Monday, August 6, 2012

Berhati-Hatilah....PAS Adalah Golongan 'RUWAIBIDHAH' Yang Terkutuk!!



BULAN Ramadan merupakan antara bulan yang paling mulia dalam Islam. Dalam bulan ini, segala kebaikan dibalas berkali-kali ganda oleh Allah Taala. Dalam bulan ini jugalah setiap manusia yang berdosa, diberikan peluang seluas-luasnya untuk menebus kejahatan dan kemaksiatan yang telah dilakukan selama 11 bulan yang lalu dengan kebaikan yang amat dituntut oleh Islam. Dari sekecil-kecil kebaikan sehinggalah sebesar-besar manfaat buat diri dan umat.
Namun di Malaysia, Ramadan merupakan bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh segelintir manusia. Bukan kebaikan yang mereka cari, sebaliknya mereka mencari-cari kempen secara percuma. Mereka mencari pujian dan kekaguman daripada manusia Islam dengan menyanggupkan diri memberikan tazkirah sekalipun majoriti daripada mereka, langsung tidak mempunyai ilmu pengetahuan agama yang melayakkan mereka untuk mengajar atau bertazkirah.
Di Selangor, masjid-masjid dan surau-surau menjadi tempat pertunjukan golongan bodoh yang mahu dilihat dan diangkat sebagai ustaz atau ustazah. Dengan hanya menjadi ahli PAS, berserban, berjubah dan bercelak sedikit di mata serta berjanggut, maka mereka pun tanpa segan silu mengangguk-angguk apabila dipanggil ustaz dan disediakan tempat untuk bertazkirah atau memberikan kuliah agama.
Ada sesetengahnya yang solatnya pun tidak dijaga, bahkan ilmu taharahnya pun masih tidak lulus, beria-ia menyampaikan ceramah agama sekalipun lesen yang ada pada mereka hanyalah bekas artis.
Alangkah jauh dan dangkal pemikiran mereka.


Hanya kerana mereka ahli dan pemimpin PAS, mereka pun beranggapan ilmu yang ada sudah cukup untuk mengajar orang lain!
Kerosakan umat bermula daripada golongan yang berasakan mereka sangat layak menjadi pengajar atau guru. Bersandarkan kepada kewajipan berdakwah, kaedah dakwah yang mereka mampu fikirkan adalah dengan bertazkirah, berceramah dan mengajar agama. Lantas ini menyebabkan kejahilan yang diajarkan, semakin berkembang biak. Bahkan nilai-nilai sebenar Islam, ditutup serta diselindungi disebabkan kejahilan si tukang mengajar.
Ini yang sedang berlaku pada zaman sekarang. Sekarang ini, sesiapa sahaja boleh mengajar. Tidak banyak syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi sebelum dibenarkan mengajar. Cukup dengan hanya berpakaian seperti ulama yang sangat zuhud. Cukup dengan cakap-cakapnya seperti cakap-cakap ahli syurga. Malah lebih tepat lagi, cukup dengan memperkenalkan diri sebagai penyokong PAS, maka layaklah orang itu untuk mengajar, bertazkirah atau berceramah agama.

Kalau tidak ada keahlian dalam PAS, walaupun kelulusan panjang berjela, walaupun kepakaran dan keahlian mengatasi Mursyidul Am PAS, maka individu berkenaan tidak layak. Kalau pihak berkuasa agama enggan memberikan tauliah kepada orang PAS berkenaan untuk mengajar agama, pihak berkuasa akan dilihat sebagai pihak yang mengembangbiakkan kejahilan dan bersikap jahiliyah.
Seperti yang dikatakan oleh Nabi s.a.w lebih seribu tahun lalu, pada penghujung zaman, semakin ramailah kaum jahil yang akan berlagak seperti ulama. Mereka ini lebih tepat lagi digelar sebagai Golongan Ruwaibidhah.
 
