Wednesday, July 31, 2013

APA NAK JADI NEGARA KITA INI??..ISLAM DIHINA LAGI!!....

RABU, 31 JULAI 2013
SKMM DIARAH SIASAT LAGI VIDEO HINA ISLAM
NAMPAKNYA penghinaan terhadap agama Islam menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Ada ke kita terfikir kenapa dan mengapa?.....dan apakah kehendak mereka-mereka yang terus menerus menghina Islam? Apa salah Islam kepada mereka? Ini yang harus di cari jawapannya dan bagaimanakah caranya kita umat Islam dan kerajaan bertindak dn membendung agar perkara seperti sensitif ini tidak berlaku. Cukup, cukuplah agama Islam kita dihina dengan berbagai cara. Masa untuk kita bertindak balas sudah tiba. Mari kita kaji dan mencari rumusan penghinaan terhadap Islam yang terbaru ini. Memang ianya membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini. Kalau nak ikutkan hati nahas budak yang buat video ini.
  
Bagi mengelakkan dari perkara yang buruk berlaku, elok benarlah apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah menggambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video dikatakan menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan dalam laman YouTube. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari (gambar bawah) berkata SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu. Menurut beliau telah menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, beliau telah mengarahkan SKMM mengambil tindakan untuk menyiasat video itu, katanya kepada wartawan semalam.
Kita semua dapat lihat dengan jelas Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Chetz (tak tahu bangsa apa) membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya. Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan seorang lelaki memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu. Video itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).
Ia turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor anjing di atas sofa. Kesimpulannya wahai para pembaca yang budiman budak haram jadah ini memang berniat untuk menghina agama Islam dan umatnya, beliau langsung tidak memikirkan sensitiviti agama lain. Apa sebenarnya yang dia mahu?...dan tidak kah dia terfikir bahawa perkara seumpma itu merupakan satu kesalahan. Tidakkah beliau terbaca  kerana sebelum ini, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee telah didakwa di mahkamah kerana mempersenda Ramadan dan umat Islam dengan memuat naik gambar sedang makan hidangan daging babi, Bak Kut Teh, berserta kapsyen dan logo halal di laman Facebook, di bawah Akta Hasutan 1948??.
Jadi, sekiranya beliau tahu, ini bermakna beliau memang sengaja dan mencari pasal dengan umat Islam di negara ini. Kalau beliau menggangap ini sebagai satu gurauan,  ianya tidak boleh diterima pakai dan IBM pasti umat-umat Islam di negara ini tidak akan memaafkannya. Atau, ada pihak-pihak yang tertentu menaja budak haram jadah ini supaya berbuat demekian. Apapun kita tunggu dan lihat apakah yang terjadi selanjutnya. IBM nak tengok sejauh mana ketegasan SKMM. Sambil itu, IBM harap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat mengusurkan kepada kerajaan supaya isu penghinaan terhadap Agama ini di bawa ke Parlimen dan mengenakan hukuman yang seberat-beratnya serta denda yang tinggi terhadap persalah yang begitu biadap dan kurang ajar. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tuesday, July 30, 2013

PISTOL OH PISTOL!..2 LELAKI INDIA DI TAHAN....INDIA LAGI....!

SELASA, 30 JULAI 2013

Rondaan cegah jenayah oleh anggota polis Kota Damansara awal pagi ini telah menahan sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki India dalam keadaan mencurigakan. Pemeriksaan ke atas mereka telah menyebabkan sedikit pergelutan dan akhirnya kedua-duanya berjaya ditangkap.


Selain beberapa paket dadah, sepucuk pistol jenis Para PT 908 Cal. 9mm dengan 7 butir peluru kemudiannya turut ditemui di dalam beg mereka. 

Senang betul dapat pistol sekarang ni....

Pistol lagi...?

India lagi...?

