Monday, August 29, 2011

Bekas KPN 'Naik Angin', labelkan Mat Sabu sebagai pengganas..

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mulaikum w.b.t Salam Ramadan Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera kepada semua

Mat Sabu memang dah gila dan buta sejarah. Ekoran kenyataanya bahawa 'komunis' adalah wira negara. Ekoran dari itu, 23 laporan Polis telah dibuat. Dan, juga mendatangkan kemarahan bekas KPN, Tan Sri Musa Hasan. Berikut, kenyataan beliau.....

Tan Sri Musa Hassan

Mat Sabu pengganas, pengkhianat – Musa Hassan


KUALA LUMPUR 28 Ogos – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melabelkan Mohamed Sabu sebagai pengganas dan pengkhianat negara apabila mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) ialah hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka.

Sehubungan itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memantau tindak-tanduk Timbalan Presiden Pas itu dan mengambil tindakan tegas terhadapnya termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya itu menunjukkan beliau mempunyai kecenderungan menjadi pengganas.

Menurut Musa, kenyataan Mat Sabu itu jelas menunjukkan beliau menyokong pengganas sedangkan sejarah membuktikan betapa kejamnya komunis terhadap anggota pasukan keselamatan dan rakyat yang menentang perjuangan mereka suatu ketika dahulu.

“Lupakah Mat Sabu betapa ramai anggota pasukan keselamatan dibunuh dengan kejam oleh komunis, berapa banyak rumah penduduk kampung dibakar apabila enggan memberi beras kepada mereka?.

“Ada 6,000 pegawai dan anggota polis dibunuh oleh komunis, tak kan mereka sanggup bergadai nyawa jika bukan mahu mempertahankan negara tetapi malang sekali pengorbanan mereka diperlekehkan oleh seorang pengkhianat seperti Mat Sabu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kata Musa lagi, Mohamad Sabu mungkin sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut untuk mencari publisiti dan memburukkan polis yang selalu menangkapnya kerana melanggar undang-undang sebelum ini.

~ Kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabun itu, bukan sahaja mencetuskan kontrovesi, malah kata-kata itu boleh melukakan hati pihak tertentu khususnya anggota keselamatan yang berjuang untuk kemerdekaan sebelum ini. Dengan itu, saya setuju dengan apa yang di sarankan oleh bekas KPN supaya Mat Sabu dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana Mat Sabu ada mempunyai ciri-ciri perjuangan komunis dalam dirinya. IBM beranggapan bahawa Mat Sabu adalah seorang Komunis di era modern. Dan....IBM juga merasakan ada dalang di sebalik kontrovesi ini. Siapa Ya?...kita tungguuuuuuu. Biar pihak yang berwajib mencari jawapannya. Insyallah Mat Sabu akan di sabunkan oleh sabun mandinya. Ikhlas dari : IBM ~

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Ramadan Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera kepada semua

29 OGOS

HARI INI DALAM SEJARAH ~ ~

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG MENANDATANGANI PENGISYTIHARAN PENETAPAN HARI MALAYSIA

TARIKH PERISTIWA : 29.08.1963

Pada hari ini 29.8.1963, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, telah menandatangani pengisytiharan menetapkan Hari Malaysia iaitu pada hari Isnin bersamaan 16hb. September 1963. Penetapan tarikh hari Malaysia ini telah diputuskan oleh kerajaan Persekutuan disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:-

  1. Setiausaha Agong Bangsa-bangsa Bersatu, U Thant telah menyatakan bahawa ia menduga akan menyelesaikan tugas-tugasnya di Borneo menjelang 4hb. September.
  2. Tarikh baru 16hb. September itu telah dipersetujui oleh kerajaan-kerajaan British, Singapore, Sabah dan Sarawak.
  3. Kerajaan Persekutuan tidak sekali-kali bertindak melanggar kata sepakat persetujuan Manila dengan penetapan tarikh baru itu.
  4. Peninjuan Bangsa-bangsa Bersatu di Borneo sekarang bukan menjadi syarat yang menentukan sama ada Malaysia akan wujud atau tidak. Kerajaan Persekutuan yakin rakyat Borneo mendukung Malaysia.