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. “Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah””. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (H.R Ibn Majjah).
Fenomena ini sedang dihalalkan oleh PAS. PAS sendiri adalah sesuatu BIDAAH yang amat besar. bidaah yang sebenarnya telah awal-awal diperintahkan oleh Nabi s.a.w agar di tolak. Inilah sedang berlaku. Inilah golongan yang sedang mendapat perhatian dan sanjungan daripada kaum JAHIL yang apabila diberitahu kepad mereka, iktikad mereka itu salah, mereka pula menyalahkan orang lain.

Dek kerana itulah, ramai orang PAS yang bersungguh-sungguh dan berebut-rebut untuk mengajar, bertazkirah dan berceramah agama kerana mereka sebenarnya tidak lain dan tidak bukan adalah Golongan RUWAIBIDHAH yang telah diceritakan oleh Nabi s.a.w lebih seribu tahun yang lampau.

Sumber Berita dipetik Dari : Selangordaily.com ~ Terima kasih.

 ________________________________________________________________

Komen IBM senang je, PAS adalah Parti Ajaran Sesat. Elok beno le PAS di tolak perjuangannya sebelum ramai lagi yang akan sesat. Salam dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Pemburuan Pingat Emas Olimpik Pertama Chong Wei Berakhir, Perak Pengubat Luka......


DALAM sukan, tiada siapa ingin kalah. Kalau boleh sentiasa nak menang. Begitu jugalah kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. bukan kata dia tak main baik, tapi...nasib tidak menyebelahinya. Kalau di lihat sepanjang perlawanan yang mendebarkan itu, pemenang pingat emas dari Cina itu, Lin Dan yang kelihatan gugup dan sentiasa cemas. Chong Wei sentiasa tenang, tapi, di set kedua, Chong Wei dilihat hilang fokus sehingga Lin Dan dapat menghudu kelemahan dan kesilapan yang dibuat sendiri oleh Chong Wei.

Sepatutnya Chong Wei boleh menang dengan straight game kerana bermain di game penantuan, amat-amatlah tinggi risikonya. Bermain pulak dengan pemain yang begitu kental semangatnya juangnya seperti Lin Dan. Maka, harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei membawa pulang pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik sekali lagi HAMPA selepas beliau tumpas kepada musuh tradisinya, Lin Dan dari China pada acara final perseorangan lelaki badminton Sukan Olimpik 2012 di Arena Wembley, London malam tadi.

CHONG WEI ditenangkan oleh Ketua Jurulatih perseorangan lelaki Malaysia, Rashid Sidek selepas tewas kepada Lin Dan di Arena 
                                                                                     Wembley, London malam tadi.
Kekalahan itu juga bermakna Chong Wei terlepas peluang memperoleh ganjaran RM4 juta yang dijanjikan jika beliau meraih pingat emas acara itu. Dalam perlawanan itu, Chong Wei menang set pertama 21-15 tetapi tewas 10-21 dan 19-21 pada set kedua dan ketiga dalam perlawanan yang cukup mendebarkan. Jika beliau muncul juara semalam, Chong akan mendapat wang tunai RM2 juta sumbangan Kementerian Belia dan Sukan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) kepada setiap pemenang pingat emas Olimpik serta RM1 juta yang dijanjikan oleh sebuah syarikat perabot, 3V Holdings Sdn. Bhd.

Apapun, ucapan tahniah harus kita berikan kepada Datuk Lee Chong Wei kerana telah mengharumkan nama negara. Perak pun Peraklah. Jadilah, asalkan tidak balik dengan tangan kosong. Harap selepas ini, ada penganti kepada Chong Wei dan sekali lagi nama dan bendara Malaysia berkibar di sukan Olimpik dan di sukan-sukan yang lain yang bertaraf dunia.

Kepada Datuk Lee Chong Wei, jangan putus asa, masa ada beberapa tahun lagi untuk beliau meneruskan krier beliau di sukan badminton. Teruskan perjuangan mu. Ikhlas dari saya. Majulah sukan untuk negara. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Isu HUDUD : Pas Dihina Lagi. Kesian!!

