Thursday, July 5, 2012

Duta Teksi Boleh Jaga Imej Negara..

NAJIB (tengah, belakang) bersama duta-duta teksi di Putrajaya semalam.
SATU LAGI TRANSFORMASI YANG DIILHAMKAN OLEH PERDANA MENTERI UNTUK RAKYAT DAN NEGARA

GOLONGAN pemandu teksi merupakan satu kumpulan penting dalam sektor pelancongan kerana mereka boleh meningkatkan imej serta memberi persepsi baik terhadap negara terutama dalam kalangan pelancong asing. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, persepsi yang baik atau buruk terhadap negara akan tergambar semasa seseorang penumpang menggunakan perkhidmatan sesebuah teksi dan berinteraksi dengan pemandunya.
Menurutnya, apabila seseorang pelancong mendapat layanan yang memuaskan, mereka akan merasakan bahawa mereka berada di sebuah negara yang makmur dengan rakyat yang mesra dan ia akan disenangi pelancong. "Dengan menceritakan perkara yang baik mengenai negara dan menunjukkan sikap yang positif, maka para pelancong akan gembira dan menjadikan negara sebagai negara yang disenangi untuk dilawati," katanya.
Sebenarnya ramai dikalangan pemandu teksi di negara kita ini yang telah banyak menyumbangkan bakti terhadap negara. Mereka menunjukkan prestasi yang sungguh membanggakan negara, melayan tetamu-tetamu dengan penuh berdisplin, cuma ada segelintir sahaja yang agak agresif dan kasar terhadap pelancong-pelancong dari luar negara. Tapi..itu dulu, sekarang tidak lagi kot. Lepas ni, pemandu-pemandu teksi jangan lupa tanggug jawab tu. Bila mengundi nanti, tahulah siapa yang nak dipangkah, jangan tersalah pangkah. Faham-faham le ye. PM kita dah banyak buat kerja, besar jasanya pada rakyat. Begitu jugalah pada warga pemandu teksi ni. Janji tetap di kota. Bagaimana dengan pemberian tayar, 4 biji setahun, dah ambik ke belum?
Apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri , adalah satu langkah yang betul bagi menaikkan nama negara, imej negara melalui pemandu teksi yang diberi peningtirafan sebagai Duta Teksi terhadap pelancong luar negara. TAPI..janganlah pulak hal 'Duta Teksi' ini di politikan pulak oleh pembangkang. IBM yakin, pembangkang akan membangkitkan isu ini. Percayalah. Apapun,  syabas dan tahniah kepada DS Najib yang inginkan 'transformasi' negara berjaya dilaksanakan demi untuk kebaikan rakyat dan negara.  Insyallah. Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Khalid Gagap Kantoi Pasal Skandal Penyelewangan RM1b...Ada Hati Nak Saman BN Selangor..Huhuhu..


KERAJAAN
negeri Selangor dialu-alukan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pendedahan skandal penyelewengan hampir RM1 billion dalam penyusunan hutang syarikat pembinaan Talam Corporation Bhd. Nak takut apa, kerana isu ini memang 'relevan' cukup dengan bukti-buktinya. Sebab itu, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohammed tidak gentar dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri, di ketuai oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid @ Khalid gagap, disifatkan sebagai satu ugutan.

Nak saman?...samalah, kata DS Mohd Zin. Tak ada hal. Lagi pun, mereka ada hal untuk berbuat demikian. Menyifatkan itu sebagai satu ugutan, beliau mencabar Menteri Besar Selangor itu untuk membawa isu ini ke Mahkamah. IBM 'salute' pada DS Ir. Moh Zin kerana mempertahankan akan pendedahan isu tersebut yang didedahkan oleh Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong seperti yang dilaporkan oleh media pada Rabu lepas. Iannya bertujuan untuk mendapat penjelasan daripada kerajaan negeri terutamanya isu berkenaan ada kaitan dengan penggunaan wang rakyat.

Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya isu ini. Kita lihat nanti siapa yang kena. Kepada Khalid gagap, jangan terlalu konfiden, sombong kerana, lambat laun perkara ini akan pecah juga. Jangan ingat nak saman orang je. Apa orang lain tak boleh saman balik ke?..bonggok, banggap punya Menteri Besar. Menghabiskan duit rakyat je. Sekian dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Wednesday, July 4, 2012

Anwar Kata Nak 'bersara' Jika PR Kalah PRU Nanti.? Ini Tentu Gula-Gula Politik Anwar....


