Thursday, December 4, 2014

BANYAK LAGI GELARAN 'DATUK SERI' YANG ANWAR AL-JUB DAPAT. PUIIII!

KHAMIS, 04 DEC 2014
INGATKAN dah boleh di gelar 'Datin Seri' kat Anwar ni. Rupa-rupanya beliau masih boleh di gelar 'Datuk Seri'Walaupun gelarannya ditarik balik oleh istana Selangor, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh menggunakan gelaran “Datuk Seri”. Ini kerana mengikut maklumat yang kita orang (blogger) dapat, Anwar masih mempunyai tujuh lagi darjah kebesaran itu yang dianugerahkan padanya, menurut laman web Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri. Ini termasuk anugerah daripada daripada Perlis (1995), Perak (1995), Pahang (1990), Pulau Pinang (1994), Sabah (1994), dan lain-lain. Beliau juga mendapat darjah kedua daripada Pulau Pinang dengan gelaran “Datuk” pada 1991. Kesemua anugerah itu diperoleh antara 1990 dan 1995, ketika beliau bertugas dalam kerajaan. Anwar dilantik Timbalan Perdana Menteri pada 1993 sebelum dipecat beberapa tahun kemudiannya. 
SENARAI NAMA NEGERI YANG ANUGERAHKAN 'DATUK SERI' KEPADA ANWAR
Adakah selepas ini, Anwar akan kendur sikit dengan keceluparannya, angkuh, sombong dan menabik dada? Kerana, apa yang IBM nampak, setelah Sultan Selangor menarik gelaran 'Datuk Seri' daripada Anwar dik kerana kebiadapannya terhadap Baginda Sultan Selangor, berkumungkinan Sultan-Sultan di negeri lain akan turut serta. Itupun kalau Anwar masih buat tabiat buruknya yang mana selama ini beliau langsung tidak hormat terhadap Raja-Raja dan Sultan. Anwar ingat langit ini dia yang junjung, dia ingat negara ini 'bapak' bapak dia yang punya. 

Akibat terlalu taksub dan tamak kepada jawatan 'Perdana Menteri' yang Anwar idam-idamkan, beliau terjebak dan akhirnya Anwar tunduk terhadap godaan dan hasutan syaitan. Anwar ingat beliau tidak mati di kemudian hari. Dari hari ke-hari beliau membuat 'dosa' kepada rakyat jelata dan dirinya sendiri. Tak tahulah bila manusia bernama 'Anwar' ini akan insaf dan bertaubat. Penjara Sungai Buloh kian menghampiri dan melambai-lambai beliau. Adakah dengan terlucutnya gelaran 'Datuk Seri' ini, akan mengubah Anwar dan dunia politiknya? Sama-sama kita tunggu jika panjang umur. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...