Wednesday, February 25, 2015

LIGA JUARA-JUARA EROPAH : LUIS SUAREZ JARING 2 GOL BANTU BARCELONA TEWASKAN MAN CITY 2-1

RABU, 25 FEB 2015

SEMBANG SUKAN : 

WALAUPUN Luis Suarez tidak lagi menyarung jesi Liverpool, IBM masih minat dan kagum dengan cara beliau bermain bola-sepak. Lincah dan penuh dengan kontrovosi. Sebab itu IBM masih jadi peminat setia Luis Suarez dan kelab Liverpool masih jadi kelab kesayangan IBM. Jaringan 2 gol oleh Luis Suarez  ketika membuat penampilan semula di England buat pertama kalinya sejak berhijrah ke Sepanyol untuk membantu Barcelona menewaskan Manchester City 2-1 pada aksi kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Rabu membuat IBM merasakan Luis masih berada di Anfield bermain bersama Liverpool. Bagi IBM 2 jaring yang membolosi gawang gol Man City adalah untuk Liverpool. Kerana di musim yang lepas Liverpool terlepas menjadi juara liga setelah dipisahkan dengan 1 mata dengan Man City.  Terubat sikit hati IBM bila Man City tewas apatah lagi di tempat sendiri .Pemain kelahiran Uruguay itu menjaringkan dua gol pada minit ke-16 dan minit ke-30 bagi memberikan kelebihan buat Barcelona menjelang pertemuan kedua di Nou Camp, bulan depan. Sergio Aguero dapat juga menjaringkan gol tunggal untuk City pada minit ke-69.


Pasukan tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Gael Clichy diperintah meninggalkan padang. Penjaga gawang City, Joe Hart menyelamatkan maruah City pada minit terakhir apabila menafikan sepakan penalti Lionel Messi. City perlu melakar keajaiban pada aksi kedua di Nou Camp bulan depan sekiranya mahu menyekat Barcelona daripada mara ke peringkat lapan pasukan terakhir. Suarez kini mengumpul sembilan gol untuk Barcelona dalam 23 penampilannya. IBM percaya Luis Suarez akan lebih menyerlah di Nou Camp dan pastikan Man City bawa balik telo dari Sepanyol. Majulah sukan bola-sepak untuk negara. Bagi Liverpool, 'You'll Never Walk Alone". Forever Liverpool. - IBM

KPN DIUGUT BUNUH OLEH KUMPULAN 'ARNAD? SIAPA 'ARNAD NI?

RABU, 25 FEB 2015

JENAYAH :

GEMPAR juga bila IBM dengar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di ugutan bunuh yang diterimanya menerusi klip video dari kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Anak Malaysia Anti-Demokrasi (Amad). Lebih kurang macam kumpulan IS le pulak. Apapun, ianya tidak menjadi kudis bagi KPN malah tidak gentar dengan ugutan tersebut. Ugutan sedemikian tidak langsung menakutkan beliau dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Ia adalah lumrah dalam kehidupan seorang pegawai polis yang menjalankan tugasnya, katanya hari ini, Rabu. Ugutan bunuh terhadap Khalid disampaikan kumpulan tiga lelaki bertopeng itu menerusi klip video yang dimuat naik di YouTube. Video bertajuk "Peringatan kepada IGP" berdurasi 1.27 minit itu mengugut membunuh Khalid dengan meletupkan keretanya sebagai desakan untuk beliau meletak jawatan. Ia digambarkan pada akhir video itu dengan seorang lelaki bertopeng membawa kereta mainan di hadapan lelaki dengan muka bertutup dan membakar kereta tersebut menggunakan pemetik api disusuli bunyi letupan. 

Khalid yang menganggap perbuatan itu sebagai tidak bertanggungjawab berkata, pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengesan identiti kumpulan terbabit. Malahan, beliau turut memberi amaran tidak akan teragak-agak  mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang ke atas sesiapa saja yang menganggu-gugat keamanan negara ini. Kepada pihak yang mempunyai niat jahat, hentikannya serta merta kerana ia boleh membawa implikasi keselamatan serius dan merosakkan keharmonian masyarakat berbilang bangsa negara ini, katanya. Tambahnya lagi, tindakan kumpulan itu memberi gambaran buruk terhadap sistem demokrasi yang sudah lama diamalkan di negara ini. Khalid turut menyatakan kebimbangannya terhadap tindakan segelintir masyarakat di negara ini yang tidak menggunakan saluran demokrasi yang betul, sebaliknya memilih untuk melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang. Bagi pandangan IBM, ugutan ini ada kaitannya dengan 'politik'. Tak payah IBM nak huraikan satu persatu.

