Wednesday, February 25, 2015

LIGA JUARA-JUARA EROPAH : LUIS SUAREZ JARING 2 GOL BANTU BARCELONA TEWASKAN MAN CITY 2-1

RABU, 25 FEB 2015

SEMBANG SUKAN : 

WALAUPUN Luis Suarez tidak lagi menyarung jesi Liverpool, IBM masih minat dan kagum dengan cara beliau bermain bola-sepak. Lincah dan penuh dengan kontrovosi. Sebab itu IBM masih jadi peminat setia Luis Suarez dan kelab Liverpool masih jadi kelab kesayangan IBM. Jaringan 2 gol oleh Luis Suarez  ketika membuat penampilan semula di England buat pertama kalinya sejak berhijrah ke Sepanyol untuk membantu Barcelona menewaskan Manchester City 2-1 pada aksi kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Rabu membuat IBM merasakan Luis masih berada di Anfield bermain bersama Liverpool. Bagi IBM 2 jaring yang membolosi gawang gol Man City adalah untuk Liverpool. Kerana di musim yang lepas Liverpool terlepas menjadi juara liga setelah dipisahkan dengan 1 mata dengan Man City.  Terubat sikit hati IBM bila Man City tewas apatah lagi di tempat sendiri .Pemain kelahiran Uruguay itu menjaringkan dua gol pada minit ke-16 dan minit ke-30 bagi memberikan kelebihan buat Barcelona menjelang pertemuan kedua di Nou Camp, bulan depan. Sergio Aguero dapat juga menjaringkan gol tunggal untuk City pada minit ke-69.


Pasukan tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Gael Clichy diperintah meninggalkan padang. Penjaga gawang City, Joe Hart menyelamatkan maruah City pada minit terakhir apabila menafikan sepakan penalti Lionel Messi. City perlu melakar keajaiban pada aksi kedua di Nou Camp bulan depan sekiranya mahu menyekat Barcelona daripada mara ke peringkat lapan pasukan terakhir. Suarez kini mengumpul sembilan gol untuk Barcelona dalam 23 penampilannya. IBM percaya Luis Suarez akan lebih menyerlah di Nou Camp dan pastikan Man City bawa balik telo dari Sepanyol. Majulah sukan bola-sepak untuk negara. Bagi Liverpool, 'You'll Never Walk Alone". Forever Liverpool. - IBM

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...