Harap pihak keselamatan seperti polis dan kerajaan dapat memantau dan berbuat sesuatu kerana penyeludupan senjata api ke negara kita kian menjadi-jadi. Kenapa ianya sukar dibendung? ...soalan ini mesti di jawab, kalau tidak akan memudaratkan negara dan ramai yang akan menjadi mangsa. Jenayah ada dimana-mana dan menjadi-jadi di negara kita ini. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan demi untuk keselamatan rakyat dan negara juga nama negara tidak tercemar. ~ IBM
Sumber : Rakan blogger.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Monday, July 29, 2013

KETUA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA UTARA (PJU) ANTARA KETUA BAHAGIAN DI SELANGOR YANG DISARANKAN BERUNDUR PADA PEMILIHAN UMNO 2013

ISNIN, 29 JULAI 2013
IBM terkejut juga semalam bila terbaca berita yang tak beberapa mengembirakan apabila nama boss IBM, iaitu Ketua Bahagian PJU di senaraikan antara Ketua Bahagian yang di sarankan supaya berundur pada pemilihan Umno 2013. Ini kerana prastasi yang tidak memberangsangkan semasa PRU ke-13 dan sebelumnya. IBM bukanlah seorang ahli Umno yang fanatik kepada Ketua Bahagian, tapi, ianya agak memeranjatkan juga. IBM cuba juga mencongak punca sebenarnya kerana jika alasan yang diberi semata-mata kerana Barisan Nasional (BN) di Petaling Jaya Utara tewas dalam PRU ke-13 yang lalu, bagi IBM tidaklah  lojik dan masuk akal.

Kerana apa IBM berkata begitu?...kita semua mesti faham. Di bahagian PJU qota PRU adalah qota dan hak milik MCA. Ini kerana peratus penduduk di PJU majoritnya adalah dari golongan kaum Cina. Dengan erti kata lain, PJU adalah tertori Cina (kawasan Cina). Kaum melayu lebih kurang dalam 15% peratus sahaja. Jadi, Umno di PJU adalah diibaratkan sebagai anak angkat kepada MCA kerana calon-calon yang bertanding di dalam PRU adalah dari kaum Cina. Kami, Umno hanya membantu sahaja dan cuba menguatkan jentera BN di PJU. Tapi, apakan daya, kekuatan DAP di PJU begitu ketara dan bersungguh-sungguh untuk menumbangkan BN.

Diringkaskan cerita, bahagian PJU ini agak berbeza jika nak dibandingkan dengan bahagian-bahagian lain di dalam Selangor. Oleh itu, janganlah buat satu propaganda yang salah dan menuduh Umno PJU tidak berfungi dan menyalahkan bulat-bulat kepada Ketua Bahagian. Cubalah berfikir secara rasional dan cara punca kekalahan BN yang sebenarnya. Menukar atau menyarankan supaya Ketua Umno Bahagian mengundurkan diri adalah satu cara yang tidak sporting, mungkin ada perkara-perkara yang lebih serius lagi untuk diperbetulkan. IBM tidak setuju jika kekalahan itu di bebankan atau dihumbankan atau menyalahkan Ketua Bahagian semata-mata. 

Berbalik kepada pemilihan Umno 2013 ini. IBM selaku salah seorang Ahli Jawatakuasa Bahagian PJU memang sudah tah bahawa ada desas-desus akan ada pertandingan pada tahun ini. Tapi, itu biasalah. Sesiapa sahaja boleh bertanding Ketua Bahagian dan jawatan-jawatan yang lain di peringkat bahagian. Biar ahli perwakilan yang membuat keputusan siapa yang mereka nak pilih. Jadi, tak payahlah ada pihak luar yang pandai-pandai memukul canang dan menyenaraikan nama-nama Ketua bahagian yang patut berundur pada pemilihan tahun ini. IBM nak tanya  pada mereka-mereka tu. Siapa mereka-mereka itu? ....Dan betulkah saranan tersebut datangnya dari Presiden parti? Jangan..janganlah nak keruhkan keadaan kerana parti kita Umno dah terlalu tenat dan perlu di perbetulkan secepat mungkin, tapi, bukan dengan cara menyuruh mereka berundur dan di senaraikan. 

