Saturday, March 1, 2014

SELAMAT ULANG TAHUN KE 81 TENTERA DARAT, LEBIH MATANG DAN LEBIH PEKASA

SABTU, 01 MARCH 2014

RENCANA KHAS
WALAUPUN sudah menjangkau usia 81 tahun pada Sabtu (hari ini), Tentera Darat (TD) sentiasa mewujudkan dasar dan perancangan strategik dalam pengoperasian bagi memastikan negara bebas daripada sebarang ancaman dan pencerobohan luar. Bertepatan dengan tema sambutannya iaitu 'Tentera Darat Teguh Siaga, ATM Gah, ATM Perkasa', TD salah satu cabang utama dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melengkapkan usaha itu dengan mengamalkan triologi 3M iaitu Manusia, Mesin dan Method (kaedah). Panglimanya, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, TD sentiasa memberi penekanan kepada memperlengkapkan manusia (anggota) dengan meningkatkan kualiti sumber manusia yang meliputi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kompetensi.
Katanya, eleman yang turut dititikberatkan adalah menjamin kelangsungan, peningkatan perkakasan yang sedang dan dalam proses dibangunkan atau dipertingkatkan.
Selain itu, Raja Mohamed Affandi berkata pelan-pelan yang bersesuaian diwujudkan dan diperkasakan bagi memastikan TD sentiasa releven dengan keadaan semasa dan masa hadapan. "Kombinasi ketiga-tiga elemen tersebut ditambah dengan tahap kesiagaan yang tinggi membolehkan TD mengunjurkan kuasa pada masa, tempat dan tujuan yang betul. "Malah, ia sejajar dengan peranan TD dalam memastikan visi pasukan tercapai bagi menjamin kelangsungan transformasi ATM," katanya. Beliau berkata demikian pada wawancara khas sempena sambutan ulangtahun ke-81 Tentera Darat di Wisma Pertahanan di sini baru-baru ini. Jelas beliau, peranan TD sebagai sebahagian daripada ATM bukan kecil, malah ketumbukan ini merupakan nadi utama kepada ATM. Katanya, pelbagai episod mencabar yang dilalui antaranya perang dunia kedua, konfrontasi dan merasai bahang peperangan Vietnam serta kejatuhan Kemboja.
Malah, katanya, testimoni terakhir kejayaan TD adalah ketika pencerobohan di Lahad Datu, di mana kerajaan melancarkan Ops Daulat pada 12 Februari lalu. "Jika diukur dari situ, pasukan kita terbukti sudah matang. Dalam TD usia 81 tahun itu belum ‘tua’ sebaliknya dianggap matang," katanya. Raja Mohamed Affandi berkata TD turut terbabit secara menyeluruh dalam misi-misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bumi bergolak seperti di Somalia, Bosnia, Lubnan dan Afghanistan. "Kita diberikan banyak pengiktirafan tertinggi termasuk dari negara luar atas sumbangan menghantar pasukan perubatan ke bumi bergolak itu," katanya. Justeru jika dilihat keseluruhan, beliau berkata TD telah meninggalkan banyak kesan dan nama di serata tempat, baik di Eropah, Asia dan tanah air sendiri serta ia sesuatu yang harus dibanggakan.
Ketika ditanya mengenai perancangan untuk menguatkan mobiliti pasukan TD dengan pembelian peralatan baharu, beliau berkata buat masa ini ia bukan menjadi keutamaan kerana perlu mengambil kira kekangan dan kemampuan pasukan itu. "Maka, saya hanya meletakkan tumpuan terhadap usaha memastikanperalatan sedia ada berada dalam keadaan baik supaya tahap kesiapsiagaan kitakukuh," katanya. Jelas beliau, salah satu aset TD adalah anggota tentera itu sendiri yang perlu dilatih berpegang pada prinsip 'kita perlu bersatu'. "Prinsip itu adalah sesuatu yang perlu ada dalam diri setiap anggota TD. Selepas itu, perancangan kita adalah memperoleh peralatan canggih," katanya.
Mengenai sambutan ulang tahun pasukan itu, Raja Mohamed Affandi berkata ia diadakan di Port Dickson yang juga dikenali sebagai bandar tentera bermula Sabtu. “Pada hari ini (Sabtu), satu perbarisan dan bacaan perutusan akan diadakan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) Port Dickson. "Orang ramai boleh datang ke Pantai Saujana Batu 4, Port Dickson, pada Ahad untuk menyaksikan demonstrasi keupayaan TD dan perbarisan memperingati setahun kejadian pencerobohan di Lahad Datu," katanya.
P/S ~ Terlalu besar pengorbanan tentera kita. Tak terkira jasa-jasa mereka. Dikala kita bersuka-ria, bercuti, merekalah yang menjaga keamanan negara tak kira di sempadan negara atau di dalam negara.  Jasa mu juga dikenang kerana mengharumkan negara ketika menjalankan tugas bersama-sama pengaman antara bangsa di luar negara .Apapun selamat hari jadi ke 81 tahun kepada Tentera Darat.  Hidup Pahlawan ku. Wasallam ~ IBM
 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

RAFIZI LEMBU DEDAH TOKOH DALAM PKR 'KAKI KAPOR'

SABTU, 01 MARCH 2014
Rafizi gopoh nak memburukkan imej Zaid Ibrahim secara tak sengaja membuka pekung didada kronisma dalam PR di negeri Selangor. Rafizi Ramli yang baru-baru ini membuat pendedahan terhadap 2 email dari calon bebas Zaid Ibrahim tanpa disedari telah membuka pekung didada pentabiran Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Ingatkan pemimpin-pemimpin dalam PKR ni bersih sungguh, tak ada korapsi. Rupanya lagi teruk.

