Monday, February 2, 2015

JINS SHAMSUDDIN KINI SEMAKIN UZUR!

ISNIN, 02 FEBRUARI 2015
BEGITULAH apabila sudah menjangkau umur tua. Kita tidak akan dapat lari dari hakikat apabila sampai ke hari tua, bermacam-macam penyakit yang akan menimpa diri kita. Bukan kita pinta semuanya itu, tapi, itu  adalah ketentuan dari Allah SWT. Begitu jugalah Seniman negara, Tan Sri Jins Shamsudin, 80, yang dikhabarkan semakin uzur dengan keadaan dirinya yang amat kurus disebabkan menderita penyakit Alzheimer yang dihidapi sejak empat tahun lalu. Dihabarkan beberapa wartawan dari portal pro kerajaan cuba menghubungi ahli keluarga pengarah dan pelakon utama filem Bukit Kepong itu, namun usaha tersebut gagal apabila panggilan telefon serta khidmat pesanan ringkas tidak berbalas. Menurut kenalan rapat Jins yang juga artis era pop yeh-yeh, Datuk A. Rahman Hassan, pada masa ini keluarga Jins meminta kerjasama semua pihak agar tidak mengganggu ketenteraman seniman veteran itu. Tubuhnya (Jins) pun semakin susut (seperti gambar diatas) tetapi masih boleh bergerak aktif untuk berjalan di dalam rumahnya. Buat masa ini, keluarganya tidak mahu mana-mana pihak mengganggu beliau dan memberi ruang untuknya berehat dengan tenang, katanya ketika dihubungi oleh wartawan. 

A. Rahman (gambar kanan) sendiri kali terakhir mengunjungi tokoh perfileman legenda negara itu pada penghujung tahun lalu. Ketika itu, ingatannya masih berkisar mengenai peranan dan tanggungjawabnya selaku Pengerusi Perbadanan Filem Nasional (Finas) yang dijawatnya kira-kira tujuh tahun lalu dan beliau  (Jins) tidak mengenali A. Rahman lagi. Terdahulu, sekeping gambar Jins yang juga bekas Ahli Dewan Negara itu memperlihatkan susuk tubuhnya yang terlalu kurus tersebar meluas di laman sosial setelah dimuat naik di laman blog c2sini.blogspot.com. Bagaimanapun, tarikh gambar berkenaan dirakamkan tidak dimaklumkan oleh blog berkenaan tetapi turut memuatkan perbualan bersama isteri seniman itu, Puan Sri Halijah Abdullah, 54, mengenai perkembangan kesihatan suaminya itu. Apapun, kita setiap insan di dunia ini, jika di panjangkan umur akan mengalami 'hari tua'. Mungkin ketika itu keadaan kita lebih teruk dari apa yang alami oleh seniman negara ini, Tan Sri Jins Shamsuddin. Maka, bersiap-sedialah bagi menghadapi hari tua. Wassalam ~ IBM 

2 comments:

  1. Ye, betul. Mengenangkan pak jins rasa kasihan amat sangat. Namun beliau masih beruntung kerana alzheimer (hilang ingatan) melupuskan beliau dari t/jawab manusia. Malah beliau masih agak sihat utk berjalan2 dlm rumah. Mari kita doakan beliau kekal sihat sehinggalah dijemput oleh Allah kelak. Setiap makhluk sudah pasti akan sampai masa dijemput Allah nanti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...