Tuesday, February 24, 2015

PAS SERIK 'DITENDANG' UMNO. BERAPA KALI PAS KENA TENDANG OLEH UMNO?

SELASA, 24 FEB 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK

MEMANG otak pemimpin-pemimpin PAS ni dah mering. Cakap tidak pakai otak dan fakta. Kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menunjukkan betapa jahil dan tololnya beliau sebagai seorang ahli politik.bagi menterjemahkan sejarah hitam yang mana PAS kononnya 'ditendang' oleh UMNO. IBM nak tanya pada Tuan Brahim ni, berapa kalikah PAS ditendang oleh UMNO? Dan...beliau tahu tak kenapa PAS ditendang? Kenyataan dan tuduhan beliau amat-amat dikesali, apatah lagi beliau mewakili PAS, sebuah parti yang dikatakan pejuang kepada agama Islam. Tapi, sebenarnya PAS adalah 'Parti Ajaran Sesat' yang kian hari menyesatkan pengikut-pengikut tegarnya. Beliau (Tuan Brahim) tahu akan sejarah kenapa PAS di tendang keluar dari Barisan Nasional (BN). Sepatutnya Tuan Brahim menceritakan perkara yang sebenarnya, bukan seperti 'menegakkan benang yang basah'. Maka, apabila timbulnya desas-desus bahawa UMNO dan PAS akan bergabung kembali demi untuk kepentingan orang-orang melayu amnnya, PAS seolah-olah ingin membalas dendam dan menyalahkan UMNO apabila mereka disingkirkan dari BN.
Maka, statement/kenyataan yang dibuat oleh Tuan Brahim bahawa PAS dengan pendiriannya untuk tidak bersama UMNO kerana mendakwa serik dengan pengalaman lalu 'ditendang' keluar daripada muafakat apabila UMNO kembali kuat. Malahan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, walaupun untuk mencapai perpaduan di kalangan orang Melayu, isu penggabungan dengan UMNO tidak akan timbul. malah beliau turut mengungkit serta merujuk kepada isu royalti minyak, pembangunan, lebuhraya dan lapangan terbang  yang didakwanya suatu penindasan UMNO terhadap Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan rakyat Kelantan. Kalau setakat untuk perpaduan orang-orang Melayu, biarlah orang Melayu bersama dengan PAS bagi membentuk sebuah kerajaan baharu berteraskan Islam, dan tidak lagi dilihat sebagai komuniti yang boleh menerima rasuah, salahguna kuasa sebagai sesuatu yang patut di bawah kerajaan UMNO, katanya. 
Tidak setakat itu, Tuan Brahim dengan lantang menuduh UMNO mengamalkan rasuah, salahguna kuasa, pengurusan ekonomi negara yang pincang dan tindakan menggunakan akta dan tindakan yang zalim untuk mendiamkan rakyat mesti dihentikan. Semua ini tidak akan dapat dicapai di atas tapak UMNO yang korup, katanya menerusi sumber yang IBM dapat hari ini. Selasa. Tujuan Tuan Brahim berkata demikian sebagai hendak menjawab dan memberi penjelasan berhubung penggabungan PAS dan UMNO selepas mendapati isu berkenaan diviralkan menerusi media sosial kebelakangan ini. Kepimpinan PAS juga mengakui pemilihan parti itu pada Jun akan menentukan hala tuju parti itu termasuk mengenai kedudukan dalam gabungan Pakatan Rakyat atau bekerjasama dengan UMNO. Bagi IBM, tidak mengapa si tua bongok ni (maaf kasar sikit) menjawab atau membetulkan berita yang tersibar di laman sosial, tapi, penjelasan yang beliau buat itu adalah fitnah dan tidak betul. PAS kata UMNO tendang PAS, tapi, berapa kalikah PAS diaibkan, dibuli dan diperbodoh-bodohkan oleh rakan kongsi mereka dalam Pakatan, iaitu DAP & PKR? PAS seolah-olah seperti kuda/kaldai tunggang buat DAP & PKR.
Terkini, isu hudud hangat sedang diperkatakan. DAP dengan lantang menentang akan perlaksaan hudud oleh PAS dan DAP sudah beberapa kali dengan terang dan jelas 'menghalau' PAS keluar dari pakatan. Tapi.....kenapa PAS berdiam diri, dan masih terhegeh-hegeh masih ingin bersama pakatan? Mana maruah PAS? Aibkah dan hilangkah maruah PAS bila ditendang keluar dari BN? Cuba duduk dan cerminkan diri tu dahulu wahai Tuan Brahim. Bercakaplah dengan benar, dengan fakta, tidak mengikut emosi semata-mata ingin membalas dendam kepada sesama bangsa dan agama. Cerita pasal 'korup' pulak, jangan sewenang-wenangnya menuduh UMNO korup. Pemimpin-pemimpin PAS tidak korup ke? Alim benar ke pemimpin-pemimpin PAS ni? Jadi, kesimpulanya di sini, kenyataan yang dibuat oleh si tua PAS ni adalah satu kenyataan yang amat-amat bodoh, banggang dan tidak beratika. Sikap yang ditunjukkan oleh para pemimpin PAS termasuk Tuan Brahim ini tidak menunjukkan bahawa mereka adalah dari golongan orang-orang yang berilmu, alim dan kuat agama. 
Mereka-mereka ini lebih teruk dari 'dajjal' yang kini sudah turun ke dunia bagi menyesatkan umat Nabi Muhammad SAW. Akhir sekali, kepada pucok pemimpinan UMNO yang diatas sana tu, berhati-hati dengan kenyataan sesat dari PAS. Lupakan untuk menngabungkan melayu UMNO dengan PAS. Itu semua kerja sia-sia. Kita (UMNO) telah lama mengalah dan memang ikhlas untuk menyatukan melayu UMNO dan melayu PAS demi untuk kesejahteraan orang-orang Melayu di negara ini dari segi ekonomi, politik dan keagamaan, tapi, PAS tolak. Janganlah kita (UMNO) diibaratkan seperti 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong' pulak kerana melayu UMNO boleh hidup dan berjaya tanpa bergabung dan bersatu dengan melayu PAS. Bagi IBM penggabung ini tidak perlu dan harap dihentikan segera. Fikir-fikirkan, kerana PAS memang dari dahulu, kini dan selamanya merupakan sebuah 'Parti Ajaran Sesat'. Kepada Tuan Brahaim, kalau PAS tak setuju, UMNO lagi tak ingin. Wassalam ~ IBM