PAS memang tak sedar diri. Dihina oleh rakan kongsinya tentang perlaksanaan hukum hudud pun Pas masih nak berkawan dengan DAPigs. Dah terang, pengerusinya Karpal Singh si kafir Harbi tu menolak hudud, tapi Pas masih terhengeh-hegeh, masih nak berkawan dengan DAP lagi. Hairan dan ajaib IBM mengenangkan perangai pemimpin-pemimpin Pas ni yang sanggup mengadaikan maruah agama dan bangsa demi cita-cita tinggi mereka dalam politik.

Penghinaan demi penghinaan dan kenyataan demi kenyataan telah di buat oleh si kafir Harbi ni, tapi...Pas tetap mahu berkawan dengan DAPigs yang terang-terang menolak perujudan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud. Itulah penderian tetap DAP, 'No Islamic State and Hudud Law'. 

Tapi...disebalik kebodohan dan kedegilan pemimpin-pemimpin atasan Pas yang masih mahu bersama DAPigs di dalam Pakatan Rakyat, IBM dapat berita bahawa ahli Pas di peringkat akar umbi mahu parti itu keluar segera daripada pakatan pembangkang kerana kebiadaban DAP serta Pengerusinya, Karpal Singh terhadap Islam merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan.

Maaf, tiada hudud dan negara Islam di dalam BUKU JINGGA Pakatan? Ada faham? - Karpal

Kenyataan tersebut dibuat oleh bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang (lupa pulak namanya), mereka berpendapat selagi Pas berada dalam pakatan tersebut, perjuangan Islam yang selama ini menjadi asas perjuangan parti tersebut akan terus dikekang hebat oleh DAP. Sekarang baru nak sedar ke? Kenapa semasa memegang jawatan KDPP tak nak bersuara, bila dah jadi bekas Ketua Dewan baru nak melalak? Tak de telok kota Pemuda Dewan Pas ni kot?

Menurut bekas ketua dewan pemuda Pas Pulau Pinang tu lagi, ia merupakan satu hakikat yang berlaku dan atas sebab itu golongan ulama di dalam Pas perlu tampil meminta pucuk pimpinan parti mengkaji semula kerjasama parti tersebut dengan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR). Rata-rata ahli akar umbi yang beliau temui menyifatkan kenyataan Karpal sebagai kurang ajar dan biadab kerana ia melibatkan kesucian Islam dan kepentingan umat Islam. Ini bukan soal Pas tetapi soal Islam dan umat Islam.

Bagus le kalau korang dah sedar. Tapi bagaimanana dengan pemimpin-pemipin Pas yang di atas sana tu? Bagaimana dengan Mursyidul Amnya, Presidenya dan yang lain-lain, dah bangun dari tidur ke? Apapun, terpulanglah kepada korang. Bila korang ni menggangap diri korang yang bertaraf ulama dan menjadi ahli syurga kelas pertama di akhirat nanti, korang fikr-fikirkanlah. Kalau korang masih nak dan terus di hina oleh DAPigs, teruskanlah berjuang bersama-sama Pakatan Rakyat, insyallah korang semua akan beroleh kejayaan.

Sekian dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Sunday, August 5, 2012

Blog Oh! Bulan Di Saman??

FARA berharap ini adalah pengajaran buat blog yang menimbulkan fitnah.


BEGITU serius Noorfaraashikin (gambar) berbincang dengan peguamnya. Noorfaraashikin tenang diapit dua orang peguamnya, Amir Hamzah dan Nizam Bashir pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, Ahad lalu. Nama dan wajahnya dikenali ramai setelah bernikah dengan penyanyi, Datuk Hattan. Namun, jodoh mereka tidak panjang. Fara hanya bergelar isteri kepada penyanyi tersebut selama 62 hari.


