Wednesday, February 26, 2014

PANAS!! PANAS!! ANWAR BERAHIM DAN KHALID BERAHIM PERANG BESAR

RABU, 26 FEBRUARI 2014
PETALING JAYA 26 Feb - Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini menghadapi pergolakan lebih besar selepas 'perang' tercetus antara Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Perbalahan tersebut tercetus apabila sebuah laporan dari Pusat Pilihan Raya dan Demnokrasi Universiti Malaya (UM) mendakwa penduduk Kajang mendesak Khalid meletakkan jawatan dan digantikan kepada Anwar. Jelas Khalid, kajian tersebut tidak tepat dan ianya merupakan permainan perang psikologi Anwar menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dengan memberikan tanggapan buruk terhadapnya.
SESUMPAH vs SI GAGAP...SESUMPAH vs SI GAGAP...SESUMPAH vs SI GAGAP
Menteri Besar itu dikatakan telah bersedia untuk menghadapi ancaman dari Ketua Pembangkang itu dan tinjaun oleh UM adalah tidak tepat. Sejak pencalonan Anwar pada PRK Kajang, Khalid lebih banyak bersikap berdiam diri dan ini menjadi kelebihan kepada Anwar serta Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang turut dikatakan mempunyai masalah bersama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu. Perbalahan ini lebih jelas apabila Khalid yang juga Pengarah PRK Kajang bagi Pakatan Rakyat (PR) lenih banyak menumpukan perhatian kepada tugasnya sebagai Menteri Besar berbanding memberi tumpuan kepada pengundi Kajang.

Kini, gerak geri Khalid menjadi perhatian media lebih-lebih lagi ketika perjumpaan bersama pemimpin PKR dimana Menteri Besar itu dilihat 'kurang selesa'. Parti mengetahui pergolakannya bersama Anwar bukanlah perkara enteng tetapi Khalid tidak akan beralah dengan mudah sungguhpun mengetahui beliau tidak akan dapat mengatasi Ketua Pembangkang itu walau apa jua cara sekalipun. [Sumber : dari rakan blogger].

P/S ~ Kali ini betui2 depa gaduh. Mudahan-mudahan terbuka hati pengundi-pengundi di Kajang untuk menolak 'sesumpah' dan geng2nya yang tak habis-habis berkelahi serta krisis dalam parti. Dengar kata serius. Elok le tu, seko gagap dan seko lagi kaki penipu. Hancus Kajang kalau diaorang menang nanti. Oleh itu, kepada penduduk Kajang semua, buka mata, buka hati dan buka  minda, menangkan Barisan  Nasional (BN), tolak Nuar Berahim dan nyahkan dia dari Kajang. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

APA KE JADAHNYA! NAIK TEKSI KENA RABA HILANG AKAL KE APA?

RABU, 26 FEBRUARI

JENAYAH (SERANGAN SEKSUAL)
INI bukan nak kata atau menuduh yang bukan-bukan. Mungkin bukan semua yang berbuat demekian. Tapi, sidikit sebanyak ianya mencemarkan nama agensi pengangkutan awam. Apa tidaknya, penumpang betul-betul mengharapkan mereka menggunakan khidmat pengangkutan awam seperti teksi mendapat layanan baik, tapi,  lain pulak yang mereka dapat. Apatah lagi kepada penumpang perempuan. Bala yang menunggu mereka. IBM mendapat maklumat bahawa seorang penumpang wanita berusia di dalam lingkungan 20-an membuat aduan kepada SPAD bahawa beliau dipaksa meletakkan tangannya pada kemaluan pemandu teksi tersebut sepanjang perjalanan. Dan, ianya menjadi tajuk hangat di dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini. 

Mengikut cerita sebenar, wanita tersebut menaiki teksi berkenaan selepas membeli barangan dapur dekat jalan Metro Prima di Kepong pada jam 7 malam, 28 Jan lepas. Difahamkan, pemandu yang miang itu dipercayai berumur 70-an. Wanita itu duduk di tempat duduk penumpang sebelah pemandu teksi tersebut yang kemudiannya mula memberi komen lucah dan seksual terhadapnya. Beliau di dakwa meraba pahanya dan meletakkan sebilah pisau di atas papan pemuka dan pada masa yang sama mengeluarkan kata-kata lucah terhadap wanita yang mula ketakutan. 

Ekoran dari aduan yang telah dibuat oleh wanita tersebut, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan kes serangan seksual didakwa membabitkan seorang pemandu teksi itu yang dikatakan gila seks. Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal (gambar kanan) dalam kenyataan hari ini berkata SPAD berjaya mengesan pemandu teksi itu, dipercayai berumur 70-an dan telah pun dipanggil untuk siasatan.

