JENAYAH (SERANGAN SEKSUAL)

Mengikut cerita sebenar, wanita tersebut menaiki teksi berkenaan selepas membeli barangan dapur dekat jalan Metro Prima di Kepong pada jam 7 malam, 28 Jan lepas. Difahamkan, pemandu yang miang itu dipercayai berumur 70-an. Wanita itu duduk di tempat duduk penumpang sebelah pemandu teksi tersebut yang kemudiannya mula memberi komen lucah dan seksual terhadapnya. Beliau di dakwa meraba pahanya dan meletakkan sebilah pisau di atas papan pemuka dan pada masa yang sama mengeluarkan kata-kata lucah terhadap wanita yang mula ketakutan.

Mengikutnya, SPAD akan bekerjasama rapat dengan polis dalam penyiasatan ini dan SPAD merasa dukacita di atas kejadian ini serta mengutuk semua bentuk gangguan terhadap pelanggan-pelanggan teksi. Dan sekiranya didapati bersalah, pemandu teksi itu berdepan risiko lesen dibatalkan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, katanya. Siasatan ini juga di segerakan apabila Mohd Nur Ismal terbaca pada satu lapoaran dari sebuah portal berbahasa Inggeris, The Star yang bertajuk 'Nightmare ride with pervert cabbie'. Maka tindakan segera diambil oleh SPAD.
Di samping itu, Mohd Nur Ismal mengingatkan kepada sesiapa sahaja yang memandu pengangkutan awam tak kira teksi atau pun bas, jika didapati bersalah terhadap perbuatan seperti didakwa itu tidak layak menjadi pemandu teksi atau bas dan mengaibkan profesion itu. Serangan seksual seperti itu, harus dibendung demi untuk mmenjaga maruah penumpang yang memerlukan khidmat pengangkutan awam. Tak mustahil ianya akan terjadi pada penumpang dari luar negara, kata Mohd Nur Ismal. Oleh itu aduan dari orang ramai amatlah di alu-alukan. Wasslam.