Rentetan daripada perkahwinan itu, sebuah blog menyiarkan gambar peribadi Fara yang menurut Fara merupakan satu fitnah terhadap dirinya. Jelas Fara, penyebaran gambar itu bermula sekitar tahun 2008 selepas akaun e-mel miliknya digodam. Penggodam berkenaan juga mencipta e-mel lain dan menyebarkan gambar-gambar tersebut dengan niat untuk menjatuhkan maruah dan reputasinya.
Sekali lagi pada tahun 2011, akaun Facebook Fara digodam oleh pihak lain sebelum memuat naik beberapa artikel palsu yang bertujuan mengaibkan dirinya. Tegas dan mahu perkara ini diambil serius, Fara memfailkan saman terhadap pengendali blog Oh! Bulan.
Kenapa Fara mahu saman pemilik blog tersebut? Nak tahu kenapa? BACA DISINI.....
IBM malas nak komen banyak, nanti blog IBM pulak kena saman. korang baca dan tahu kenapa? Ikhlas dari saya ~ IBM 
TERIMA KASIH JUGA KERANA SUDI MEMBACA

Saturday, August 4, 2012

Limpahan Ganjaran Menanti Chong Wei Jika Rangkul Emas!!

Datuk Lee Chong Wei meraikan kemenangan beliau menewaskan pemain Cina Cheng Long di separuh akhir dengan strait game semalam.

RAKYAT Malaysia kini menaruh harapan tinggi terhadap Datuk Lee Chong Wei yang mara ke pusingan akhir acara badminton perseorangan lelaki untuk membawa pulang emas pertama buat negara pada Sukan Olimpik. Lee yang menamatkan kemarau emas sejak 1996, meraih pingat perak pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing sudah bersedia untuk mencipta kejutaan. Malah beliau turut akan mengukir sejarah sebagai pemenang pingat emas pertama Olimpik untuk negara sejak Malaysia mengambil bahagian dalam temasya BERPRESTIJ itu pada 1956 di Melbourne.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Lee di atas kejayaan tersebut dan menulis di twitternya : "Baru saja bercakap dengan Chong Wei, mengucapkan tahniah kepadanya atas kemenangan hebat! Beritahu beliau supaya mencipta sejarah bagi malaysia dengan memenangi emas." Sementara itu, limpahan ganjaran menanti Chong Wei sekiranya beliau membawa pingat berharga itu termasuk wang tunai RM2 juta dan tambahan RM1 juta dari kerajaan menerusi skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) dan RM1 juta lagi dari Syarikat perabot tempatan, 3V Holdings Sdn Bhd.

Malah, JONGKONG EMAS seberat 12.5 kg bernilai lebih RM2 juta turut ditawarkan oleh Pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), Datuk Seri Andrew Kam dan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenangan pingat emas Olimpik negara sepanjang hayatnya. Lee diangkat sebagi hero negara oleh Najib di atas kejayaannya merangkul pingat perak pada Sukan Olimpik 2008 dan kerajaan Pulau Pinang menghadiahkan gelaran Datuk kepadanya. Di atas kejayaan itu, Chong Wei memperolehi wang tunai RM300,000 dan elaun sebanyak RM3,000 sebulan sepanjang hayatnya.

Sementara itu, pemilik Restoran Original Kayu Nasi Kandar Pulau Pinang, Burhan Mohamed menawarkan hidang percuma kepada pelanggannya sekiranya Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat emas. Katanya, sekiranya Lee menang, beliau akan mendapat wang dan jongkong emas, namun, rakyat dan peminat di Malaysia yang menyokongnya perlu mendapat sesuatu. Maka, katanya, beliau akan memberi makanan percuma kepada pelanggan untuk meraikan kejayaan itu nanti. Sekiranya Lee memenangi pingat emas, pelanggannya akan menikmati set hidangan termasuk minuman kordial antara pukul 7 malam hingga 10 malam di Restoranya di SS2. Apa lagi jom kita kesana. 

Sebelum itu, marilah kita beramai-ramai mendoakan agar Datuk Lee Chong Wei berjaya meraih kemenangan emas pertama di sukan Olimpik. Itulah rintihan dan kehendak para peminat di seluruh negara. Ayuh Lee, tunjukkan kejaguhan dan semangat kesukanan mu yang tinggi, kami di sini sentiasa memberi sokongan padu dan kamu tidak keseorang di London kerana peminat-peminat setia mu ada di sana dan sokongan dari peminat badminton dari negara luar pun bertambah. SELAMAT BERJUANG DATUK LEE CHONG WEI!!!.Sekian dari saya, majulah sukan untuk negara. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...