Mengikutnya, SPAD akan bekerjasama rapat dengan polis dalam penyiasatan ini dan SPAD  merasa dukacita di atas kejadian ini serta mengutuk semua bentuk gangguan terhadap pelanggan-pelanggan teksi. Dan sekiranya didapati bersalah, pemandu teksi itu berdepan risiko lesen dibatalkan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, katanya. Siasatan ini juga di segerakan apabila Mohd Nur Ismal terbaca pada satu lapoaran dari sebuah portal berbahasa Inggeris, The Star yang bertajuk 'Nightmare ride with pervert cabbie'. Maka tindakan segera diambil oleh SPAD.

Di samping itu, Mohd Nur Ismal mengingatkan kepada sesiapa sahaja yang memandu pengangkutan awam tak kira teksi atau pun bas, jika didapati bersalah terhadap perbuatan seperti didakwa itu tidak layak menjadi pemandu teksi  atau bas dan mengaibkan profesion itu. Serangan seksual seperti itu, harus dibendung demi untuk mmenjaga maruah penumpang yang memerlukan khidmat pengangkutan awam. Tak mustahil ianya akan terjadi pada penumpang dari luar negara, kata Mohd Nur Ismal. Oleh itu aduan dari orang ramai amatlah di alu-alukan. Wasslam.


