Monday, February 2, 2015

JINS SHAMSUDDIN KINI SEMAKIN UZUR!

ISNIN, 02 FEBRUARI 2015
BEGITULAH apabila sudah menjangkau umur tua. Kita tidak akan dapat lari dari hakikat apabila sampai ke hari tua, bermacam-macam penyakit yang akan menimpa diri kita. Bukan kita pinta semuanya itu, tapi, itu  adalah ketentuan dari Allah SWT. Begitu jugalah Seniman negara, Tan Sri Jins Shamsudin, 80, yang dikhabarkan semakin uzur dengan keadaan dirinya yang amat kurus disebabkan menderita penyakit Alzheimer yang dihidapi sejak empat tahun lalu. Dihabarkan beberapa wartawan dari portal pro kerajaan cuba menghubungi ahli keluarga pengarah dan pelakon utama filem Bukit Kepong itu, namun usaha tersebut gagal apabila panggilan telefon serta khidmat pesanan ringkas tidak berbalas. Menurut kenalan rapat Jins yang juga artis era pop yeh-yeh, Datuk A. Rahman Hassan, pada masa ini keluarga Jins meminta kerjasama semua pihak agar tidak mengganggu ketenteraman seniman veteran itu. Tubuhnya (Jins) pun semakin susut (seperti gambar diatas) tetapi masih boleh bergerak aktif untuk berjalan di dalam rumahnya. Buat masa ini, keluarganya tidak mahu mana-mana pihak mengganggu beliau dan memberi ruang untuknya berehat dengan tenang, katanya ketika dihubungi oleh wartawan. 

A. Rahman (gambar kanan) sendiri kali terakhir mengunjungi tokoh perfileman legenda negara itu pada penghujung tahun lalu. Ketika itu, ingatannya masih berkisar mengenai peranan dan tanggungjawabnya selaku Pengerusi Perbadanan Filem Nasional (Finas) yang dijawatnya kira-kira tujuh tahun lalu dan beliau  (Jins) tidak mengenali A. Rahman lagi. Terdahulu, sekeping gambar Jins yang juga bekas Ahli Dewan Negara itu memperlihatkan susuk tubuhnya yang terlalu kurus tersebar meluas di laman sosial setelah dimuat naik di laman blog c2sini.blogspot.com. Bagaimanapun, tarikh gambar berkenaan dirakamkan tidak dimaklumkan oleh blog berkenaan tetapi turut memuatkan perbualan bersama isteri seniman itu, Puan Sri Halijah Abdullah, 54, mengenai perkembangan kesihatan suaminya itu. Apapun, kita setiap insan di dunia ini, jika di panjangkan umur akan mengalami 'hari tua'. Mungkin ketika itu keadaan kita lebih teruk dari apa yang alami oleh seniman negara ini, Tan Sri Jins Shamsuddin. Maka, bersiap-sedialah bagi menghadapi hari tua. Wassalam ~ IBM 

TERIMA KASIH PM, KATA ANAK BEKAS MENTERI BESAR KELANTAN ATAS KUNJUNGAN DS NAJIB MELAWAT BAPANYA DI HOSPITAL

ISNIN, 02 FEBRUARI 2015

SIAPA
sangka, dalam kesibukan menjaga negara, kehulu-kehilir dan bermacam-macam perjumpaan yang harus beliau buat, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak   dapat juga meluangkan masa melawat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kelmarin. Kunjungan DS Najib memberi makna yang cukup besar kepada keluarga bekas Menteri Besar itu. Itu yang diungkap oleh anak Nik Aziz yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh.  Katanya dengan begitu terharu, walaupun lawatan daripada pemimpin tertinggi negara itu bagi melihat sendiri perkembangan kesihatan bapanya itu hanya sekejap, namun amat berharga buat mereka sekeluarga. Terima kasih atas ziarah Perdana Menteri kepada ayah (Nik Abdul Aziz). Walaupun sekejap dan ayahanda keletihan, ini bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih rakyat Malaysia, katanya melalui laman Facebook beliau malam tadi, Ahad. 

Pada Khamis yang lepas, Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 15 minit bagi melihat sendiri perkembangan kesihatan bekas Menteri Besar itu yang dirawat di hospital berkenaan sejak 20 Januari lalu. Beliau yang tiba kira-kira pukul 2.15 petang itu. Kunjungan DS Najib itu diiringi oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Makhtar Mustapha. Apabila ditanya oleh pemberita akan kesihatan bapa beliau, Nik Mohamad Abduh berkata, keadaan kesihatan bapanya kini bertambah baik dan beliau mungkin dibenarkan keluar dari wad Hospital HUSM dalam tempoh terdekat. Kata Nik Mohamad Abduh, selain berselera makan, bapanya juga sudah mampu berdiri sendiri selama kira-kira setengah jam ketika menjalani rawatan di Gimnasium Pemulihan Neurosains HUSM. 