Kandungan email pada tahun 2010 tersebut dikatakan oleh Rafizi Ramli sebagai permintaan untuk memajukan kepada MB Abdul Khalid agar mempertimbangkan permohonan dua Syarikat untuk mendapatkan kelulusan memajukan tanah dan mengadakan usahasama dengan anak Syarikat kerajaan negeri. 

Dari pendedahan tersebut ternyata wujud kecenderungan ahli perniagaan dan ahli parti melobi kerja dan tender kerja ‘direct nego’. Seharusnya jika Rafizi Ramli seorang yang jujur dan amanah seharusnya melaporkan insiden tersebut pada 2010 dahulu tetapi kenapa mendiamkan sahaja perkara sedimikian yang bertentangan dengan dasar Pakatan Rakyat untuk anti kronisma dan anti korupsi. Kerana, Rafizi pun sama. Korupsi. Kata paku dulang serpih, kata orang awak yang lebih.

Kini timbul pelbagai persoalan yang wujud dan menjadi buah mulut rakyat Selangor dan Malaysia amnya.  Adakah permintaan itu telah diajukan oleh Rafizi Ramli kepada MB Khalid? Dan adakah ia di luluskan ?  Berapa banyak lagi permintaan oleh pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat sebegini telah di luluskan?  Hairan IBM dibuatnya. Soalanya ringkss IBM, beginikah yang dimaksudkan Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat “reformasi”, anti kronisma dan “bersih” korupsi? Nampaknya Kaya...kaya-raya le pemimpin-pemimpin PKR ni. Yang tertipu dan menjadi mangsa ialah rakyat Selangor. Bebaloi ke korang mengundi PKR pada PRU-13 lalu? Fikir-fikirkan. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

PEROMPAK TERLALU GANAS. TETAK PENGAWAL, LARIKAN DUIT RM300 RIBU....

SABTU, 01 MARCH 2014
Seorang pengawal keselamatan cedera ditetak manakala seorang juruwang kepedihan mata akibat disembur serbuk kari selepas mereka disamun empat lelaki di kawasan parkir di Terminal Larkin Sentral semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh (gambar bawah kanan) berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.40 petang ketika mangsa menuju ke premis perniagaan mereka di terminal berkenaan selepas mengeluarkan wang dari sebuah bank.

"Mereka didatangi empat lelaki bertopeng yang menaiki sebuah kereta yang kemudian menyembur serbuk kari dan menetak pinggang kanan pengawal keselamatan itu dengan parang," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata suspek kemudian melarikan dua beg berisi wang tunai hampir RM300,000 dengan kereta berwarna gelap.

Sulaiman berkata anggota polis yang digerak untuk mengesan kesemua penjenayah berjaya menahan dua daripada mereka berumur lingkungan 20an dan 30an pada kira-kira 8.30 malam dan usaha giat dijalankan bagi mencari bakinya.

Beliau berkata pengawal keselamatan berumur 34 tahun, dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dan dilaporkan stabil manakala juruwang berusia 22 tahun tidak mengalami kecederaan serius. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. - Bernama

P/S ~ Jenayah tidak mengenal mangsa, umur, dimana dan sentiasa berlaku diluar pengetahuan kita. Ianya berlaku begitu pantas seperti kilat. Hati-hati, jangan sampai kita menjadi mangsanya. ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

JOM KITA KE PULAU PINANG. DS NAJIB AKAN RASMIKAN JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG MALAM INI!!

SABTU, 01 MARCH 2014
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal melakar sejarah buat negara apabila dijadual merasmikan pembukaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di sini kira-kira pukul 8 malam ini. Peristiwa itu mengulangi catatan sejarah yang dilakar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu merasmikan pembukaan jambatan pertama Pulau Pinang kira-kira 29 tahun lalu iaitu pada 3 Ogos 1985. Pada 30 April lalu, DS Najib terlebih dahulu melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama merentasi Jambatan Kedua Pulau Pinang yang kini merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga di dunia.

Dalam pada itu, majlis perasmian penuh bermakna malam ini akan disaksikan lebih 10,000 rakyat di Batu Maung dekat sini dalam upacara penuh gilang-gemilang bermandikan cahaya bunga api. Majlis pelancaran itu bermula lebih awal dengan penganjuran karnival rakyat di Batu Maung iaitu pintu masuk dan keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di bahagian pulau. Karnival yang bermula seawal pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam itu bakal menyaksikan pelbagai program dianjurkan antaranya konsert dan pertandingan sukan selain gerai jualan serta pameran.