    "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

21 DALIL KENAPA ANWAR BERAHIM TIDAK BOLEH JADI MB SELANGOR

RABU, 26 FEBRUARI 2014
1. Di bawah undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Perkara 52 (2)(a) dan Perkara 53 kuasa melantik MB adalah atas budi bicara DYMM Sultan Selangor. Adakah Anwar direstui oleh Sultan Selangor..?
2. Secara tradisinya perlantikan MB Selangor adalah dari kalangan mereka yang lahir di Selangor..Dah sahih Anwar lahir di P.Pinang.
3. Seseorang yang nak dilantik sebagai MB Selangor mesti seseorang yang tiada ada rekod jenayah..Seseorang yang bergelar Dato’ pun akan ditarik balik darjah Dato’ Selangor jika ada kes di mahkamah. Inikan pula dalam kes DSAI yg telah sabit dihukum penjara 6 tahun.
perhimpunan-haram-505-stadium-kelana-jaya-anwar-bantah-pru-pecah-belah-negara-harmoni
4. Imej DSAI peringkat antarabangsa yang berhubung rapat dengan pro zionis terutamanya dengan Kumpulan Yahudi Jerman iaitu Konrad Adenauer Foundation (KAF).
5. Keretakan dalam Pakatan Pembangkang sendiri yang mana terdapat di kalangan pimpinan Dap, Pas dan PKR sendiri yang tidak setuju keputusan Anwar untuk tannding di PRK Kajang dan menyingkirkan Khalid sebagai MB Selangor..Masih ramai Adun2 Dap,Pkr dan Pas mahukan T.Sri Khalid kekal sebagai MB.
6.. Majoriti Ngo2 Melayu Islam tempatan di Selangor menolak dan membantah beberapa pendirian Anwar dalam soal survival Melayu dan Islam di Selangor. Anwar lebih mirip kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama KHUSUSnya dalam pendiriannya menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja yang ditentang hebat oleh Ngo2 Islam seperti ACCIN dan  PEMBELA termasuk rakan-rakan lamanya dalam ABIM.
7. Anwar secara terbuka telah menyokong  keselamatan Israel yang disiarkan dalam The Wall Street Journal ( WSJ) bertarikh 26 Januari 2012 dengan melafazkan kata sokongan kepada segala usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel dengan berhasrat untuk membuka hubungan diplomatik bersama Israel. Ini bercannggah dengan dasar luar negara yang tidak mengiktraf kewujudan negara Israel..
8. Anwar telah dikenali umum oleh bekas-bekas rakan karibnya dalam ABIM termasuk oleh Allahyarham Dr Uthman ElMuhammady sebagai seorang yang berfahaman pluralisme agama yang menganggap semua agama di dunia ini sama saja matlamatnya untuk kebaikan dan akan ke syurga. Tak layak jadi MB Selangor kerana MB mesti seseorang yang kuat berpegang kpd Ahlus Sunnah Wal Jamaah..Pluralisme Agama terkeluar dari agama Islam.
9. Anwar telah menunjukkan sikap takabbur apabila mengesahkan dalam wawancara dgn Australia Network’s Newsline (Jim Middleton) yang disiarkan 7 Feb 2014 bahawa beliau sedang dalam perbincangan dengan Tan Sri Khalid untuk menggantikan sebagai  MB Selangor yang baru. Sedangkan pada 29 Januari Pas selangor menolak secara terbuka perlantikan Anwar sebagai MB Selangor yang baru…
10. Di peringkat serantau Anwar telah menjalin hubungan rapat dengan Jaringan Islam Liberal (JIL) yang dah diketahui umum mendapat bantuan dana drpd musuh-musuh Islam bagi menyebarkan fahaman pluralisme, Liberalisme dan sekularisme di Indonesia.
anwar_wolfowitz _dana_luar_yahudi
11. Anwar disebut-sebut untuk merencanakan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik. Beliau sebelum ini merupakan pengasas dan bekas presiden Foundation for the future (FFF) yang terlibat secara proaktif memulakan ‘Arab Spring’ di negara2 timur tengah yang menyaksikan kejatuhan kerajaan-kerajaan di sana.
12. Cara perletakan jawatan ADUN Kajang dari PKR adalah tidak bermaruah dan bermoral..Dah menang besar majoditi 6824 undi tapi menyalahgunakan proses demokrasi untuk kepentingan Anwar yang gagal jadi PM pada PRU 13..Disyaki ada unsur rasuah dan sogokan oleh Anwar kepada ADUN Kajang untuk mengosongkan kerusi berkenaan.
13. Anwar masih lagi dalam proses menghadapi kes rayuan Peguam Negara terhadap kes liwat kedua Mohd Saiful Bukhari..Jika dalam rayuan nanti Anwar didapati bersalah maka kedudukan Anwar sebagai ADUN Kajang dan juga MB Selangor akan bermasalah dan menjadi konflik baru kepimpinan negeri di Selangor..Lebih selamat jika Sultan Selangor tidak melantik Anwar sebagai MB dari awal lagi.
14. Terdapat tidak kurang 12 kes-kes lain di mahkamah Sivil, sama ada yang sedang berjalan, telah diputuskan atau telah ditarik balik yang melibatkan saman jutaan ringgit oleh atau terhadap Anwar sendiri. Adakah rakyat selangor mahu melihat MB Selangor lepas ni kerjanya hanya naik turun mahkamah.
15. Anwar pernah menipu rakyat tentang provokasi murahannya untuk ambil alih Perdana Menteri Malaysia pada 16 Sep 2008 dengan memberi tempoh 2 minggu kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan mendakwa ada 31 ahli Parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan Pembangkang. Ternyata omong kosong.
16. Anwar seorang pemimpin yang tiada nilai integriti dengan sering memutarbelitkan pendirian beliau dan juga org lain dalam pelbagai isu. Beliau sudah hilang integriti dan tidak layak memimpin khasnya untuk dilantik sebagai MB Selangor.
17. Anwar sering diserang secara peribadi yang membongkar perlakuan buruk akhlaknya oleh bekas teman-teman rapat beliau. Namun beliau membisu dan tidak berani mengheret dan menyaman malu ke mahkamah atas fitnah. Jika ada yang disaman ke mahkamah seperti Dr Chandra Muzaffar maka Anwar tarik semula saman tersebut kerana tak berani berhadapan dengan kenyataan-kenyataan benar jika dibicarakan di mahkamah.
anwar_saiful_angkat_tangan_sumpah_laknat_muhabalah
18. Fahaman pro republikan yang menjadi aspirasi perjuangan Anwar ke Putrajaya dengan mencanangkan kuasa rakyat akan mengakibatkan semua agenda Islam, Melayu dan Mendaulatkan Institusi Raja-Raja Melayu terus terpinggir. Akhirnya Institusi Raja akan diruntuhkan.
19. Anwar sering menggunakan kaedah-kaedah yang tidak beretika iaitu matlamat menghalalkan cara untuk mencapai sesuatu cita-citanya.
- Tahun 1999 mendakwa terdapat konspirasi terancang untuk membunuhnya dengan racun arsenic dan suntikan virus HIV dalam penjara..
- Tahun 2001 berlakon sakit tulang belakang hingga terpaksa berkerusi roda dan memakai pendakap leher.
- Tahun 2004 mendapatkan rawatan sakit belakang di Hospital Munich, Jerman dalam keadaan berjalan sendiri dan memakai pendakap leher.
- Tahun 2008 mendapatkan perlindungan di kedutaan Turki dgn alasan ada pihak mahu membunuhnya sedangkan beliau lari daripada soal siasat polis dalam kes Saiful.
-2008 mendakwa 31 MP BN sedia untuk keluar BN Menyertai pakatan pembangkang.
-2009 mendakwa Prof Dr Yusof al Qardhawi menyokongnya dlm kes tuduhan liwat oleh Saiful.
20. Kebanyakan kawan2 karib beliau serta pegawai-pegawai yang pernah rapat dengan beliau telah bermufaraqah dengan beliau. Antaranya Dato Dr Sidiq Baba, Hj Ismail Mina, Dr Halili Rahmat, Anuar Shaari bekas SU sulitnya, Dato Zulkifli Nordin bekas peguambelanya, Dr Chandra Muzafar, Ezam Mohd Nor bekas Supolnya dan ramai lagi.
21. Anwar juga sering terlibat dalam majlis-majlis dan perhimpunan yang melanggar perundangan negara seperti BERSIH, Seksualiti Merdeka, Blackout 505..
Kesemua fakta dan 21 DALIL ini membuktikan bahawa Anwar tidak layak dipilih sebagai ADUN KAJANG dan MB SELANGOR. [Sumber : anginperubahan.blogspot.com]
P/S ~ Bagaimana kalau IBM tambah satu lagi jadi 22 dalil. Anwar  boleh bertukar wajah seperti 'sesumpah'. Krekternya boleh berubah, politiknya berubah-rubah pendek kata semua boleh berubah-rubah mengikut sesuka hatinya. Ini amat-amat merbahaya kepada rakyat dan negara. Kesimpulannya, Anwar Berahim tak layak jadi MB Selangor. ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Tuesday, February 25, 2014