Kerajaan Indonesia dan Filipina telah diberitahu mengenai tarikh baru Hari Malaysia ini. Surat-surat pemberitahuan itu telah disampaikan melalui Duta Besar masing-masing di Kuala Lumpur. Kerajaan Persekutuan telahpun menyatakan pada kerajaan-kerajaan Filipina dan Indonesia tentang tujuannya untuk menubuhkan Malaysia pada 31hb.Ogos,1963 sebagai mana yang dipersetujui di London pada 9hb.Julai 1963. Kerajaan-kerajaan Filipina dan Indonesia telah mengumunkan di dalam Persetujuan Manila bahawa mereka akan menyambut baik penubuhan Malaysia itu dengan syarat sokongan rakyat di Wilayah Borneo ditentukan oleh satu badan yang bebas. Kerajaan Persekutuan sangat yakin bahawa sebahagian besar rakyat Sabah dan Sarawak mahu merdeka melalui Malaysia dan percaya bahawa hasil siasatan Bangsa-bangsa Bersatu akan memberikan pendapat yang sama. Oleh kerana faktor yang berkenaan telah diambil kira maka Hari Malaysia di tetapkan oleh kerajaan pada 16hb.September 1963.


~ SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE 54 TAHUN. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA] ~

Sunday, August 28, 2011

Guan Eng Songlap Duit Syarikat Demi Mat Sabu?..biar betul..

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Ramadan Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera kepada semua

Ibarat abang dengan adik. Berkorban apa saja. Begitu akrabnya LGE dan Mat Sabu. Mengikut cerita terbaru, Lim sanggup menjelaskan bil rawatan Mat Sabu......teruskan baca kalau nak tahu cerita sebenarnya...

Guan Eng Dituntut Perjelas Dakwaan PBA Tanggung Bil Rawatan Mat Sabu

PETALING JAYA: Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa memberi penjelasan berhubung dakwaan penyelewengan wang rakwat apabila bil rawatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dibiayai sepenuhnya oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA).

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menjawab mengenai tuduhan yang didedahkan menerusi beberapa laman blog mengenai kos rawatan yang dituntut iaitu berjumlah lebih Rm8,000.

Bagaimanapun menerusi dokumen yang didakwa merupakan bil rawatan sebuah hospital terkenal di Selangor kos rawatan sebenar adalah berjumlah RM5060.55.

"Yang dituntut melebihi RM3,000 daripada kos rawatan sebenar. Jadi ini adalah bukti wujudnya amalan penyelewengan wang rakyat di Pulau Pinang.

"Kalau sebelum ini Guan Eng kata Pulau Pinang bebas daripada amalan penyelewengan, ingin saya nyatakan bahawa ini sememangnya tindakan penyelewengan...beliau perlu jawab," katanya pada sidang media pada Sabtu.

Selain itu menurut Reezal, walaupun Mohamad yang lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' merupakan Ahli Lembaga Pengarah PBA, namun beliau tidak mempunyai asas yang kukuh untuk menuntut anak syarikat kerajaan Pulau Pinang itu menanggung kos rawatannya.

Katanya menerusi perjanjian kolektif (CA) antara PBA dengan pekerja, syarikat itu tidak akan membayar kos rawatan terhadap kesakitan yang diakibatkan oleh penyertaan aktiviti haram.

"Apa istimewa sangat Mat Sabu? RM 8,000 ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan rawatan beliau yang diakibatkan oleh penyertaan beliau dalam perhimpunan haram Bersih," katanya.

Julai lalu Mohamad dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam untuk bagi menjalani pembedahan ekoran ligamen kaki kanannya terkoyak.

Terdahulu, pada 14 Julai lalu, Mat Sabu membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi yang mengatakan beliau dikepung dua Proton Waja polis dan sebuah Pajero polis berwarna gelap.

Dalam laporan polis yang dimuat naik dalam blognya, Mat Sabu mendakwa Proton Waja polis itu melanggar motosikal diboncengnya sewaktu dalam perjalanan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

~ Kalau hal sebegini terus berlaku, kalau Ketua Menteri boleh berbuat sesuka hatinya, memang malanglah nasib orang-orang di negeri Pulau Pinang, terutamanya orang-orang Melayu. Jelas sekali Lim seorang pemimpin 'kuku besi', dia langsung tidak memperdulikan rintihan rakyat. Yang penting baginya, buncitkan perutnya dan pemimpin-pemimpin yang sewaktu dengannya. Baginya, itu tidak menjadi satu kesalahan walaupun dia mengunakan duit syarikat, tapi, bagi pandangan IBM itu pun duit rakyat jugak. Begitulah jadinya kerana dia yang berkuasa, suka hati dialah apa dia nak buat. Kepada orang-orang Melayu P.Pinang, tak serik-serik ke?, bila lagi nak bangkit?...terpulanglah pada hangpa..hangpa fikiaklah sendiri. Ikhlas dari saya : IBM ~

Pok Nik Ada Senjata (Doa) Nak bunuh UMNO/BN??

