Tuesday, February 25, 2014

PEMANDU PELANCONG DI TEMBAK SELEPAS DIUGUT

SELASA, 25 FEBRUARI 2014
KUALA LUMPUR 25 Feb - Seorang pemandu pelancong maut ditembak ketika cuba melarikan diri selepas diugut seorang lelaki di hadapan sebuah klinik di Taman Sentosa, Brickfields malam tadi. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata mangsa yang berusia 27 tahun maut akibat terkena dua das tembakan yang mengenai belakang kepala dan yang menembusi mulutnya dalam kejadian kira-kira pukul 7.17 malam.
"Ketika kejadian mangsa S.Jeevanandan dikatakan sedang memandu kereta Proton Wira yang dipinjam dari seorang wanita untuk ke sebuah kedai minuman sebelum keretanya dilanggar sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki empat suspek," katanya dalam sidang media di sini hari ini.  Beliau berkata mengikut saksi di tempat kejadian, ketika mangsa memberhentikan keretanya, salah seorang suspek keluar dari mereka sebelum mengugutnya. Takut dengan ugutan itu, mangsa terus lari keluar dari keretanya untuk meminta bantuan, namun dia ditembak, katanya.

"Siasatan polis di lokasi kejadian turut menemui satu kelongsong peluru dan dua butir slug. Sejurus kejadian, polis menahan seorang wanita iaitu pemilik kereta Wira berkenaan dan seorang lelaki iaitu rakan mangsa yang membawanya ke hospital, untuk membantu siasatan," kata Khairi sambil menambah motif kejadian masih disiasat.  Beliau berkata pihak hospital mengesahkan mangsa sudah meninggal apabila dibawa ke hospital.  Beliau berkata polis akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan berkenaan.

P/S ~ Kadang-kadang naik risau juga dibuatnya. Jenayah berlaku dimana-mana tanpa hari dan masa. Kata kadar jenayah di negara ini sudah turun. Tapi, boleh dikatakan hampir setiap hari ada je kes bunuh berlaku. Apa dah jadi ni? Apapun, hati-hati kerana jenayah ada dimana-mana dan beri kerjasama pada pihak polis jika ada maklumat tentang kejadian jenayah. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...