Alhamdulilah, walaupun masih keletihan,Tok Guru Nik Aziz dilaporkan  telah mampu menjalani proses rehabilitasi dengan baik, meningkat dari hari ke hari. Semalam ketika menjalani rawatan fisioterapi, Tok guru dikatakan sudah mampu berdiri sendiri sekitar 30 minit, kata Nik Abduh. Nik Abdul Aziz, 84, dimasukkan ke ICU Neuro HUSM sejak 20 Januari lalu akibat penyakit kanser prostat tahap empat yang dihidapnya sejak empat tahun lalu. Berihatlah wahai Nik Aziz. Diharap cepat sembuh. Nanti apabila sembuh, janganlah pulak doakan orang supaya 'pecah perut' dan doa yang bukan-bukan. Kan apa, itu sekadar mengingatkan sahaja, kerana manusia seperti kita ini mudah lupa. Harap-harap tuhan ampunkan segala dosa kita, termasuk juga Tok Guru Nik Aziz ini. Jangan kerana dik berpolitik kita dimurki oleh Allah SWT. Apabila Allah murka, ke nerakalah kita di humban. Tak kiralah samada orang itu seorang 'ulama' atau sebaliknya. Fikir-fikirkan. Wassalam ~ IBM

Sunday, February 1, 2015

KEWUJUDAN 'GEORGE SOROS MALAYSIA' PUNCA NILAI RINGGIT 'MERUDUM'?

AHAD, 01 FEBRUARI 2015
BELUM apa-apa lagi si pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong dah mengelabah. Belum lagi di tuduh atau di bawa ke Mahkamah, tapi,  hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang beliau memanipulasi nilai mata wang melalui kegiatan 'short-position' untuk mengaut keuntungan. Cara permainan beliau mirip 'penyangak mata wang asing' George Soro dari Amerika Syarikat, kata sumber. Bagaimana pun hari ini, beliau (Datuk Tong) dengan sekeras-kerasnya menafikan tuduhan itu. Beliau  tidak pernah sekali-kali melakukan 'short position' ke atas ringgit," katanya dalam satu kenyataan. 'Short-position' ialah istilah kegiatan penjualan kepada pinjaman sesuatu mata wang dengan jangkaan akan jatuh nilainya. Pelabur kemudiannya akan membeli balik ringgit pada nilai yang rendah ketika ia makin menyusut dan mengaut keuntungan yang tinggi. Tong dikatakan telah melakukan pinjaman sebanyak RM4.48 Billion dan kemudian membeli USD di Malaysia menggunakan pinjaman tersebut melalui proksi beliau di Hong Kong dan New York. 

Apabila nilai USD semakin meningkat maka beliau akan tukar kembali dalam bentuk RM untuk membayar semula pinjaman RM4.48 Billion tersebut. Tong juga berkata beliau sedang mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab menulis di blog mengenai perkara itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Katanya, sekiranya beliau benar-benar didapati terlibat dalam aktiviti spekulasi matawang, Bank Negara Malaysia pasti menyedari tuduhan yang dibuat terhadapnya itu dan sudah menghubunginya. Katanya, beliau adalah seorang penganalisis ekuiti, selain usahawan yang sudah lama bertapak. Dan beliau juga adalah seorang pelabur nilai. Katanyanya lagi, beliau tidak pernah memintas mata wang atau ekuiti. Beliau  memperoleh dan membina Syarikat, mewujudkan nilai bagi pemegang saham dan mewujudkan pekerjaan melalui idea dan inovasi. 
Beliau mencabar pihak yang berwajib  dengan rekod yang beliau ada dan beliau boleh buktikan semua ini. Sambil itu, katanya, beliau yakin Bank Negara akan sedar jika terjadi jenayah kejam seperti didakwa. Sementara itu, katanya, Bank Negara tidak pernah menghubungi beliau dan sekiranya beliau dipanggil, beliau jamin akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan Bank Negara sekiranya bantuan beliau diperlukan pada bila-bila masa, katanya. Beliau menyifatkan tuduhan yang dibuat itu satu 'pembohongan berniat jahat dan fabrikasi' yang 'di luar batas kesopanan manusia'. Sebelum itu, Utusan Malaysia menerusi ruangan Analisis Mingguan hari ini menggesa Tong untuk tampil memberikan penjelasan berhubung tuduhan tersebut. Untuk berlaku adil kepada Tong, beliau wajar tampil untuk menjawab segala pertuduhan. 



Seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi tidak didapati bersalah, petik daripada akhbar itu. Bersama posting ini, IBM paparkan (seperti diatas) pandangan dari beberapa pemimpin-pemimpin politik yang mahukan kerajaan menyiasat akan kesohenan isu ini kerana ianya melibatkan maruah dan ekonomi negara. sudah tentu rakyat melahirkan kebimbangan mereka sekiranya nilai ringgit terus 'merudum'. Apapun tuduhan itu belum  boleh dibuat terhadap Datuk Tong kerana belum ada asas yang kukuh untuk mengaitkan beliau sebagai dalang di dalam isu ini. Sama-sama kita tunggu perkembangan seterusnya. Wassallam ~ IBM

GELARAN 'DATUK' KEPADA JACKIE CHAN : AFDLIN KATA TERGANGGU, KENAPA PULAK, CEMBURU KE?

