Monday, August 6, 2012

Pemburuan Pingat Emas Olimpik Pertama Chong Wei Berakhir, Perak Pengubat Luka......


DALAM sukan, tiada siapa ingin kalah. Kalau boleh sentiasa nak menang. Begitu jugalah kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. bukan kata dia tak main baik, tapi...nasib tidak menyebelahinya. Kalau di lihat sepanjang perlawanan yang mendebarkan itu, pemenang pingat emas dari Cina itu, Lin Dan yang kelihatan gugup dan sentiasa cemas. Chong Wei sentiasa tenang, tapi, di set kedua, Chong Wei dilihat hilang fokus sehingga Lin Dan dapat menghudu kelemahan dan kesilapan yang dibuat sendiri oleh Chong Wei.

Sepatutnya Chong Wei boleh menang dengan straight game kerana bermain di game penantuan, amat-amatlah tinggi risikonya. Bermain pulak dengan pemain yang begitu kental semangatnya juangnya seperti Lin Dan. Maka, harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei membawa pulang pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik sekali lagi HAMPA selepas beliau tumpas kepada musuh tradisinya, Lin Dan dari China pada acara final perseorangan lelaki badminton Sukan Olimpik 2012 di Arena Wembley, London malam tadi.

CHONG WEI ditenangkan oleh Ketua Jurulatih perseorangan lelaki Malaysia, Rashid Sidek selepas tewas kepada Lin Dan di Arena 
                                                                                     Wembley, London malam tadi.
Kekalahan itu juga bermakna Chong Wei terlepas peluang memperoleh ganjaran RM4 juta yang dijanjikan jika beliau meraih pingat emas acara itu. Dalam perlawanan itu, Chong Wei menang set pertama 21-15 tetapi tewas 10-21 dan 19-21 pada set kedua dan ketiga dalam perlawanan yang cukup mendebarkan. Jika beliau muncul juara semalam, Chong akan mendapat wang tunai RM2 juta sumbangan Kementerian Belia dan Sukan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) kepada setiap pemenang pingat emas Olimpik serta RM1 juta yang dijanjikan oleh sebuah syarikat perabot, 3V Holdings Sdn. Bhd.

Apapun, ucapan tahniah harus kita berikan kepada Datuk Lee Chong Wei kerana telah mengharumkan nama negara. Perak pun Peraklah. Jadilah, asalkan tidak balik dengan tangan kosong. Harap selepas ini, ada penganti kepada Chong Wei dan sekali lagi nama dan bendara Malaysia berkibar di sukan Olimpik dan di sukan-sukan yang lain yang bertaraf dunia.

Kepada Datuk Lee Chong Wei, jangan putus asa, masa ada beberapa tahun lagi untuk beliau meneruskan krier beliau di sukan badminton. Teruskan perjuangan mu. Ikhlas dari saya. Majulah sukan untuk negara. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...