Thursday, January 27, 2011

KOLEKSI DARI MUTIARA KATA

Salam Untuk Semua Para Pembaca.

Mutiara kata merupakan cetusan minda atau falasafah yang diturunkan oleh tokoh-tokoh terbilang. Secara tidak langsung, Mutiara Kata ini dapat merangsang minda dan menggerakkannya agar berusaha dengan lebih gigih.


Antaranya :

* Walau bagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan mendapat manafaat daripada ilmunya, selagi ilmunya ini tidak berpedoman kepada akal.

* Permulaan marah itu ialah gila, kesudahanya ialah menyesal.

* Hendaklah kamu hentikan kejahatan yang kamu lakukan ke atas orang lain dan hendaklah kamu memaaf dan melupakan kejahatan orang lain terhadap kaum.

* Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah banyak. Jauhilah seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak.

* Dibawanya senyum matanya, dirasakan hari hujan, dibawanya gelak pipinya, dirasakan hari panas.

* Wahai anak kesayanganku, bergaullah dengan para ulama dan rapatkanlah kedua-dua lututmu, sesungguhnya Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah, sebagaimana Allah menghidupan tanah yang mati dengan hujan lebat.

* Wahai anak kesayanganku, carilah ilmu kerana apabila engkau menjadi orang fakir maka ilmu itulah hartamu. akan tetapi kalau engkau kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu.

* Selamat membaca. Ikhlas dari : IBM

PAS bacul, memang bacul, guna tektik kotor yang amat kotor..


Salam, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

PAS dah hilang pertimbangan dan pegangan agama. Tabur fitnah dan berak merata-merata di DUN Tenang......

Biarpun menghadapi serangan demi serangan berbentuk peribadi daripada Pakatan Rakyat, calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim tetap tenang dan enggan terjebak dengan permainan kotor itu.
NONE
Menurutnya, beliau dan BN tidak akan terikut-ikut dengan taktik Pakatan Rakyat yang membuat serangan peribadi dengan menabur pelbagai fitnah dan tohmahan terhadapnya. "Kita gentleman. Kita teruskan kerja-kerja kita dan berkempen dengan sebaiknya, tanpa terikut-ikut dengan pembangkang yang membuat serangan peribadi,” katanya pada sidang media di rumahnya di Labis, hari ini. Bekas penolong pentadbir tanah daerah Kecil Rengit, Batu Pahat itu berkata, dalam pertemuannya dengan pengundi DUN Tenang, mereka tidak pernah menyentuh isu-isu peribadi yang digunakan oleh Pakatan Rakyat.
tenang by election day 1 230111 mohd azahar with girl
"Pengundi tidak pernah sekali bertanyakan saya (isu serangan peribadi). Pengundi DUN Tenang tahu apa yang diperkatakan oleh pembangkang itu adalah tohmahan dan fitnah semata-mata,” kata Mohd Azahar. Pada kempen pilihan raya kecil ini, Pakatan Rakyat menjadikan kejadian tanah milik seseorang dilelong ketika Mohd Azahar menjadi Penolong Pentadbir Tanah Segamat (2000-2006) sebagai isu, di samping mengungkit beberapa isu peribadi yang lain.
tenang by election day 1 230111 mohd azahar at pasar labis
Ditanya mengenai isu tanah pada 2003 di mana PAS menuduhnya sebagai cuai sehingga menyebabkan tanah itu dilelong, katanya, sebagai penjawat awam beliau hanya mengikut prosedur. "Saya telah mengikut segala prosedur jabatan (isu tanah 2003),” katanya ringkas. Mengenai perancangannya jika dipilih sebagai wakil rakyat, Mohd Azahar berkata beliau akan memastikan pengundi pelbagai kaum DUN Tenang menikmati pembangunan yang lebih pesat.

- Bernama


* Teruskan perjuangan mu Azahar, jangan terikut-ikut rentak pembangkang. PAS sudah ketandusan idea, maka meroyanlah kerja depa macam orang gila yang baru keluar dari hospital gila 'Tampoi'...kalau ikut rentak mereka, kita pula yang gila. Rakyat di Tenang sudah memahaminya. Kami sentiasa mendoakan kejayaan UMNO/BN - IBM

Hari Ini Dalam Sejarah

27 JANUARI
Salam 2 All.

Hari Ini dalam sejarah berkisarkan perkembangan 'FELDA' yang telah banyak berjasa pada rakyat peneroka di negara kita ini. Jom kita baca....