PEMANDU PELANCONG DI TEMBAK SELEPAS DIUGUT

SELASA, 25 FEBRUARI 2014
KUALA LUMPUR 25 Feb - Seorang pemandu pelancong maut ditembak ketika cuba melarikan diri selepas diugut seorang lelaki di hadapan sebuah klinik di Taman Sentosa, Brickfields malam tadi. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata mangsa yang berusia 27 tahun maut akibat terkena dua das tembakan yang mengenai belakang kepala dan yang menembusi mulutnya dalam kejadian kira-kira pukul 7.17 malam.
"Ketika kejadian mangsa S.Jeevanandan dikatakan sedang memandu kereta Proton Wira yang dipinjam dari seorang wanita untuk ke sebuah kedai minuman sebelum keretanya dilanggar sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki empat suspek," katanya dalam sidang media di sini hari ini.  Beliau berkata mengikut saksi di tempat kejadian, ketika mangsa memberhentikan keretanya, salah seorang suspek keluar dari mereka sebelum mengugutnya. Takut dengan ugutan itu, mangsa terus lari keluar dari keretanya untuk meminta bantuan, namun dia ditembak, katanya.

"Siasatan polis di lokasi kejadian turut menemui satu kelongsong peluru dan dua butir slug. Sejurus kejadian, polis menahan seorang wanita iaitu pemilik kereta Wira berkenaan dan seorang lelaki iaitu rakan mangsa yang membawanya ke hospital, untuk membantu siasatan," kata Khairi sambil menambah motif kejadian masih disiasat.  Beliau berkata pihak hospital mengesahkan mangsa sudah meninggal apabila dibawa ke hospital.  Beliau berkata polis akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan berkenaan.

P/S ~ Kadang-kadang naik risau juga dibuatnya. Jenayah berlaku dimana-mana tanpa hari dan masa. Kata kadar jenayah di negara ini sudah turun. Tapi, boleh dikatakan hampir setiap hari ada je kes bunuh berlaku. Apa dah jadi ni? Apapun, hati-hati kerana jenayah ada dimana-mana dan beri kerjasama pada pihak polis jika ada maklumat tentang kejadian jenayah. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

GEMPAK!! A RAHMAN HASSAN TIBA-TIBA PENGSAN DI ISTANA BUDAYA

SELASA, 25 FEBRUARI 2014

DUNIA HIBURAN
KUALA LUMPUR: Penyanyi era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan jatuh pengsan ketika menghadiri majlis perasmian DVD Asas Gerak Melayu yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya pada petang Selasa. A. Rahman rebah semasa sedang duduk di kerusi di dalam dewan sebelum sempat disambut oleh tetamu disebelahnya.
Ketika kejadian, mantan Timbalan Ketua Pengarah Artistik Istana Budaya, Datuk Mohd Bisharuddin Mohd Nor Bhasa, sedang menyampaikan ucapan perasmian acara tersebut kira-kira pukul 3.30 petang. Penyanyi itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas sebuah ambulan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.
Sebelum itu, kakitangan Istana Budaya sempat memberikan bantuan kecemasan kepada penyanyi itu sebelum dibawa ke hospital. A. Rahman sepatutnya bertindak sebagai moderator program berkenaan bersama-sama dengan Datuk Zulkifli Zain, Datuk Ramli Ibrahim dan Norzizi Zulkifli.
Sementara itu, anak lelaki A. Rahman iaitu Khir Rahman ketika dihubungi tidak mengetahui keadaan sebenar bapanya dan sedang dalam perjalanan ke hospital.
P/S ~ Terkejut juga dengar berita ni. Apapun sama-sama kita berdoa agar A Rahman Hassan sihat kembali. Nasihat IBM agar abang A Rahman Hassan banyakkan berihat. Lupakan aktiviti di luar sana buat sementara waktu. Kesihatan tu penting bang. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...