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Ramadan Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera Kepada Semua

Nak tahu senjata apa?...baca seterusnya...

Doa Malam 'Lailatulqadar : اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ اْلعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
[Alloohumma Innaka ‘Afuwwun, Tuhibbul ‘Afwa, Fa’fu ‘Anni]
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pema’af, Engkau Menyukai Pema’afan, Karena itu, Berilah ma’af kepadaku”

Adakah 'doa' ini yang dibaca oleh Nik Aziz?..atau ada doa lain yang boleh membunuh UMNO/BN.?..WA...:)

Si Tua bangka ni memang terkenal dengan 'Fatwa'nya. Setiap kali ada saja fatwa yang di keluarkannya. Tapi..semua fatwa-fatwa tu, langsung tak masuk akal, tak boleh di ambil pakai dan tidak relevan langsung. Terkini...dia mengunakan kaedah terbaru dengan mengunakan 'Doa' untuk di jadikan 'senjata akhir' bagi orang Islam (PAS) berdepan dengan lawan yang menggunakan pelbagai taktik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Dengan berbuat sedemikian, segala tektik buruk pihak lawan (UMNO/BN) untuk mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan bermunajat kerana 'Doa' yang di pohon tiada hijab yang menghalangnya kerana ia akan terus sampai kepada Allah, lebih-lebih lagi diadakan pada malam 'Lailatulqadar'.

~ IBM tak berani nak buat komen yang melampau. Nanti hilang pahala di bulan puasa ni. Apapun, nampaknya Nik Aziz begitu konfiden segala doanya di terima dan di dengar oleh Allah s.w.t. Mudah-mudahan termakbullah hendaknya doa Nik Aziz tu. Tapi, jangan pula apabila Pas tewas di PRU ke-13 nanti, menyalahkan pihak UMNO/BN main kotor dan sebagainya. Berdoalah wahai Pok Nik...berdoalah.....rakyat ramai dah tahu apa itu parti Pas yang sebenarnya dan kemanakah hala tuju politik Pas?...fikir-fikirlah sendiri.
Ikhlas Dari Saya : IBM ~

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Ramadan Salam Ukhwah dan salam Sejahtera kepada semua
28 OGOS

Barisan Kabinet Pertama Tanah Melayu 1957

HARI INI DALAM SEJARAH ~ ~

PENGUMUMAN JEMAAH KABINET YANG PERTAMA SELEPAS MERDEKA

TARIKH PERISTIWA : 28.08.1957

Pada hari ini dalam tahun 1957, Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dalam satu persidangan akhbar di Kuala Lumpur telah mengumumkan mengenai anggota jemaah yang akan menduduki Kabinet selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Ia melibatkan perubahan ke atas kesemua ahli-ahli kabinet yang sedia ada. Antara yang menganggotai Kabinet baru yang dicadangkan oleh Tunku ini ialah Dato' Abdul Razak bin Hussein (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan); Kolenel Sir Henry Han Shik Lee (Menteri Kewangan); Encik Sulaiman b. Dato' Abdul Rahman (Menteri Dalam Negeri dan Keadilan); Encik Tan Siew Sin (Menteri Perniagaan dan Perusahaan); Encik V.T. Sambanthan (Menteri Kesihatan); Encik Mohamad Khir Johari (Menteri Pelajaran); Encik Ong Yoke Lin (Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat); Encik Abdul Rahman b. Hj. Taib (Menteri Pengangkutan); Encik Bahaman Samsudin (Menteri Hasil-hasil Bumi); Encik Abdul Aziz Ishak (Menteri Pertanian); Encik Sardon Hj. Jubir (Menteri Kerja, Pos dan Talikom); dan Dr. Ismail b. Dato' Abdul Rahman. Menteri Mutlak (Tidak Berjawatan) dan Wakil ke Bangsa-bangsa Bersatu serta Duta ke Washington.


~ SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN YANG BUDIMAN. IKHLAS DARI SAYA : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA] ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...