AHAD, 01 FEBRUARI 2015

SEMASA Shahruk Khan mendapat gelaran 'Datuk', tidak pulak si Afdin ni komplain atau bising. Tapi, bila pelakon antarabangsa dari Hongkong ni dapat gelaran 'Datuk', bising pulak. Apa masalahnya dengan si Afdlin ni, cemburu ke? Kononnya, alasan si Afdlin Shauki yang meluahkan perasaanya hari ini menyatakan rasa terganggunya dengan pemberian gelaran 'Datuk' kepada pelakon aksi antarabangsa Jackie Chan. Sambil menegaskan sukakan Chan, Afdlin bagaimanapun berkata darjah kebesaran itu mungkin tidak membawa apa-apa erti kepadanya....apalah sangat gelaran datuk di peringkat antarabangsa, kita tahu betapa ia penghargaan besar dianugerah (bukan membeli) gelaran datuk, katanya. Betul le tu, tapi, Jackie Chan tidak pulak berperasaan begitu, malah beliau (Jackie Chan) begitu terharu kerana diberi penghormatan yang setinggi itu. 

Di Hongkong, beliau belum dapat apa-apa anugerah pingat untuknya setelah begitu lama menceburikan diri di dalam dunia perfileman. IBM ada terbaca di Facebook Afdlin, yang mana beliau menulis dan berkata, gelaran itu tentu amat bermakna jika diberikan kepada rakyat Malaysia yang membanggakan negara ini. Beri gelaran Datuk pada mereka yang menggadai nyawa untuk orang lain waktu banjirlah... Jadikan gelaran Datuk ini bermakna sesuatu sekali lagi. Itu hanya pandangan beliau, katanya. Tapi, ikhlas kata kata si Afdlin tu? hanya tuhan sahaja yang tahu. Jackie Chan menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah sempena majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini, berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur. 

Diberitakan mendahului senarai 356 penerima pingat dan darjah kebesaran tahun ini ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Apapun tahniah Datuk Jackie Chan. Teruskan berlakun dan mengarah filem-filem aksi kerana memang ramai peminat-peminat mu di Malaysia ini malah di seluruh dunia. Tak sabar nak tunggu filem bari arahan Datuk Jackie Chan. Kepada Afdlin, jangan cemburu, jika ada rezeki, kau pun akan dapat gelaran Datuk. Tapi, tak tahu tahu bila. Wassalam ~ IBM

'JELAJAH RAKYAT HAKIM NEGARA' : CERAMAH ANWAR AL-JUB HAMBAR DI LIKAS....

AHAD, 01 FEBRUARI 2015
ANWAR al-jub cuba 'kaut' simpati. Itu yang si peliwat ni lakukkan sekarang apabila beliau memulakan 'Jelajah Rakyat Hakim Negara'  demi untuk menutup mata rakyat di dalam kes liwatnya.  Tinggal beberapa hari sahaja lagi  keputusan kes liwatnya yang akan diumumkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan jelajah Rakyat Hakim Negara di sini bagi meraih simpati rakyat Sabah. Dalam ceramah di kediaman Ketua Pembangkang negeri, Datuk Seri Lajim Ukin di Likas malam semalam, Sabtu, jelajahnya itu bagaimanapun ianya 'hambar' tidak mendapat sambutan, cuma dihadiri kira-kira 200 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jadi, detik-detik kejatuhan sudah begitu ketara. Rakyat sudah bosan, rakyat sudah muak dengan kerenah dan perangai Anwar yang betul-betul mewajahkan beliau sebagai seorang peliwat. 
SIRI 'JELAJAH RAKYAT HAKIM NEGARA' ANWAR GAGAL
PENJARA SUNGAI BULOH MENANTI ANWAR AL-JUB
Anwar mendakwa akan dibebaskan daripada pertuduhan itu tetapi dalam masa sama bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan termasuk dipenjarakan. Berdasarkan hukum, undang-undang, fakta dan kesaksian, mustahil saya boleh dihukum. Tetapi kalau dasarnya lain, itu satu persoalan. Kata Anwar, beliau yakin berdasarkan hukum, fakta, undang-undang dan saksi. Beliau kini hanya mampu berdoa, bertawakal. Sebaik yang kita lakukan ialah berserah kepada Allah. Dengan yakin beliau ulang,beliau tak boleh diugut, jangan ugut beliau...jangan nak berunding soal kebebasan. beliau yakin dibebaskan. Wow! begitu takbur dan yakin si al-jub ni berhujah. Tak apa, kita tunggu pada 10 Februari ini. Kita tengok siapa yang kena. Harap Anwar jangan lari dah lah. Tungguuuuuu! Wassalam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...