adalah satu budaya negatif yang mengganggu ketenteraman awam.

''Tidak kira siapa pun penganjurnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang cuba menggerakkan budaya perhimpunan haram di negara ini," katanya.

Ahli Majlis Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Wan Indra Putra Ahmad berkata, kenyataan Abdul Khalid itu jelas bercanggah dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang merupakan 'individu di sebalik tabir' bagi menjayakan perhimpunan itu.

''Abdul Khalid sedar bahawa Azmin bersungguh-sungguh mahu semua pihak termasuk pemimpin pembangkang terlibat dalam perhimpunan itu dan sebab itulah beliau (Abdul Khalid) tidak mahu hadir.

''Ini kerana, Abdul Khalid sememangnya sudah lama bimbang Azmin akan menggugat kedudukannya sebagai Menteri Besar memandangkan hubungan rapat Azmin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR)," jelasnya.

MEMANG TAK LAYAK LANGSUNG SI KHALID GAGAP NI JADI MENTERI BESAR SELANGOR. KEPADA RAKYAT SELANGOR, SAYA INGIN MENYERU ANDA SEMUA, MARI KITA HUMBANKAN SI KHALID GAGAP NI NEGERI SELANGOR.
APA ANDA PERLU BUAT..?...TOLAK PKR DAN PAKATAN RAKYAT DI PRU KE -13 NANTI. BERI MANDAT KEPADA BN/UMNO UNTUK TERUS MENERAJUI NEGERI SELANGOR - IBM

Perhimpunan Haram Ala 'GANGSTER' Anjuran Pembangkang

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAH UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

- Mereka tahu, untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional di dalam pilihan raya (PRU) bukannya perkara mudah, dan jalan ke Putrajaya akan melalui liku-liku yang amat-amat perit sekali. Jesteru itu, terfikir di kepala otak mereka untuk menganjurkan 'perhimpunan haram BERSIH' siri yang kedua pada 9 Julai ini.

Bagaimanapun, sudah ramai yang tahu bahawa suara-suara mereka ini, bukanlah suara-suara yang mewakali seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian. Mereka telah di nasihatkan supaya membatalkan saja hasrat mereka untuk berdemo, tapi dengan bongkak pemimpin-pemimpin mereka berhasrat untuk meneruskan perhimpunan haram tersebut. Bagi pandangan saya mereka seolah-olah berlagak ala 'GANGSTER'.

Sebenarnya Perhimpunan Haram Ini Ada Agenda Tersirat. Begitulah kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein :


PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perhimpunan haram yang dicadangkan diadakan 9 Julai kononnya berhubung perjalanan pilihan raya sebenarnya mempunyai agenda tersirat yang boleh memudaratkan keadaan di negara ini.

Beliau berkata perkembangan itu dapat dilihat kebelakangan ini, dan walaupun agenda itu mungkin tidak dapat dilihat secara jelas, ia boleh menjejaskan dan menghuru harakan negara.

“Supaya tidak dituduh seperti biasa, apabila saya menyatakan bahawa ia merupakan satu konspirasi, pihak polis telah diminta untuk melaksanakan tugas mereka secara profesional.

“Pihak polis telah menyatakan bahawa semua yang hendak mengadakan perhimpunan pada 9 Julai tidak akan diberikan permit.

“Ini bermakna semua perhimpunan yang akan diadakan adalah perhimpunan haram dan mereka terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang,” katanya selepas merasmikan pameran dan persidangan kelengkapan khas polis di PICC di sini hari ini.

Beliau berkata polis telah menahan 30 individu berhubung penganjuran perhimpunan haram itu di seluruh negara.

“Polis telah mengambil tindakan di Pulau Pinang, di Johor. Tahanan telah dibuat dan siasatan mesti dijalankan,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata terdapat gerakan tertentu yang dirancang diadakan di ShahAlam, Johor dan Pulau Pinang.

Tegasnya undang-undang sedia ada perlu digunakan kerana negara akan menjadi huru-hara jika perhimpunan sedemikian dicampuradukkan dengan politik, isu perkauman dan ideologi tertentu.

“Rakyat jangan bimbang. Ini tugas dan amanah bukan untuk diri kita, bukan untuk kepentingan mana-mana puak tetapi untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

KEPADA DATUK SERI HISHAM, JANGAN SEKALI-KALI TUNDUK KEPADA PEMINTAAN MEREKA. BERTINDAK CEPAT MENGIKUT UNDANG2 YG SEDIA ADA. KALAU TIDAK DI BENDUNG DARI SEKARANG, MEREKA-MEREKA INI AKAN NAIK TOCANG. HURU-HARA NEGARA DIBUATNYA. - IBM

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

28 JUN

Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Al-Haj

HARI KEMAHKOTAAN SULTAN SELANGOR (SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HISAMUDDIN ALAM SHAH)

TARIKH PERISTIWA : 28.06.1961

Yang Teramat Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah telah diputerakan pada 8.3.1926. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Klang dan Malay College Kuala Kangsar. Pada 1946 Baginda melanjutkan pelajaran di London dan Baginda merupakan penuntut pertama yang belajar di London selepas perang.Baginda telah dilantik menjadi Tengku Laksamana Selangor pada 1946 dan pada 1950 Baginda dilantik menjadi Raja Muda Selangor. Pada hari ini 28.6.1961 Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah telah dimahkotakan dengan penuh istiadat di Balai Rong Seri Istana Alam Shah, Klang, Selangor iaitu sebagai Sultan Selangor yang ketujuh. Istiadat pertabalan dimulakan dengan tembakan meriam sebanyak 9 das berserta dengan suara nobat. Keberangkatan Sultan telah didahului oleh satu barisan khas dikepalai oleh Tengku Maharaja Lela sambil membawa semboyan. Apabila Y.M.M. mengambil tempat bersemayan di atas singgahsana, nobat pun di palu dengan lagu `Hairullah’ kemudian upacara kemahkotaan pun dimulakan. Sejurus setelah berlaku istiadat kemahkotaan, Baginda Sultan Selangor hari ini telah berikrar untuk menjalankan pemerintahan negara menurut saluran-saluran perlembagaan dan berpandukan kepada undang-undang agama Islam. Pada hari ini juga baginda telah mengurniakan pingat emas dan perak kepada 216 orang, di antaranya termasuklah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Pahang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan lain-lain. Sesungguhnya dengan pertabalan Sultan Selangor pada hari ini telah memberi kebanggaan kepada rakyat Negeri Selangor khasnya dan rakyat Malaysia keseluruhan.


SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA - IBM
SUMBER : ARKIB NEGARA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...