
Kerana apa IBM berkata begitu?...kita semua mesti faham. Di bahagian PJU qota PRU adalah qota dan hak milik MCA. Ini kerana peratus penduduk di PJU majoritnya adalah dari golongan kaum Cina. Dengan erti kata lain, PJU adalah tertori Cina (kawasan Cina). Kaum melayu lebih kurang dalam 15% peratus sahaja. Jadi, Umno di PJU adalah diibaratkan sebagai anak angkat kepada MCA kerana calon-calon yang bertanding di dalam PRU adalah dari kaum Cina. Kami, Umno hanya membantu sahaja dan cuba menguatkan jentera BN di PJU. Tapi, apakan daya, kekuatan DAP di PJU begitu ketara dan bersungguh-sungguh untuk menumbangkan BN.

Berbalik kepada pemilihan Umno 2013 ini. IBM selaku salah seorang Ahli Jawatakuasa Bahagian PJU memang sudah tah bahawa ada desas-desus akan ada pertandingan pada tahun ini. Tapi, itu biasalah. Sesiapa sahaja boleh bertanding Ketua Bahagian dan jawatan-jawatan yang lain di peringkat bahagian. Biar ahli perwakilan yang membuat keputusan siapa yang mereka nak pilih. Jadi, tak payahlah ada pihak luar yang pandai-pandai memukul canang dan menyenaraikan nama-nama Ketua bahagian yang patut berundur pada pemilihan tahun ini. IBM nak tanya pada mereka-mereka tu. Siapa mereka-mereka itu? ....Dan betulkah saranan tersebut datangnya dari Presiden parti? Jangan..janganlah nak keruhkan keadaan kerana parti kita Umno dah terlalu tenat dan perlu di perbetulkan secepat mungkin, tapi, bukan dengan cara menyuruh mereka berundur dan di senaraikan.
Mari kita tengok akan senarai-senarai nama-nama Ketua bahagian yang kalah di kerusi Parlimen/DUN yang menjuruskan kepada pencarian pemimpin yang baru :-
1. Sepang - Dato' Seri Ir. Mohd Zin bin Mohemed (kalah 3-1)
2. Selayang - Abdul Syukur bin Idrus (kalah 3-1)
3. Gombak - Hj Abdul Rahim bin Kamaruddin (kalah 4-0)
4. Ampang - Dato' Ismail bin Kijo (kalah 4-0)
5. Pandan (kalah 4-0)
6. Hulu Langat - Datuk Johan b. Abdul Aziz (kalah 3-1)
7. Serdang - Datuk Hj. Mohd Fathil bin Daud (kalah 4-0)
8. Puchong - Dato' Hj. Mohamad Satim bin Diman (kalah 3-0)
9. Kelana Jaya - Tan Sri Muhammad bin Muhamad Taib sertai PAS
10. PJ Selatan - Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik (kalah 3-0)
11. PJ Utara - Dato' Ikhwan Salim bin Dato' Hj. Sujak (kalah 3-0) (Bukan calon Parlimen/DUN) (gambar diatas)
12. Subang - Dato'Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor rela berundur.
13. Shah Alam - Dato' Hj. Ahmad Nawawi bin Dato' M. Zin (kalah 3-0)
14. Kapar - Dato' Hj. Abdul Rahman bin Palil (kalah 4-0)
15. Klang - Datuk Mazlynoor bin Abdul Latiff (kalah 4-0)
16. Kota Raja - Ir. Hj. Kamaruzzaman bin Johari (kalah 4-0)
17. Kuala Langat - Dato' Hj. Sulaiman bin Mohd Karli (kalah 4-0)
Oleh itu, biarkan Ketua-ketua bahagian yang lama itu mempertahankan jawatan-jawatan masing-masing, kerana menang atau kalahnya mereka terletak di tangan para perwakilan kelak. Ini adalah syor yang ikhlas dari IBM. Jangan retakkan dan keruhkan lagi Umno parti keramat bagi orang-orang melayu. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
UMNO kini sudah tiada harapan lagi.. Bakal jadi sejarah..
ReplyDelete