Thursday, November 25, 2010

Pok Nik Sedih, Dukacita..!!!


Nik Aziz Dukacita.

Kota Bharu : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Abdul Aziz Nik Mat dukacita dengan keadaan masyarakat di negara ini yang masih bersikap curiga-mencurigai di antara satu kaum dengan yang lain walaupun sudah 53 tahun merdeka.
Menurutnya, pendekatan yang dibuat Kerajaan Pusat terbukti gagal merapatkan jurang antara kaum di negara ini, walaupun banyak menghabiskan masa dan wang mengadakan pelbagai program.
" saya sebagai ketua kerajaan (Kelantan) terfikir macam mana nak merapatkan bangsa di negara ini yang dicurigai pihak tertentu.
" saya dukacita dengan sikap curiga mencurigai antara bangsa kerana Islam itu adalah agama antarabangsa,' katanya ketika ditemui selepas melawat Ekspo Cheng Ho, disini, semalam.
Dalam lawatan hampir dua jam, Nik Aziz yang ditemani isterinya, Datin Tuan Sabariah Ishak, dipertontonkan dengan aksi ahli akrobatik terkenal, Adili, merentasi tali serta persembahan Kung Fu Shaolin.
Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, usaha kerajaan Negeri menganjurkan Ekspo Cheng Ho adalah inisiatif utntuk merapatkan semua bangsa yang ada di dunia, khususnya masyarakat Islam.
" Kami melihat ( di Ekspo) begitu banyak bangsa Melayu Islam dan Cina disatukan, Cina Muslim rapat sebagai agama, yang tidak rapat sebagai manusia. Sebelum ini, kita termakan umpan daripada orientalis dan Eropah yang mahu pecahkan Melayu. Mereka mengamalkan prinsip pecah dan perintah," katanya.
Menurutnya, Ekspo Cheng Ho membuktikan Kerajaan Negeri berjaya menganjurkan program bersifatkan hiburan dan pendidikan tanpa menggunakan unsur melalaikan seperti manipulasikan perempuan dan sebagainya.

# IBM : kepada Nik Aziz, IBM nak beritahu, satukan dulu masyarakat Melayu di antara Pas dengan UMNO. PAS lah yang selalu mengamalkan sikap curiga-mencurigai diantara bangsa sendiri. Bila Umno mengajak Pas berunding untuk perpaduan orang2 Melayu, Pas menolak, kononnya Umno tidak ikhlas. Nampaknya Nik Aziz ni lebih percayakan bangsa lain (Cina) dari bangsanya sendiri (Melayu). Dah lah Ni Aziz, jangan melalut lagi...










Orang Sudah Tidak Percaya Anwar : Dr. Mahathir.

" Boleh percaya ke apa yang si nuar kata ni..".??- Tun.
KEMAMAN - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihak luar semakin tidak percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dengan itu kerajaan tidak perlu bimbang dan menghalangnya daripada pergi ke luar negara bagi mengelak ketua pembangkang itu daripada terus menghina Malaysia. Lagipun, kata bekas perdana menteri, jika Anwar dihalang ke luar negara, ini akan menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan, dan kerajaan akan berdepan dengan pelbagai tuduhan. "Kita tak patut halang dia keluar negara. Saya tak fikir kita patut takut kepada dia. Kita buat macam itu, orang lagi jadi marah kepada kita, benci kepada kerajaan. Nanti mulalah orang cakap kerajaan itu dan ini. "Tak apalah, saya ingat orang lain pun tak percaya kepada dia dah, siapa nak percaya. Kalau saya, saya tidak peduli. Bukan orang itu yang nak mengundi, yang mengundi orang di sini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Eastern Pacific Industrial Corporation (Epic) Berhad di Kemaman Supply Base kawasan Perindustrian Teluk Kalong di sini, hari ini. Dr Mahathir sebelum itu menyampaikan syarahan perdana bertajuk "Cabaran Umat Islam Pada Masa Kini" di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman anjuran Institut Pembangunan Terengganu dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu yang dihadiri oleh hampir 5,000 orang kakitangan awam dan masyarakat sekitar. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan isteri Toh Puan Norliza Mahmud dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

# IBM : Setuju dengan apa yang dikatakan oleh Mantan PM kita, Tun Dr. Mahathir. Memang betul, ramai yang tidak percaya kepad si nuar ni......dikalangan ahli-ahli PKR, memang dah lama tidak mempercayai Anwar. Kan apa....takut nanti ahli-ahlinya sendiri yang akan 'Melebamkan' mata si nuar tu sekali lagi....hehehehe....kita tunggu dan lihat....

Fitnah Terhadap Tun, Anwar DiArah Bayar RM70,000


PUTRAJAYA 24 Nov - Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim diarah membayar kos mahkamah sebanyak RM70,000 menolak rayuan beliau terhadap penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung saman fitnah yang difailkannya ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia ditulis dalam bahasa Inggeris.

Ketika membaca penghakiman beliau, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata hakim mempunyai budi bicara yang luas untuk menulis penghakiman mereka sama ada dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris.

Dua lagi anggota panel hakim yang bersidang termasuk Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar.

Arifin memberi alasan penghakiman tidak terdiri daripada bahagian penghakiman itu sendiri sungguhpun penggunaan Bahasa Melayu di mahkamah dipandang serius.