Dalangnya adalah orang politik yang iri hati dan berdendam dengan KPN yang begitu agresif menjalankan tugasnya sebagai Ketua Polis Negara bagi menyekang segala kegiatan jenayah. Ada juga yang mengelar Tan Seri Khalid sebagai 'barua BN'. Begitu dendam mereka kepada KPN. IBM tabik kepada KPN. Jangan gentar terhadap ugutan yang bodoh itu. Siasat dan cari si penjenayah tersebut walaupun sampai ke 'lubang cacing'. Tangkap dan sumbat ke dalam penjara seperti ketua pembangkang, Anwar al-jub. Dan siapa kumpulan 'ARNAD' INI DAN SIAPA DIBELAKANGNYA? Ianya mesti dibendung sekarang. Kalau tidak akan merebak dan menjadi kudis yang mana sekali gus akan mengancam kesejahteraan dan kententeraman negara. Wassalam ~ IBM

AYAHANDA ANWAR BUKAN PELIWAT, TAPI 'TAHANAN POLITIK', KATA NURUL NUHA

RABU, 25 FEB 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :

INGATKAN setelah dihumban ke penjara Sungai Buloh, tamatlah sudah episod liwat si Anwar Ibrahim ni. Tapi tidak. Ada lagi ruang untuk si peliwat ini untuk mendapat 'pengampunan' dan berkemungkinan boleh dibebaskan. Apa punya undang-undanglah ni (maaf, bukan menghina undang2 kita ye). Seperti yang kita tahu, Anwar telah menarik kes liwat II nya bertahun-tahun lamanya. Seolah-olah beliau mempermainkan undang-undang di negara ini. 10 Feb lepas, Anwar didapati bersalah dan Mahkamah kekalkan hukuman 5 tahun penjara diatas kesalahannya meliwat bekas pembantu beliau, Saiful Anwar. Anwar kini sedang merengkok di dalam penjara. Tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah, keluarga Anwar membuat permohonan pengampunan diRaja bagi melepaskan Anwar. Anak perempuan Anwar Nurul Nuha (gambar bawah kanan) dengan lantang berkata ayahanda beliau (Anwar) tidak bersalah dan mendakwa Anwar menjadi 'tahanan politik'. Siapa si Nurul Nuha ini yang membuat kenyataan sebegitu rupa? Dah lama ke dia ni berpolitik? Bila ayahanda dia main buntut, sedap, tapi bila kena dan didapati bersalah, salahkan politik pulak. Apa benggap le budak seko ni. Bagi IBM ada dua sebab kenapa permohonan pengampunan itu difailkan. 

Pertama untuk menyelamatkan Parlimen Permatang Pauh menjadi kosong sekiranya Anwar kekal didalam penjara. Kedua, biasalah, demi maruah Anwar dan sekeluarga tetap mempertahankan bahawa Anwar tidak bersalah dalam kes liwat tersebut. Tapi, bagi IBM, Anwar sekeluarga telah membuka ruang kepada masyarakat menilai akan tingkah laku Anwar yang sebenarnya adalah peliwat tegar. Ini kerana gara-gara Anwar yang sebelum ini membuat pengakuan bahawa beliau (Anwar) tidak akan membuat rayuan kerana apabila rayuan dibuat sekali gus membuktikan bahawa beliau bersalah. Kini, terbukti sudah Anwar seorang peliwat. Itulah balanya jika manusia seperti Anwar ini yang suka dan selalu cakap berbelit-belit penuh dengan penipuan. Kalau Nurul Nuha menuduh bahawa ayahandanya menjadi tahan politik, itu adalah satu kenyataan orang yang sempit pemikirannya dan masih lagi 'berhingus' di kancah dunia politik..Bagi IBM seluruh keluarga Anwar Ibrahim adalah musuh politik  tanah air yang harus di hapuskan dan parti keadilan rakyat (PKR) harus di kuburkan buat selama-lamanya. 

Cukup...cukuplah si Anwar al-jub dan kelurganya menyusahkan rakyat dan negara. Banyak lagi kerja yang harus kita lakukan demi untuk menuju ke arah negara maju pada tahun 2020. Bukan nak melayan kerenah Anwar dan keluarganya, juga pakatan haram. IBM pun dan letih asyik menulis pasal Anwar tak habis-habis. Ingatkan apabila dah masuk penjara, legalah sikit. bolehlah cari bahan cerita yang lain pulak. Ini tidak, masih ada lagi yang hendak ditulis. Puiiiiii! Sial punya peliwat. Agak-agak korang semua, diterimakah permohonan pengampunan Anwar tu? Tak apa.....kita tungguuuuuuuu! Wassallam ~ IBM

Tuesday, February 24, 2015

AKHIRNYA ANWAR MENGAKU BELIAU MELIWAT SAIFUL APABILA KAK WAN JIJAH HANTAR RAYUAN 'PENGAMPUNAN' PADA SAAT-SAAT AKHIR. ITU ARAHAN DARI ANWAR!.