Mari kita tengok akan senarai-senarai nama-nama Ketua bahagian yang kalah di kerusi Parlimen/DUN yang menjuruskan kepada pencarian pemimpin yang baru :-

1. Sepang - Dato' Seri Ir. Mohd Zin bin Mohemed (kalah 3-1)

2. Selayang - Abdul Syukur bin Idrus (kalah 3-1)

3. Gombak - Hj Abdul Rahim bin Kamaruddin (kalah 4-0)

4. Ampang - Dato' Ismail bin Kijo (kalah 4-0)

5. Pandan (kalah 4-0)

6. Hulu Langat - Datuk Johan b. Abdul Aziz (kalah 3-1)

7. Serdang - Datuk Hj. Mohd Fathil bin Daud (kalah 4-0)

8. Puchong - Dato' Hj. Mohamad Satim bin Diman (kalah 3-0)

9. Kelana Jaya - Tan Sri Muhammad bin Muhamad Taib sertai PAS

10. PJ Selatan - Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik (kalah 3-0)

11. PJ Utara - Dato' Ikhwan Salim bin Dato' Hj. Sujak (kalah 3-0) (Bukan calon Parlimen/DUN) (gambar diatas)

12. Subang - Dato'Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor rela berundur.

13. Shah Alam - Dato' Hj. Ahmad Nawawi bin Dato' M. Zin (kalah 3-0)

14. Kapar - Dato' Hj. Abdul Rahman bin Palil (kalah 4-0)

15. Klang - Datuk Mazlynoor bin Abdul Latiff (kalah 4-0)

16. Kota Raja - Ir. Hj. Kamaruzzaman bin Johari (kalah 4-0)

17. Kuala Langat - Dato' Hj. Sulaiman bin Mohd Karli (kalah 4-0)

Oleh itu, biarkan Ketua-ketua bahagian yang lama itu mempertahankan jawatan-jawatan masing-masing, kerana menang atau kalahnya mereka terletak di tangan para perwakilan kelak. Ini adalah syor yang ikhlas dari IBM. Jangan retakkan dan keruhkan lagi Umno parti keramat bagi orang-orang melayu. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

FILEM 'NEW VILLAGE' PERLU DISIASAT NILAI KANDUNGANNYA ~ SHABERY CHEEK...

ISNIN, 29 JULAI 2013
IBM sokong 100% bila Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengarahkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menilai kandungan filem 'The New Village' (Kampung Baru) yang bakal ditayang pada Ogos ini. Treler filem arahan Ong Kew-Lit itu mencetus kontroversi dan mengundang pelbagai reaksi kerana mengangkat perjuangan komunis sebagai hero bagi membebaskan Tanah Melayu. Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar bawah) berkata, langkah itu penting bagi memastikan tiada tayangan filem yang boleh memudarat atau mencetus pelbagai perkara negatif dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menurut kata DS Ahmad Sabery, bagi pandangan  beliau, kalau filem itu menggugat, memaparkan fahaman komunis serta perkauman, kita tidak ragu-ragu akan bertindak dan meminta pihak berkuasa untuk mengambil langkah sewajarnya supaya ia tidak ditayangkan. Kenyataan beliau dirakamkan di dalam majlis meraikan 120 anak yatim dan miskin dalam Parlimen Kemaman, yang dibelikan baju raya di sebuah pasar raya. Sambungnya lagi, Finas boleh mengharamkan filem berkenaan jika terbukti menimbulkan semangat perkauman, dan orang ramai diminta agar tidak cepat menghukum 'New Village' hanya berdasarkan treler yang dipapar di YouTube.
DS Ahmad Shabery juga berkata, jalan cerita filem itu perlu dikaji secara mendalam bagi memastikan ia benar-benar bebas unsur negatif. Beliau bimbang ia akan membantu untuk terus mempromosi filem atau apa-apapun kandungan yang lain kerana ia tidak boleh ditayangkan di panggung wayang... tetapi banyak lagi kaedah lain seperti tayangan secara online. Jadi, katanya beliau  bersedia dikritik dan berilah peluang pihak Kementeria beliau untuk tengok dulu, dan Finas akan kaji perkara ini, katanya.
Apa yang IBM di fahamkan, moral cerita tersebut berdasarkan treler, filem lakonan Lenna Lim, Kevin Soo, Teh Young, Kevin Soo dan Jeff Chin itu memaparkan kisah seorang komunis yang bercinta dengan seorang gadis Cina sehingga berlaku konflik dan menimbulkan persepsi bahawa pihak komunis adalah hero untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman British. Maka, ianya jelas ada unsur-unsur untuk menghidupkan kembali perjuangan Komunis di negara bertuah kita ini. Itulkah kerja-kerja dan cara halus cinabeng untuk menerajui negara ini. Oleh itu, kerajaan harus berweas pada, kena tegas dan segala kerenah yang remeh tengeh dari parti pembangkang, jangan di layan.
IBM percaya dalam isu filem 'New Village' ini ada kaitanya dengan pembangkang. Kita hanya sedar dan tak sedar sahaja kerana pembangkang begitu bijak dan licik memainkan jarum mereka demi untuk mencapai hasrat mereka untuk menerajui negara kita ini. Bak kata perpatah, tak dapat tangan teliga di pulas. Bahaya...memang bahaya!! Jadi, fikir-fikirkan dan renung-renungkan. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday, July 26, 2013