BERSARA? Anwar kata beliau akan bersara di dalam arena politik sekiranya Pakatan Rakyat kalah dan tidak dapat menawan Putrajaya. Boleh percaya ke kata Anwar ni?. Tapi...itulah yang beliau katakan dalam malaysiakini seperti yang dilaporkan di dalam  Financial Time semalam. Ada sesiapa terperanjat tak dengan kenyataan Anwar ni? Bagai IBM, segala apa yang dikatakan oleh pengkhianat no 1 negara ni, ibaratkan seperti orang yang terlalu 'desprate' yang mementingkan diri sendiri. Beliau memang terlalu terdesak untuk menjadi Perdana Menteri. Mana mungkin boleh bersara dari politik. Memandangkan usianya yang kian lanjut, maka katanya, 'now or never'.


Apabila IBM terbaca di dalam mk tentang kenyataan Anwar ni,  IBM tersenyum sendirian. Memang itulah modal terakhirnya beliau bagi meraih simpati dari rakyat dan para pengundi. Silap hari bulan ianya boleh mendatangkan hasil. Bijak, memang bijak si Al-juburi ni. Dengan apa sekali pun beliau mencari jalan bagi mencapai cita-cita beliau. 

Dalam masa yang sama, akhbar harian tersebut yang beroperasi di London, mengatakan bahawa di dalam usia 65 tahun, Anwar begitu kelihatan 'letih' untuk mentadbir sebuah negara seperti Malaysia ini. Ehhh..ehhh...sedar juga Anwar ni ye. Tapi....sebelum itu Anwar sempat berkata, beliau percaya perubahan kerajaan baru akan berlaku di dalam PRU ke-13 nanti. Ye ke?.....kalau gitu kenapa pulak kata nak bersara sekiranya PR tewas nanti, mana dia yang dikatakan Anwar konfiden PR boleh menang?. Kalut..memang kalut Anwar ni.

Itulah kepakaran yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim yang juga di kenali sebagai 'sesumpah'. Hari ini dia kata lain, besok pulak lain. Bercelaru, berserabut....tapi, yang hairannya tu, masih ramai lagi pencacai-pencacai yang masih setia dan percaya pada Anwar. Kenapa ye, apa ilmu yang Anwar pakai?. Nak jugak tahu. Kot-kot boleh dapat congkil sikit ilmu yang Anwar pakai tu. 

Apapun, itu adalah tektik kotor yang Anwar pakai. Jangan pedulikan pasal dia ni. Beliau pun dah nampak letih dan lesu. Tengok aje le gambar dia tu. Kelihatan tua bebeno, kata orang Perak.  Kepada rakyat jelata, fikir-fikirkanlah sejenak setelah membaca apa yang IBM tuliskan ini, kerana berfikir sejenak itu boleh merubah segala-galanya. Sekian dari saya ~ IBM.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

Rakyat Selangor Ditipu Lagi....


SETELAH menipu rakyat Selangor dalam manifesto mereka semasa kempen PRU 2008, kini pemimpin-pemimpin Selangor menipu rakyat lagi.
Manifesto mereka tahun 2008 menjanjikan BANTUAN RM 50 SEBULAN SEORANG UNTUK PENDIDIKAN PRA SEKOLAH (TADIKA) sekiranya mereka berjaya memerintah Selangor.
Setelah empat tahun memerintah janji itu tidak ditunaikan. Setelah dibangkitkan secara langsung oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia dalam siri debat baru-baru ini , barulah mereka janji nak laksanakan bermula Julai 2012. Namun diletakkan syarat pula tidak sebagaimana yang dijanjikan dulu yang tidak diletakkan apa-apa syarat. Syaratnya untuk keluarga yang berpendapat bawah RM1500.00 sahaja
Ramai rakyat Selangor yang mempersoalkan syarat tersebut dan ramai juga yang menyatakan ingin menuntut tunggakan dari tahun 2008 hingga 2010. Kerajaan Selangor mula gelabah dengan perkara tersebut.