Orang ramai buat pertama kali berpeluang merentasi jambatan kedua itu yang dibuka secara percuma, tepat pada pukul 12.01 tengah malam esok. Dibangunkan Kerajaan Pusat dengan kos keseluruhan kira-kira RM4.5 bilion, jambatan itu menghubungkan kawasan Batu Kawan di bahagian Seberang Prai dengan Batu Maung di bahagian pulau. Pembinaannya bakal mengurangkan kira-kira 25 peratus kesesakan di jambatan pertama Pulau Pinang selain memberi alternatif kepada orang ramai memasuki bahagian pulau menerusi wilayah selatan negeri itu.

Dengan kadar tol yang kompetitif iaitu kurang daripada RM10, jambatan itu dilihat bakal menjadi pilihan utama pengguna menyeberangi selat selatan yang menyajikan pemandangan laut yang cukup mempersonakan terutama pada sebelah malam.

P/S ~ Dengar citer ada yang sakit hati dan mata merah bila dia tidak diberi peluang untuk merasmikan Jambatan kedua Pulau Pinang tu. Maklumlah, dia ingat dia Ketua Menteri dah besar sangat. Dasar keras kepala dan samseng. Itulah wajah sebenarnya pemimpin-pemimpin DAPigs yang mengamalkan politik 'rasis'. Korang fikirlah sendiri. Wasallam ~ IBM


"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

SAH! KHALID CABAR AZMIN BAGI JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PKR...PANAS!..PANAS!

SABTU, 1 MARCH 2014

Nampaknya keretakan dalam PKR semakin meluas apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan malam ini akan mencabar Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu. Bagaimanapun, katanya, kempen untuk jawatan tersebut akan bermula selepas pilihan raya kecil DUN Kajang. Katanya, ia kerana beliau tidak mahu dilihat mengutamakan diri daripada parti.

Sebab perjuangan parti kita ialah perjuangan bersama, katanya ketika berucap di 'Majlis Kasih Bertaut" di kediaman rasminya di Shah Alam malam ini. Pengumuman Khalid itu mendapat tepukan gemuruh dari kira-kira 250 yang hadir. Antara pimpinan yang hadir ialah Senator Syed Shahrir Syed Mohamud, Pakar Perlembagaan Prof Dr Abd Aziz Bari, bekas pengerusi PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub, calon ketua AMK Nazree Yunos, ahli jawatankuasa pusat Dr Mohd Rafie Abdul Malik dan Timbalan Ketua AMK, Khairul Anwar Zainuddin.

Khalid turut berkata beliau telah mendapat restu untuk bertanding dari pimpinan tertinggi PKR. Katanya, beliau sudah war-warkan dengan pucok pimpinan parti dan mereka tiada halangan untuk beliau bertanding, katanya ketika ditemui wartawan selepas itu. Pemilihan kepimpinan PKR itu akan bermula pada 4 April hingga 11 Mei depan. Sementara itu, Setiausaha politik Menteri Besar, Azman Abidin ketika dihubungi petang tadi mengenai perrkara itu berkata: "Ya, betul. MB akan tawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden." 

Jemputan rasmi ke majlis malam ini tidak menyebut apa-apa mengenai Khalid akan mengumumkan hasratnya untuk bertanding. Bagaimanapun, terdapat satu "jemputan tidak rasmi" yang beredar di kalangan pemimpin parti, yang menyatakan Menteri Besar akan mengumumkan beliau sedia merebut jawatan nombor dua parti itu. Ia merupakan rahsia terbuka bahawa Khalid dan Azmin, yang dianggap sebagai 'anak emas' Datuk Seri Anwar Ibrahim, sentiasa bertelagah. 

Azmin tidak dapat dihubungi, tetapi seorang pembantunya memaklumkan kepada media bahawa MP Gombak itu tidak ada sebarang komen. Ditanya sama ada Azmin akan mempertahankan jawatannya, pembantunya itu berkata, akan diumumkan kemudian. Lawanlah...lawan. Seronok tengok Parti PKR ni bergolak dan bergaduh sesama sendiri. Ini akan membuat Penasihatnya yang juga Ketua Pembangkang pening kepala dan jadi sasau. Melihat senario parti PKR ni, jelas mereka bukanlah parti yang benar-benar membela nasib rakyat, Parti ini lebih cenderong kepada kepentingan peribadi dan mereka hanya pandai berpolitiking siang dan malam.

Kalau Anwar Brahim menang pada PRK DUN Kajang nanti, aduh, malangnya nasib orang-orang di Kajang. Maka, sebelum terlambat, kepada pengundi-penduduk di Kajang, fikir seribu kali sebelum mengundi Anwar. Bantulah calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. Berilah dia peluang kerana trak rekodnya lebih baik daripada Anwar Brahim. fikir-fikirkan. Wasallam. 

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...