APA NI? SAT KATA TAK BOLEH DAN SAT KATA BOLEH..APA SUDAH JADI?...JAWI OH JAWI!!

JUMAAT, 26 JULAI
Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam Mungkin Dibenarkan Bertanding

MULA beria-ia dan begitu serius Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (Jawi) ni membuat kenyataan di akhbar dan TV yang melarang penyertaan peserta (wanita) dari kalangan orang Islam. Kini lain pulak ceritanya. Kenyataan Jawi pada hari ini benar-benar membuat umat Islam di negara ini serba salah dan konfius. IBM tak tahu apa yang menyebabkan Jawi menukar kenyataan yang mengatakan penyertaan perserta yang beragama Islam mungkin dibenarkan. Apa maksud Jawi tentang 'mungkin'?
Nasib empat finalis beragama Islam yang digugurkan daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World nampak cerah dan berkemungkin akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali (gambar bawah kanan) mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim, pada Khamis bagi membincangkan kemungkinan wanita beragama Islam bertanding dalam pertandingan ratu cantik.
Bagaimanapun, menurut Datuk Che Mat, beliau belum membuat keputusan lagi. Tetapi beliau akan mengumumkan keputusan kepada umum minggu depan, kata Che Mat kepada pemberita. Keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk dipanggil semula dan mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013, itu mengikut kata ketua penganjur Datuk Anna Lim yang berkomunikasi dalam satu mesej teks. Tetapi beliau berkata sebelum apa-apa keputusan dibuat, beliau perlu menunggu pengumuman Che Mat berhubung keputusannya. Mesyuarat itu berhasil dan pengumuman mungkin boleh dibuat pada awal minggu depan, katanya.
Datuk Anna Lim menjangkakan pengumuman akan dibuat sama ada hari Isnin atau Selasa akan datang. Pertandingan peringkat akhir Miss World tahun ini akan diadakan di negara jiran, Indonesia. Beliau berkata peserta beragama Islam di Indonesia dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik. Beliau berkata peserta Islam tidak perlu memakai bikini sebaliknya mereka akan memakai kain. Apapun dalam hal ini, IBM tak nak buat banyak komen, cuma tujuan IBM mempaparkan isu ini kerana ingin mendapatkan penjelasan dari pihak Jawat agar umat Islam di negara ini tidak konfius.
Persoalannya, yang mana satu benar boleh ataun tidak boleh? Kerana apa IBM lontarkan soalan tersebut?..kerana ianya melibatkan maruah agama Islam itu sendiri. Harap pihak yang berkenaan (Jawi) dapat memberi penjelasan yang konkrit dan jelas. Jangan seperti 'melontar batu sembunyi tangan'. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...