

Khalid turut berkata beliau telah mendapat restu untuk bertanding dari pimpinan tertinggi PKR. Katanya, beliau sudah war-warkan dengan pucok pimpinan parti dan mereka tiada halangan untuk beliau bertanding, katanya ketika ditemui wartawan selepas itu. Pemilihan kepimpinan PKR itu akan bermula pada 4 April hingga 11 Mei depan. Sementara itu, Setiausaha politik Menteri Besar, Azman Abidin ketika dihubungi petang tadi mengenai perrkara itu berkata: "Ya, betul. MB akan tawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden."

Azmin tidak dapat dihubungi, tetapi seorang pembantunya memaklumkan kepada media bahawa MP Gombak itu tidak ada sebarang komen. Ditanya sama ada Azmin akan mempertahankan jawatannya, pembantunya itu berkata, akan diumumkan kemudian. Lawanlah...lawan. Seronok tengok Parti PKR ni bergolak dan bergaduh sesama sendiri. Ini akan membuat Penasihatnya yang juga Ketua Pembangkang pening kepala dan jadi sasau. Melihat senario parti PKR ni, jelas mereka bukanlah parti yang benar-benar membela nasib rakyat, Parti ini lebih cenderong kepada kepentingan peribadi dan mereka hanya pandai berpolitiking siang dan malam.
Kalau Anwar Brahim menang pada PRK DUN Kajang nanti, aduh, malangnya nasib orang-orang di Kajang. Maka, sebelum terlambat, kepada pengundi-penduduk di Kajang, fikir seribu kali sebelum mengundi Anwar. Bantulah calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. Berilah dia peluang kerana trak rekodnya lebih baik daripada Anwar Brahim. fikir-fikirkan. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"