Thursday, December 4, 2014

SELEPAS TONY PUAKA, GILIRAN RAFIZI PONDAN PULA KENA SAMAN. CANTEKKKK!

KHAMIS, 04 DEC 2014
PADAN muka lanun-lanun dari Pakatan Rakyat (PR) kena saman. Berita hari ini melaporkan, selepas menyaman Tony Pua berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini menyaman Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli pula berhubung subsidi minyak. Menurut ahli Parlimen Pandan itu, beliau menerima surat‎ memohon penjelasan daripada firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili Najib hari ini. Beliau berasa bangga mendapat saman dari seorang Perdana Menteri kerana mempertahankan hak rakyat untuk mendapatkan subsidi minyak sekurang-kurangnya 30 sen seliter dalam keadaan pimpinan negara berbelanja sewenang-wenangnya dana rakyat dalam projek-projek yang membebankan rakyat seperti 1MDB," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini. Si pondan Rafizi sudah menjangkakan bahawa Datuk Seri Najib Razak akan mengambil tindakan saman terhadap beliau selepas rakan beliau YB Tony Puaka menerima surat yang sama minggu lepas.  

Beliau percaya ia ada kena mengena dengan kritikan berterusan dari mereka berdua mengenai 1MDB, katanya. Pada 21 November lalu DS Najib menghantar surat tuntutan kepada Pua ekoran kenyataan yang dibuat terhadapnya pada 3 November mengenai 1MDB. Dalam surat yang ditandatangani peguamnya Datuk Mohd Hafarizan Harun, Pua diminta menyiarkan penarikan balik kenyataan itu dan memohon maaf dalam masa 14 hari dalam dua akhbar nasional atau menghadapi tindakan saman ekoran ucapannya yang dirakamkan pada 3 November bertajuk "Tony Pua: Najib is creating the biggest scandal ever in the history of Malaysia". Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga diminta mengeluarkan video itu dari Internet, hentikan sebarang kenyataan fitnah dan membayar sejumlah wang pampasan kepada Najib. Menurut Rafizi, beliau sudah beberapa kali menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan pimpinan Umno berhubung isu subsidi minyak

Sehingga sekarang tidak ada seorang pun pimpinan Umno – dari ketua Pemudanya hingga ketua penerangan yang berani tampil berdebat mengenai subsidi minyak ini, kata Rafizi merujuk kepada Khairy Jamaluddin dan Datuk Ahmad Maslan. Maka, surat ke arah tindakan saman dari Datuk Seri Najib Razak ini kena tepat pada masanya. Dalam keadaan tiada pimpinan Umno yang berani berdebat secara terbuka mengenai subsidi minyak, sewajarnya Najib tampil menjawab hujah-hujah beliau secara terbuka. Rafizi sekali mengulangi cabarannya agar Najib berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim khusus mengenai isu subsidi minyak yang dikatakan menjadi isu besar di kalangan rakyat. Sementara itu, Rafizi akan menjawab surat Najib dan bersedia memberi keterangan di mahkamah kelak.  Beliau juga percaya Najib akan menggunakan mahkamah dengan menjadi saksi dan memberi keterangan mengenai 1MDB, wang pencen dan kes-kes lain yang berkaitan dengan keputusan beliau memotong subsidi, katanya. Berbalik kepada saman yang si Rafizi pondan terima dari peguam DS Najib, sememangnya si Rafizi merasa kecut. 

Ini sumber yang IBM dapat dari rakan IBM dalam Pakatan Rakyat. Tentang isu 'berdebat' yang Rafizi dan Tony Puaka ingin adakan, ramai penganalisis politik berpendapat, itu hanya membuang masa. Melayan kerenah pembangkang seperti si Rafizi pondan dan Tony Puaka adalah kerja sia-sia dan membuang masa. Banyak lagi kerja-kerja yang berfaedah yang boleh kerajaan lakukan. Maka, kepada pembangkang, terutamanya Rafizi pondan, harap bersedia dan dapatkan peguam yang handal-handal agar kamu tidak 'kantoi' dan jadi pemimpin dari pembangkang yang hanya mengeluarkan 'air lior', cakap bergegar-gara ibarat tin kosong. HAMPEHHHH!. Wasallam ~ IBM

BANYAK LAGI GELARAN 'DATUK SERI' YANG ANWAR AL-JUB DAPAT. PUIIII!