3 comments:

  1. Minta maaf cakap, dalam keadaan pas sedang tunggang langgang akibat serangan pasma dalam pas, ada juga.pemimpin tua yg bongok keluarkan kenyataan mengutuk umno. Orang tua ini memang kurang pakai akal dalam strategi politik, atau dia salah baca tentang serangan dalam partinya sendiri. Orang.cerdik dan berakal akan mengurangkan tekanan ketika ada krisis dalaman dengan mengurangkan atau mengelakkan provokasi dari unsur luar. Tapi dgn otak yg berkarat dan jiwa yg penuh dendam, maka terungkaplah sesuatu yg boleh menyusahkan kedudukan parti pas. Walaupun orang tua, lebih2 lg penuh ilmu di dada wajar dihormati, namun jika mulut seperti beliau ini, maka tidak dapat tidak, nilai bodoh akan melekat juga.

    ReplyDelete
  2. Minta maaf cakap, dalam keadaan pas sedang tunggang langgang akibat serangan pasma dalam pas, ada juga.pemimpin tua yg bongok keluarkan kenyataan mengutuk umno. Orang tua ini memang kurang pakai akal dalam strategi politik, atau dia salah baca tentang serangan dalam partinya sendiri. Orang.cerdik dan berakal akan mengurangkan tekanan ketika ada krisis dalaman dengan mengurangkan atau mengelakkan provokasi dari unsur luar. Tapi dgn otak yg berkarat dan jiwa yg penuh dendam, maka terungkaplah sesuatu yg boleh menyusahkan kedudukan parti pas. Walaupun orang tua, lebih2 lg penuh ilmu di dada wajar dihormati, namun jika mulut seperti beliau ini, maka tidak dapat tidak, nilai bodoh akan melekat juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~usin,

      Salam. Memang itulah penyakit pemimpin2 PAS ni. Diaorg imgat parti depat tu bagus sangat. Biarkan depa buat dosa. Itu sebab sampai skrg ni PAS langsung tidak dihormati oleh rakan kongsinya, DAP & PKR....itupun depa ingat depa cerdik sangat...bodoh...memang bodoh...dan memang confirm PAS adalah 'Parti ajaran Sesat'....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...