SELASA, 24 FEB 20

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :

WALAUPUN ianya bukan dari mulut Anwar, tapi secara lojiknya Anwar secara tak sengaja sudah mengaku bahawa beliau bersalah dan beliau adalah seorang peliwat tegar. Kalau tidak mendapat arahan dari Anwar, Kak Wan Jijah tidak akan membuat dan menfailkan rayuan 'pengampunan' dari Duli Yang Di Pertuan Agung di atas kesalahan liwat beliau. IBM mendapat maklumat yang soheh bahawa Keluarga Anwar Ibrahim telah memfailkan rayuan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, pada saat-saat akhir terhadap hukuman penjara lima tahun yang dihadapinya atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Notis tersebut difailkan bagi mengelakkan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat, Fahmi Fadzil berkata rayuan tersebut telah difailkan oleh anak kedua Anwar, Nurul Nuha pada  hari ini, Selasa. Rayuan pengampunan tersebut telah dihantar oleh Nuha bersama dengan ibunya ke Istana Negara petang Selasa. Rayuan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan juga akan berjalan seperti yang dirancang, 

Menurut Fahmi keluarga Ketua Pembangkang itu akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai rayuan pengampunan tersebut dalam tempoh satu jam lagi. Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata pihaknya masih perlu surat rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk mengesahkan tarikh penerimaan notis berkenaan. Pengesahan daripada Speaker akan membolehkan SPR mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-Undang SPR untuk tindakan selanjutnya, katanya. Sebelum ini, iaitu semalam, Isnin, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pondan telah membuat satu kenyataan bahawa Anwar tidak akan memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong terhadap hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadapnya. Rafizi memberitahu bahawa mereka tidak menerima sebarang arahan daripada Anwar berhubung permohonan pengampunan berkenaan. Kalau pemohonan pengampunan itu dibuat, bermakna Anwar menyerah dan mengistihar bahawa beliau bersalah dan beliau benar-benar telah meliwat Saiful Bukhari. 

Diberitakan juga Anwar akan mengeluarkan satu kenyataan penuh pada malam ini, tapi, belum lagi ada berita terkini akan hal tersebut. Apapun kita tunggulah sahaja. Yang penting bagi IBM, Anwar dilihat telah 'menjerat leher' beliau sendiri. Pembohongan demi pembohongan yang Anwar telah buat selama ini, akhirnya terpancus dari mulut beliau sendiri apabila mengemukan rayuan pengampunan bagi kesalahan liwatnya.  Tuhan maha adil, Langkah Kajang yang diilhamkan oleh Anwar dan Rafizi pondan tidak menjadi, malah Anwar tersalah langkah yang mana akhirnya langkah beliau menuju ke penjara Sungai Buloh. Adakah rayuan pengampunan Anwar diterima? Sama-sama kita tunggu. Wassalam ~ IBM

PAS SERIK 'DITENDANG' UMNO. BERAPA KALI PAS KENA TENDANG OLEH UMNO?