KHAMIS, 04 DEC 2014
INGATKAN dah boleh di gelar 'Datin Seri' kat Anwar ni. Rupa-rupanya beliau masih boleh di gelar 'Datuk Seri'Walaupun gelarannya ditarik balik oleh istana Selangor, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh menggunakan gelaran “Datuk Seri”. Ini kerana mengikut maklumat yang kita orang (blogger) dapat, Anwar masih mempunyai tujuh lagi darjah kebesaran itu yang dianugerahkan padanya, menurut laman web Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri. Ini termasuk anugerah daripada daripada Perlis (1995), Perak (1995), Pahang (1990), Pulau Pinang (1994), Sabah (1994), dan lain-lain. Beliau juga mendapat darjah kedua daripada Pulau Pinang dengan gelaran “Datuk” pada 1991. Kesemua anugerah itu diperoleh antara 1990 dan 1995, ketika beliau bertugas dalam kerajaan. Anwar dilantik Timbalan Perdana Menteri pada 1993 sebelum dipecat beberapa tahun kemudiannya. 
SENARAI NAMA NEGERI YANG ANUGERAHKAN 'DATUK SERI' KEPADA ANWAR
Adakah selepas ini, Anwar akan kendur sikit dengan keceluparannya, angkuh, sombong dan menabik dada? Kerana, apa yang IBM nampak, setelah Sultan Selangor menarik gelaran 'Datuk Seri' daripada Anwar dik kerana kebiadapannya terhadap Baginda Sultan Selangor, berkumungkinan Sultan-Sultan di negeri lain akan turut serta. Itupun kalau Anwar masih buat tabiat buruknya yang mana selama ini beliau langsung tidak hormat terhadap Raja-Raja dan Sultan. Anwar ingat langit ini dia yang junjung, dia ingat negara ini 'bapak' bapak dia yang punya. 

Akibat terlalu taksub dan tamak kepada jawatan 'Perdana Menteri' yang Anwar idam-idamkan, beliau terjebak dan akhirnya Anwar tunduk terhadap godaan dan hasutan syaitan. Anwar ingat beliau tidak mati di kemudian hari. Dari hari ke-hari beliau membuat 'dosa' kepada rakyat jelata dan dirinya sendiri. Tak tahulah bila manusia bernama 'Anwar' ini akan insaf dan bertaubat. Penjara Sungai Buloh kian menghampiri dan melambai-lambai beliau. Adakah dengan terlucutnya gelaran 'Datuk Seri' ini, akan mengubah Anwar dan dunia politiknya? Sama-sama kita tunggu jika panjang umur. Wassalam ~ IBM

GADIS MANGSA 'TOREH' BERSYUKUR SELAMAT DARIPADA DIROGOL

KHAMIS, 04 DEC 2014
WALAUPUN sukar menerima hakikat apabila melihat wajahnya kini mempunyai parut kekal, namun Nur Syafiqa Lah tetap reda menempuh dugaan tersebut. Malah gadis berusia 22 tahun itu tetap bersyukur apabila tindakan nekadnya melawan penjenayah terbabit berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol. Sambil mengakui menderita dengan situasi yang menimpa, Nur Syafiqa berkata, demi menjaga kehormatan diri, dia terpaksa melawan penjenayah terbabit. Betapa sakit dan deritanya beliau ketika itu apabila muka ditoreh dengan pisau oleh penjenayah itu. Muka beliau ketika itu berlumuran darah. Bagaimanapun, kesakitan yang Nur Syafiqa tempuh itu demi mempertahan maruah serta kesucian diri. Beliau bersyukur kerana masih selamat, katanya dipetik Utusan Online. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di kediamannya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman di sini hari ini. 

