Thursday, December 4, 2014

GEMPAK!! GELARAN 'DATUK SERI' ANWAR IBRAHIM AL-JUB DI TARIK BALIK. SALAH UMNO JUGA KE??

KHAMIS, 04 DEC 2014
SATU lagi sejarah hitam berlaku di dalam parti Pakatan Pakatan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) apabila Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim al-jub dilucutkan gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepadanya pada tahun 1992 oleh Sultan Selangor . Pelucutan gelaran itu berkuat kuasa pada 3 November. Istana Selangor dalam satu kenyataan pada hari ini, Khamis berkata keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar dibuat kerana beliau sejak akhir tahun 2013 yang mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut Menteri Besar baru-baru ini. Sultan, selepas berunding dengan Dewan di-Diraja Selangor , telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah ditarik balik berkuatkuasa 3 November, selaras dengan kuasa Baginda sebagai sumber bagi segala Penghormatan dan Kebesaran dalam negeri Selangor serta kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran seperti mana yang diperuntukkan di bawah 'Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959,' menurut kenyataan tersebut. 

Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin , Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan dan tingkah laku penasihat PKR itu menunjukkan bahawa beliau tidak lagi  layak untuk memegang sebarang gelaran. Maka, akan bermula lakonan dan serangan PKR terhadap parti lawannya seperti Umno. IBM percaya, perlucutan gelaran 'Datuk Seri' oleh Sultan Selangor terhadap Anwar Ibrahim akan dikaitankan dengan Umno. Umno juga yang akan di persalahkan. Pada hal, Anwar sendiri yang cari pasal, sentiasa mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh baginda Sultan Selangor, dan Anwar juga suka memperlekehkan apa jua kenyataan yang dibuat oleh Baginda Sultan perkara-perkara yang bersabit dengan pentadbiran negeri Selangor. Maka, dengan erti kata lain, Anwar di anggap sebagai penderhaka. Oleh itu, memang moleklah  gelaran Datuk Seri itu ditarik balik dari si Al-Jub yang tak pernah berterima kasih apa yang orang beri dan anugerahkan kepada beliau, termasuk anugerah daripada Sultan. 
KENYATAAN AKHBAR DARI PIHAK ISTANA 
IBM yakin, selepas ini bertubi-tubilah pencacai-pencai PKR/PR menghentam Umno yang kononnya dalang di dalam isu ini. Bagi IBM, ini adalah satu pengajaran kepada semua kepada ahli-ahli politik tak kira dari ahli politik pro-kerajaan atau pro pembangkang. Jika bersalah, akurlah, jangan cuba-cuba nak jadi 'jaguh kampung' yang tak kemana perginya. Kepada Anwar, terimalah hakikat bahawa itu adalah kesilapan dari diri beliau sendiri. Terlalu angkuh, sombong dan keras kepala, itulah jadinya. Mencari atau menunding jari terhadap orang lain di atas kesilapan diri sendiri ianya sudah berlalu...sudah lapuk dan tidak lagi relevan di alam IT ini. Dilampirkan kenyataan akhbar dari pihak Istana yang IBM dapat dari rakan blogger yang prihatin akan malasalah negara. Jangan mare le Anwar ye. Moga Anwar al-jub cepat-cepat bertaubat dan insaf diri. Insyallah. Wasallam ~ IBM.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...