Beliau merujuk kepada pekeliling yang dikeluarkan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hashim Yeop Sani, pada 1990 yang menjelaskan sekurang-kurangnya satu penghakiman mesti ditulis dalam bahasa kebangsaan.

Dengan keputusan hari ini maka rayuan Anwar dalam kes saman malu RM100 juta terhadap Dr Mahathir juga terbatal secara otomatik.

Sebelum itu peguam Dr Mahathir, VK Lingam memohon agar mahkamah mengenakan kos sebanyak RM100,000 atas sebab pengujian tanda aras mesti dibuat bagi permohonan kes-kes Mahkamah Persekutuan.

Beliau memberi contoh satu penghakiman di mana mahkamah rayuan bersetuju kos RM100,000 diberikan.

Peguam Anwar, Karpal Singh akan membuat rayuan terhadap keputusan hakim tersebut.

"Dia (Lingam) adalah seorang jutawan. Saya kalah kes ini. Ini adalah peguam Mahathir, jadi macam mana boleh kita menang?” kata Anwar kepada media.

Mahkamah Rayuan pada 20 Oktober 2009 menolak rayuan Anwar atas sebab teknikal kerana tidak menyediakan memorandum rayuan dalam Bahasa Melayu disamping kegagalan peguam Anwar menandatangani memorandum terbabit menjadikannya cacat.

Saman fitnah tersebut dikemukakan pada tahun 2006 berkaitan kenyataan yang dibuat Dr Mahathir di satu sidang akhbar Suhakam.

# IBM : Padan muka si nuar tu...tapi bagi dia, apa adahal dengan RM70.000. Kacang aje.....IBM syorkan agar si nuar ni buatlah lagi fitnah kat orang, buat lagi dan lagi........Anwar perlu bertaubat..!!

Tuesday, November 23, 2010

Gejala Sosial Melayu :

Mengamalkan seks sebelum kahwin....
Parti Time......!!
Natijahnya...?


Hanya Dengan Islam Segala Masalah Manusia Akan Selesai. Hidupkan Masjid Terdekat....



# IBM : Inilah akibatnya apabila seks bebas berluasa di kalangan remaja-remaja Melayu kita. Pernahkah kita bertanya kemana anak-anak kita nak keluar, dengan siapa dia keluar, pukul berapa nak balik..?..pernah kah..?..fikir-fikirkanlah demi menjaga masa depan anak-anak kita. W.A...

Khalid Gaggap Nak Tunjuk Kuasa



MB MINTA PUSAT TARIK BALIK LESEN SYABAS

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan meminta Kerajaan Pusat menarik balik semula lesen Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berikutan tindakan mengenakan potongan gaji RM11.40 setiap kakitangannya melalui program amalnya, Tabung Budi.
Menteri Besat, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu menunjukkan Syabas melanggar tata cara perjnjian penswastaannya pada 2004 dan tidak menjalankan tugas sebenar yang diamanahkan.
Menurutnya, Syabas tidak wajar bertindak sedemekian memandangkan skop perkhidmatan syarikat itu bukan untuk melakukan kerja amal.
" Syabas tidak boleh menggunakan duit tersebut jika sebahagian rakyat tidak mahu wang tersebut, mereka kena pulangkan semula kepada negeri. Syabas juga tidak boleh mengaturnya sebab duit yang diberikan kepada Syabas itu untuk pembayaran.
" Lagipun, semasa penswastaannya, Syabas bukan ditugaskan menjalankan usaha kebajikan dan bukan syarikat kebajikan. Syabas adalah syarikat swasta yang ditugaskan untuk menjalankan perniagaan," katanya semalam.
Abdul Khalid berkata, Syabas tidak berhak membuat potongan terhadap kakitangan atau pengguna air yang mendapat 20 meter padu dari Kerajaan Negeri.
Dalam pada itu, katanya beliau akan berbincang dengan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Ariff Ab Rahman dan Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Zauyah Be T.Lothy berhubungan perkara ini.
Terdahulu, syabas melancarkan Tabung Budi bertujuan mengutip dana bagi memberikan air percuma kepada rakyat Selangor yang tidak mendapat 20 meter padu air percuma daripada kerajaan negeri, dianggap tidak wajar.
Sementara itu, Pengarah Komunakasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halim Mat Som berkata, wang kutipan itu akan disalurkan kepada keluarga yang langsung tidak menerima 20 meter padu air percuma.

# IBM : Sebenarnya Selangor dah kehabis duit, dah habis di angkut oleh maklaun-maklaun Pakatan Rakyat (PR) termasuk PKR. Itu sebab dia nak kacau Syabas pulak. Besar benar ke kuasa si gaggap ni sebagai Menteri Besar..?...lepas itu nak minta duit amal tu bagi kat Kerajaan negeri. Dapat kat depa..habis, hancur di kerjakan depa nanti.......inilah kerenah kerajaan Pakatan Rakyat, tak habis-habis menyusahkan rakyat. Sedarlah wahai rakyat negeri Selangor. PR bukanlah parti yang sesuai untuk memerintah Negeri Selangor. Bangkitlah wahai rakyat Selangor sekelian. Katakan ' Tak Nak ' kepada Pakatan Rakyat di PRU -13 nanti.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...