Sunday, August 28, 2011

Guan Eng Songlap Duit Syarikat Demi Mat Sabu?..biar betul..

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Ramadan Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera kepada semua

Ibarat abang dengan adik. Berkorban apa saja. Begitu akrabnya LGE dan Mat Sabu. Mengikut cerita terbaru, Lim sanggup menjelaskan bil rawatan Mat Sabu......teruskan baca kalau nak tahu cerita sebenarnya...

Guan Eng Dituntut Perjelas Dakwaan PBA Tanggung Bil Rawatan Mat Sabu

PETALING JAYA: Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa memberi penjelasan berhubung dakwaan penyelewengan wang rakwat apabila bil rawatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dibiayai sepenuhnya oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA).

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menjawab mengenai tuduhan yang didedahkan menerusi beberapa laman blog mengenai kos rawatan yang dituntut iaitu berjumlah lebih Rm8,000.

Bagaimanapun menerusi dokumen yang didakwa merupakan bil rawatan sebuah hospital terkenal di Selangor kos rawatan sebenar adalah berjumlah RM5060.55.

"Yang dituntut melebihi RM3,000 daripada kos rawatan sebenar. Jadi ini adalah bukti wujudnya amalan penyelewengan wang rakyat di Pulau Pinang.

"Kalau sebelum ini Guan Eng kata Pulau Pinang bebas daripada amalan penyelewengan, ingin saya nyatakan bahawa ini sememangnya tindakan penyelewengan...beliau perlu jawab," katanya pada sidang media pada Sabtu.

Selain itu menurut Reezal, walaupun Mohamad yang lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' merupakan Ahli Lembaga Pengarah PBA, namun beliau tidak mempunyai asas yang kukuh untuk menuntut anak syarikat kerajaan Pulau Pinang itu menanggung kos rawatannya.

Katanya menerusi perjanjian kolektif (CA) antara PBA dengan pekerja, syarikat itu tidak akan membayar kos rawatan terhadap kesakitan yang diakibatkan oleh penyertaan aktiviti haram.

"Apa istimewa sangat Mat Sabu? RM 8,000 ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan rawatan beliau yang diakibatkan oleh penyertaan beliau dalam perhimpunan haram Bersih," katanya.

Julai lalu Mohamad dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam untuk bagi menjalani pembedahan ekoran ligamen kaki kanannya terkoyak.

Terdahulu, pada 14 Julai lalu, Mat Sabu membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi yang mengatakan beliau dikepung dua Proton Waja polis dan sebuah Pajero polis berwarna gelap.

Dalam laporan polis yang dimuat naik dalam blognya, Mat Sabu mendakwa Proton Waja polis itu melanggar motosikal diboncengnya sewaktu dalam perjalanan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

~ Kalau hal sebegini terus berlaku, kalau Ketua Menteri boleh berbuat sesuka hatinya, memang malanglah nasib orang-orang di negeri Pulau Pinang, terutamanya orang-orang Melayu. Jelas sekali Lim seorang pemimpin 'kuku besi', dia langsung tidak memperdulikan rintihan rakyat. Yang penting baginya, buncitkan perutnya dan pemimpin-pemimpin yang sewaktu dengannya. Baginya, itu tidak menjadi satu kesalahan walaupun dia mengunakan duit syarikat, tapi, bagi pandangan IBM itu pun duit rakyat jugak. Begitulah jadinya kerana dia yang berkuasa, suka hati dialah apa dia nak buat. Kepada orang-orang Melayu P.Pinang, tak serik-serik ke?, bila lagi nak bangkit?...terpulanglah pada hangpa..hangpa fikiaklah sendiri. Ikhlas dari saya : IBM ~
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...