Dalam kunjungan tersebut, Mas Ermieyati turut menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada mangsa selain memberi sokongan moral kepada gadis berkenaan. Dalam kejadian Ahad lalu, seorang gadis menempuh pengalaman ngeri apabila mukanya ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh seorang daripada dua penjenayah ketika cuba melawan suspek yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan di sini. Tambah Nur Syafiqa, keadaan wajah dan jari kiri serta kanannya masih berjahit dan kini dia fokus dengan mendapat rawatan susulan. Kejadian yang berlaku ini adalah detik hitam dalam hidup beliau. Sehingga hari Nur Syafiqa masih lagi trauma dan terbayang-terbayang saat-saat ketika berhadapan dengan penjenayah itu. Sukar untuk beliau lupakan. Ia menjadi igauan ngeri dalam hidup beliau. Pada masa ini menurut Nur Syafiqa, beliau perlu ketenangan dan ingin memulihkan kembali semangat, katanya. Sementara itu, Nur Syafiqa turut berharap penjenayah terbabit ditangkap dan dibawa segera ke muka pengadilan. Katanya, hukuman berat perlu dikenakan kepada penjenayah terbabit sebelum wanita lain menjadi mangsa selepas ini. 

Beliau harap suspek itu ditangkap segera oleh pihak polis. Hukuman yang berat perlu dikenakan sebagai pengadilan di atas kekejaman yang dilakukan terhadap beliau dan ibunya, katanya. Dalam pada itu, Nur Syafiqa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah tampil memberikan sokongan dan bantuan termasuk kesediaan pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang mahu menyediakan pakar pembedahan plastik bagi membantunya. Beliau mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Puteri Umno yang sanggup menyediakan sesi kaunseling dan HUSM pula menyediakan pakar rekonstruktif bagi membantu memulihkan muka beliau, katanya. Tahniah diucapkan kepada Ketua Puteri Umno Malaysia yang prihatin dan menghulurkan bantuan berupa wang, walaupun tidak sebanyak mana, ianya sungguh bermakna kepada mangsa, Nur Syafiqa. Harap Nur Syafiqa banyak bersabar, tabah menghadapi segala dugaan, kerana itu adalah ketentuan dari Allah SWT. Kita semua doakan agar Nur Syafiqa cepat sembuh dan menjalani kehudupan seperti biasan. Wassalam ~ IBM

GEMPAK!! GELARAN 'DATUK SERI' ANWAR IBRAHIM AL-JUB DI TARIK BALIK. SALAH UMNO JUGA KE??

KHAMIS, 04 DEC 2014
SATU lagi sejarah hitam berlaku di dalam parti Pakatan Pakatan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) apabila Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim al-jub dilucutkan gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepadanya pada tahun 1992 oleh Sultan Selangor . Pelucutan gelaran itu berkuat kuasa pada 3 November. Istana Selangor dalam satu kenyataan pada hari ini, Khamis berkata keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar dibuat kerana beliau sejak akhir tahun 2013 yang mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut Menteri Besar baru-baru ini. Sultan, selepas berunding dengan Dewan di-Diraja Selangor , telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah ditarik balik berkuatkuasa 3 November, selaras dengan kuasa Baginda sebagai sumber bagi segala Penghormatan dan Kebesaran dalam negeri Selangor serta kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran seperti mana yang diperuntukkan di bawah 'Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959,' menurut kenyataan tersebut. 

Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin , Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan dan tingkah laku penasihat PKR itu menunjukkan bahawa beliau tidak lagi  layak untuk memegang sebarang gelaran. Maka, akan bermula lakonan dan serangan PKR terhadap parti lawannya seperti Umno. IBM percaya, perlucutan gelaran 'Datuk Seri' oleh Sultan Selangor terhadap Anwar Ibrahim akan dikaitankan dengan Umno. Umno juga yang akan di persalahkan. Pada hal, Anwar sendiri yang cari pasal, sentiasa mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh baginda Sultan Selangor, dan Anwar juga suka memperlekehkan apa jua kenyataan yang dibuat oleh Baginda Sultan perkara-perkara yang bersabit dengan pentadbiran negeri Selangor. Maka, dengan erti kata lain, Anwar di anggap sebagai penderhaka. Oleh itu, memang moleklah  gelaran Datuk Seri itu ditarik balik dari si Al-Jub yang tak pernah berterima kasih apa yang orang beri dan anugerahkan kepada beliau, termasuk anugerah daripada Sultan. 
KENYATAAN AKHBAR DARI PIHAK ISTANA 
IBM yakin, selepas ini bertubi-tubilah pencacai-pencai PKR/PR menghentam Umno yang kononnya dalang di dalam isu ini. Bagi IBM, ini adalah satu pengajaran kepada semua kepada ahli-ahli politik tak kira dari ahli politik pro-kerajaan atau pro pembangkang. Jika bersalah, akurlah, jangan cuba-cuba nak jadi 'jaguh kampung' yang tak kemana perginya. Kepada Anwar, terimalah hakikat bahawa itu adalah kesilapan dari diri beliau sendiri. Terlalu angkuh, sombong dan keras kepala, itulah jadinya. Mencari atau menunding jari terhadap orang lain di atas kesilapan diri sendiri ianya sudah berlalu...sudah lapuk dan tidak lagi relevan di alam IT ini. Dilampirkan kenyataan akhbar dari pihak Istana yang IBM dapat dari rakan blogger yang prihatin akan malasalah negara. Jangan mare le Anwar ye. Moga Anwar al-jub cepat-cepat bertaubat dan insaf diri. Insyallah. Wasallam ~ IBM.

Wednesday, December 3, 2014

INDEKS PERSEPSI RASUAH : MALAYSIA NAIK KE TEMPAT 50, NAIK TIGA TANGGA. TAHNIAH!

RABU, 03 DEC 2014

BERITA ini sudah tentu akan dipertikai dan sukar diterima oleh pembangkang. Pembangkang akan bersuara dan mengatakan bahawa laporan yang di di keluarkan oleh PEMANDU, adalah laporan 'syok sendiri'. Apapun, sekiranya pembangkang terus mempertikai atau memperlekehkan laporan tersebtu, pesetankan mereka. Pembangkang sebenarnya 'cemburu' akan dasar-dasar dan usaha-usaha kerajaan bagi mengurang dan membenteras 'rasuah'. Sebenarnya mereka (pembangkang) lah yang mengamalkan rasuah. Laporan dari PEMANDU akan penambahbaikkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan hari ini menunjukkan bahawa usaha-usaha pelbagai pihak yang dilaksanakan sejak lima tahun lepas berada dalam arah yang betul. Keputusan 2014 itu menunjukkan Malaysia telah naik tiga anak tangga, dari tempat ke-53 tahun lepas ke-50 tahun ini, dengan mata CPI 52 iaitu sama dengan mata tertinggi yang pernah dicapai pada tahun 2003. Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan dan Pelaksanaan (Pemandu), 

Datuk Seri Idris Jala berkata ketika memulakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) pada tahun 2010, Malaysia berada pada kedudukan ke-56. Pencapaian kali ini sepadan dengan penunjuk antarabangsa lain seperti tinjauan perniagaan Bank Dunia yang menyaksikan Malaysia bergerak dari tempat ke-23 pada tahun 2010 kepada tempat ke-6 pada tahun 2014. Ini bermakna Program Transformasi Negara berada di landasan yang betul. Namun begitu, lebih banyak usaha perlu dilakukan dan dedikasi ke arah menghapuskan rasuah mesti diteruskan, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. 

Sementara itu, Pengarah NKRA Anti Rasuah Pemandu, Ravindran Devagunam berkata peningkatan di dalam mata CPI ini harus harus dikaitkan dengan usaha bersama pelbagai pihak dalam meningkatkan amalan anti rasuah. CPI, yang ditadbir oleh Transparency International ialah indeks yang mencerminkan tahap rasuah sektor awam di kalangan 175 negara. Skor setiap negara diambil dari gabungan dua belas tinjauan dan penilaian rasuah, yang dikumpulkan oleh pelbagai institusi bereputasi. Setinggi tahniah diucapkan kepada kerajaan yang bersungguh untuk menghapus dan mengurangkan gejala rasuah di negara ini. Teruskan....insyallah negara kita kan terus maju, terus kehadapan serta makmur tanpa rasuah. Kepada PEMANDU, teruskan membuat pemantuan. Jom sama-sama kita berganding bahu, katakan 'tidak' pada rasuah. Wasallam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...