SIAPA sangka, dalam kesibukan menjaga negara, kehulu-kehilir dan bermacam-macam perjumpaan yang harus beliau buat, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat juga meluangkan masa melawat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kelmarin. Kunjungan DS Najib memberi makna yang cukup besar kepada keluarga bekas Menteri Besar itu. Itu yang diungkap oleh anak Nik Aziz yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh. Katanya dengan begitu terharu, walaupun lawatan daripada pemimpin tertinggi negara itu bagi melihat sendiri perkembangan kesihatan bapanya itu hanya sekejap, namun amat berharga buat mereka sekeluarga. Terima kasih atas ziarah Perdana Menteri kepada ayah (Nik Abdul Aziz). Walaupun sekejap dan ayahanda keletihan, ini bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih rakyat Malaysia, katanya melalui laman Facebook beliau malam tadi, Ahad.
Pada Khamis yang lepas, Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 15 minit bagi melihat sendiri perkembangan kesihatan bekas Menteri Besar itu yang dirawat di hospital berkenaan sejak 20 Januari lalu. Beliau yang tiba kira-kira pukul 2.15 petang itu. Kunjungan DS Najib itu diiringi oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Makhtar Mustapha. Apabila ditanya oleh pemberita akan kesihatan bapa beliau, Nik Mohamad Abduh berkata, keadaan kesihatan bapanya kini bertambah baik dan beliau mungkin dibenarkan keluar dari wad Hospital HUSM dalam tempoh terdekat. Kata Nik Mohamad Abduh, selain berselera makan, bapanya juga sudah mampu berdiri sendiri selama kira-kira setengah jam ketika menjalani rawatan di Gimnasium Pemulihan Neurosains HUSM.
Alhamdulilah, walaupun masih keletihan,Tok Guru Nik Aziz dilaporkan telah mampu menjalani proses rehabilitasi dengan baik, meningkat dari hari ke hari. Semalam ketika menjalani rawatan fisioterapi, Tok guru dikatakan sudah mampu berdiri sendiri sekitar 30 minit, kata Nik Abduh. Nik Abdul Aziz, 84, dimasukkan ke ICU Neuro HUSM sejak 20 Januari lalu akibat penyakit kanser prostat tahap empat yang dihidapnya sejak empat tahun lalu. Berihatlah wahai Nik Aziz. Diharap cepat sembuh. Nanti apabila sembuh, janganlah pulak doakan orang supaya 'pecah perut' dan doa yang bukan-bukan. Kan apa, itu sekadar mengingatkan sahaja, kerana manusia seperti kita ini mudah lupa. Harap-harap tuhan ampunkan segala dosa kita, termasuk juga Tok Guru Nik Aziz ini. Jangan kerana dik berpolitik kita dimurki oleh Allah SWT. Apabila Allah murka, ke nerakalah kita di humban. Tak kiralah samada orang itu seorang 'ulama' atau sebaliknya. Fikir-fikirkan. Wassalam ~ IBM