SELASA, 24 FEB 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK

MEMANG otak pemimpin-pemimpin PAS ni dah mering. Cakap tidak pakai otak dan fakta. Kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menunjukkan betapa jahil dan tololnya beliau sebagai seorang ahli politik.bagi menterjemahkan sejarah hitam yang mana PAS kononnya 'ditendang' oleh UMNO. IBM nak tanya pada Tuan Brahim ni, berapa kalikah PAS ditendang oleh UMNO? Dan...beliau tahu tak kenapa PAS ditendang? Kenyataan dan tuduhan beliau amat-amat dikesali, apatah lagi beliau mewakili PAS, sebuah parti yang dikatakan pejuang kepada agama Islam. Tapi, sebenarnya PAS adalah 'Parti Ajaran Sesat' yang kian hari menyesatkan pengikut-pengikut tegarnya. Beliau (Tuan Brahim) tahu akan sejarah kenapa PAS di tendang keluar dari Barisan Nasional (BN). Sepatutnya Tuan Brahim menceritakan perkara yang sebenarnya, bukan seperti 'menegakkan benang yang basah'. Maka, apabila timbulnya desas-desus bahawa UMNO dan PAS akan bergabung kembali demi untuk kepentingan orang-orang melayu amnnya, PAS seolah-olah ingin membalas dendam dan menyalahkan UMNO apabila mereka disingkirkan dari BN.
Maka, statement/kenyataan yang dibuat oleh Tuan Brahim bahawa PAS dengan pendiriannya untuk tidak bersama UMNO kerana mendakwa serik dengan pengalaman lalu 'ditendang' keluar daripada muafakat apabila UMNO kembali kuat. Malahan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, walaupun untuk mencapai perpaduan di kalangan orang Melayu, isu penggabungan dengan UMNO tidak akan timbul. malah beliau turut mengungkit serta merujuk kepada isu royalti minyak, pembangunan, lebuhraya dan lapangan terbang  yang didakwanya suatu penindasan UMNO terhadap Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan rakyat Kelantan. Kalau setakat untuk perpaduan orang-orang Melayu, biarlah orang Melayu bersama dengan PAS bagi membentuk sebuah kerajaan baharu berteraskan Islam, dan tidak lagi dilihat sebagai komuniti yang boleh menerima rasuah, salahguna kuasa sebagai sesuatu yang patut di bawah kerajaan UMNO, katanya. 
Tidak setakat itu, Tuan Brahim dengan lantang menuduh UMNO mengamalkan rasuah, salahguna kuasa, pengurusan ekonomi negara yang pincang dan tindakan menggunakan akta dan tindakan yang zalim untuk mendiamkan rakyat mesti dihentikan. Semua ini tidak akan dapat dicapai di atas tapak UMNO yang korup, katanya menerusi sumber yang IBM dapat hari ini. Selasa. Tujuan Tuan Brahim berkata demikian sebagai hendak menjawab dan memberi penjelasan berhubung penggabungan PAS dan UMNO selepas mendapati isu berkenaan diviralkan menerusi media sosial kebelakangan ini. Kepimpinan PAS juga mengakui pemilihan parti itu pada Jun akan menentukan hala tuju parti itu termasuk mengenai kedudukan dalam gabungan Pakatan Rakyat atau bekerjasama dengan UMNO. Bagi IBM, tidak mengapa si tua bongok ni (maaf kasar sikit) menjawab atau membetulkan berita yang tersibar di laman sosial, tapi, penjelasan yang beliau buat itu adalah fitnah dan tidak betul. PAS kata UMNO tendang PAS, tapi, berapa kalikah PAS diaibkan, dibuli dan diperbodoh-bodohkan oleh rakan kongsi mereka dalam Pakatan, iaitu DAP & PKR? PAS seolah-olah seperti kuda/kaldai tunggang buat DAP & PKR.
Terkini, isu hudud hangat sedang diperkatakan. DAP dengan lantang menentang akan perlaksaan hudud oleh PAS dan DAP sudah beberapa kali dengan terang dan jelas 'menghalau' PAS keluar dari pakatan. Tapi.....kenapa PAS berdiam diri, dan masih terhegeh-hegeh masih ingin bersama pakatan? Mana maruah PAS? Aibkah dan hilangkah maruah PAS bila ditendang keluar dari BN? Cuba duduk dan cerminkan diri tu dahulu wahai Tuan Brahim. Bercakaplah dengan benar, dengan fakta, tidak mengikut emosi semata-mata ingin membalas dendam kepada sesama bangsa dan agama. Cerita pasal 'korup' pulak, jangan sewenang-wenangnya menuduh UMNO korup. Pemimpin-pemimpin PAS tidak korup ke? Alim benar ke pemimpin-pemimpin PAS ni? Jadi, kesimpulanya di sini, kenyataan yang dibuat oleh si tua PAS ni adalah satu kenyataan yang amat-amat bodoh, banggang dan tidak beratika. Sikap yang ditunjukkan oleh para pemimpin PAS termasuk Tuan Brahim ini tidak menunjukkan bahawa mereka adalah dari golongan orang-orang yang berilmu, alim dan kuat agama. 
Mereka-mereka ini lebih teruk dari 'dajjal' yang kini sudah turun ke dunia bagi menyesatkan umat Nabi Muhammad SAW. Akhir sekali, kepada pucok pemimpinan UMNO yang diatas sana tu, berhati-hati dengan kenyataan sesat dari PAS. Lupakan untuk menngabungkan melayu UMNO dengan PAS. Itu semua kerja sia-sia. Kita (UMNO) telah lama mengalah dan memang ikhlas untuk menyatukan melayu UMNO dan melayu PAS demi untuk kesejahteraan orang-orang Melayu di negara ini dari segi ekonomi, politik dan keagamaan, tapi, PAS tolak. Janganlah kita (UMNO) diibaratkan seperti 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong' pulak kerana melayu UMNO boleh hidup dan berjaya tanpa bergabung dan bersatu dengan melayu PAS. Bagi IBM penggabung ini tidak perlu dan harap dihentikan segera. Fikir-fikirkan, kerana PAS memang dari dahulu, kini dan selamanya merupakan sebuah 'Parti Ajaran Sesat'. Kepada Tuan Brahaim, kalau PAS tak setuju, UMNO lagi tak ingin. Wassalam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...