PROJEK USAHASAMA FELDA DENGAN SYARIKAT DARI BELGIUM DITANDATANGANI
PROJEK USAHASAMA FELDA DENGAN SYARIKAT DARI BELGIUM DITANDATANGANI
Tarikh Peristiwa: 27-01-1984

Pada hari ini dalam tahun 1984, satu perjanjian mengenai projek usahasama felda dengan syarikat dari Belgium telah ditandatangani. Pihak felda telah diwakili oleh Raja Tan Sri Alias, Pengerusi Felda dan En. Raymond Vandemoortele dari syarikat N.V. Safinoo, Belgium. Projek yang berharga $25 juta akan dijalankan oleh felda dan Syarikat N.V. Safinoo untuk mengeluarkan barangan kelapa sawit seperti marjerin dan minyak makan. Projek ini akan dilaksanakan di Gebeng, Kuantan apabila kilang yang bernilai $16 juta siap pada 1983. Turut hadir di upacara tersebut ialah Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah, Datuk Sri Sharif Ahmad. Beliau dalam ucapannya telah menarik perhatian bahawa penyertaan para pelabur akan mempercepatkan perkembangan ekonomi dan teknologi dari negara-negara industri ke negara membangun. Beliau menambah adalah menjadi hasrat kerajaan mengadakan banyak peluang perniagaan kepada para pelabur asing seperti mana terdapat dalam Dasar Ekonomi Baru. Felda akan memainkan peranan positif bagi memasarkan barangan yang dikeluarkan. Raja Tan Sri Alias pula menerangkan projek usahasama yang dinamakan F.S. Oils Bhd. ini akan menggunakan minyak kelapa sawit yang dikeluarkan oleh felda. Dalam projek ini felda mewakili akuiti sebanyak 69% dan baki dipegang oleh N.V. Safinoo. Beliau berkata felda bernasib baik kerana rakannya bukan sahaja mahir dari segi teknikal tetapi juga lapangan pentadbiran serta pemasaran dan berharap dengan adanya projek ini akan tercapai objektif kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak industri yang akan menggunakan bahan-bahan mentah yang dikeluarkan oleh negara ini.

* Kepada warga "Felda' tinjau-tinjaulah dan sematkan apa yang berlaku kepada 'Felda' hari ini. Selamat membaca - IBM
Sumber : Arkib Negara.

Wednesday, January 26, 2011

Ahmad Maslan "Turunkan harga barang"....PR ada berani ka...?

Ahmad Maslan cabar pembangkang lakukan di negeri yang diperintah.

Salam 2 All.

Berkisar di PRK DUN Tenang :

PEMBANGKANG lesu, kehabisan modal. Terkini, pembangkang memainkan pula isu kenaikan harga barangan bagi meraih sokongan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Oleh itu mereka dicabar supaya terlebih dahulu menurunkan harga barang di empat negeri yang mereka perintah.

Cabaran itu disuarakan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. Kalau hebat benar pembangkang, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Katanya lagi, kenapa nak tunggu selepas pilihan raya ? Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sebagai pemulaan, beliau mencabar kerajaan di empat negeri tersebut menurunkan harga petrol di negeri masing-masing dengan cara memberi subsidi kepada pengusaha stesen minyak.

Sambung beliau, sekirannya pembangkang yang terkenal dengan menabur pelbagai janji, tidak boleh berbuat demekian maka tidak usah memperdaya penduduk di DUN Tenang semata-mata untuk meraih undi daripada mereka. Jika ditinjau di empat negeri yang diperintah pembangkang, kewujudan kawasan perindustrian besar dan sederhana adalah usaha kerajaan BN menarik pelaburan, manakala tiada kawasan perindustrian baru diwujudkan pembangkang.

* Itulah tektik kotor pembangkang semata-mata untuk menang. Penuh dengan fitnah, penipuan dan janji-janji kosong. Akan di Laknat oleh Allah kamu semua - IBM

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Jangan lengah-lengah, mai kita baca apa yang berlaku pada hari....


26 JANUARI
PERLANTIKAN TUNKU ABDUL RAHMAN SEBAGAI CANSELOR UNIVERSITI MALAYA.
PERLANTIKAN TUNKU ABDUL RAHMAN SEBAGAI CANSELOR UNIVERSITI MALAYA
Tarikh Peristiwa: 26-01-1962

Pada hari ini dalam tahun 1962, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail telah melantik YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu sebagai Canselor Universiti Malaya, Kuala Lumpur yang pertama. Pelantikan ini telah dibuat bagi mengenang jasa-jasa dan sumbangan beliau terhadap negara. Pelantikan ini telah menjadikan Tunku sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang pertama telah dilantik untuk menyandang jawatan tersebut. Pencalonan dan pemilihan beliau ke jawatan Canselor Universiti Malaya ini telah diperkenankan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 25 Januari 1962. Pelantikan ini juga telah disokong oleh Persidangan Raja-raja Melayu yang telah mengemukakan persetujuan agar jawatan Canselor harus disandang oleh Tunku secara peribadi. Pelantikan Tunku Abdul Rahman adalah dibuat berdasarkan Perlembagaan Baru Universiti Malaya 1961 bahagian 53 dan beliau telah menduduki jawatan sebagai Canselor Universiti Malaya selama tujuh tahun mulai 1 Januari 1962.

* Selamat Membaca..! - IBM
Sumber : Arkib Negara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...