Hari ini skim yang dinamakan TUNAS itu dilancarkan oleh Exco Pendidikan Selangor. Namun ceritanya berbeza pula hari ini.
Bantuan wang tunai RM 50 tidak akan diberikan secara terus kepada ibu bapa. Sebaliknya ibu bapa diminta untuk memindahkan anak-anak mereka ke sekolah yang menyertai skim tersebut dan akan dibayar terus kepada sekolah.
Sekarang sesi persekolah sudah memasuki penggal ke dua. Lebih kurang 3-4 bulan lagi sesi persekolahan akan tamat. Untuk memindahkan anak-anak ke sekolah yang menyertai skim tersebut sudah tentu akan menyusahkan ibu bapa dan mengganggu prestasi pelajaran pelajar dan kesukaran kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru.
Cara sebegitu dilakukan dengan niat untuk menipu rakyat yang layak menikmati kemudahan tersebut. Supaya rakyat tidak boleh menuntut tunggakan untuk tahun yang lepas-lepas dan juga untuk tunggakan dari Januari hingga Jun 2012.
Sedarilah rakyat Selangor sekalian bahawa itu semua adalah tipu helah mereka untuk mengabui mata rakyat. Sumbangannya tidak seberapa tetapi dicanang melebihi had untuk menunjukkan mereka prihatin. Jika benar-benar prihatin sila bayar tunggakan sejak tahun 2008. Kalau tak menipu, bukan Pakatan Rakyat namanya.
IBM harap kepada para pembaca budiman, fikir-fikirkanlah setelah membaca artikal yang menarik ini yang IBM petik dari Selangor Daily Dot Com ~ terima kasih, kerana berfikir sejenak boleh merubah segala-galanya. Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

'Parti Kelentung Rakyat' (PKR) Seleweng RM1b??



OPERASI penyelamat konon. Selamatkan perut depa ada le.  Itulah alasan PKR Selangor ketika pembelian penuh ke atas aset Talam Corporation pada tahun 2009. Tapi...sebaliknya. Rupa-rupanya itu adalah satu penyelewengan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang didakwa terbabit dalam penyelewengan bernilai hampir RM1 bilion dan ia dikatakan dibuat dengan berselindung di sebalik pelan ‘menyelamatkan’ Talam Corporation Bhd. (Talam) yang dibebani hutang, dua tahun lalu.

Penyelewengan didakwa berlaku dalam dua bentuk iaitu membabitkan pembelian ‘penuh tanda tanya’ ke atas aset Talam berjumlah RM676 juta serta ‘misteri’ ke mana peruntukan RM392 juta yang diluluskan pada 2009 bagi menyelesaikan hutang syarikat itu dibelanjakan. Jelas bahawa Parti PKR ini adalah sebuah parti yang KORAP, haru di tolak oleh rakyat, khusunya rakyat Selangor. Lagi lama mereka memerintah di Selangor ini, tidak mustahil negeri Selangor akan 'muflis'. 

Perkara itu didedahkan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong (gambar), selepas terkejut apabila mendapat maklumat kerajaan PKR Selangor belum menjelaskan hutang milik Talam ke atas beberapa buah syarikat meskipun bajet sudah diluluskan. Dan...ini adalah satu pendedahan yang harus di pandang serius oleh semua pihak, termasuk rakyat negeri Selangor itu sendiri. Kalau tidak dibendung dan di siasat ianya akan memudaratkan negeri  Selangor itu sendiri.

Cukuplah selama satu penggal PKR dan rakan kongsinya memerintah Selangor, kini, rakyat harus bangkit menentang dan menghumban parti yang telah diamanahkan oleh rakyat negeri Selangor, tapi, mengamalkan KORAPSI. Sudahlah segala janji-janji semasa PRU ke-12 tidak tertunai, kini, mereka ingin menipu rakyat lagi. Sudah tiba masanya rakyat Selangor 'kuburkan' PKR di PRU ke-13 nanti dan nyahkan mereka dari negeri Selangor ini.
Maka, sekali lagi IBM ingatkan, fikirkan sejenak, kerana sejenak itu boleh mengubah segala-galanya. Sekian dari saya ~ IBM 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...