Monday, March 24, 2014

PESAWAT CHINA KESAN 'OBJEK PUTIK' MENCURIGAKAN. ADALAH ITU MH370?

ISNIN, 24 MARCH 2014
BEIJING : Anak kapal dari China mengesan 'objek mencurigakan' di selatan Lautan Hindi dalam misi mencari pesawat MH370 yang hilang, lapor agensi berita rasmiXinhua, Isnin. Objek 'putih dan empat segi' telah ditemui oleh pasukan pencari dari atas pesawat Ilyushin-76, katanya. Anak kapal telah melaporkan koordinat 95.1113 darjah timur dan 42,5453 selatan ke pusat arahan Australia serta kapal pemecah ais Xuelong dari China, yang dalam perjalanan ke kawasan laut berkenaan, kata Xinhua.
Terdahulu laporan Xinhua berkata sebuah pesawat tentera China pada Isnin berangkat dari bandar Perth, barat Australia untuk mendapatkan 'serpihan mencurigakan' yang dirakam oleh satelit.  Penerbangan MH370 hilang dari radar awam 16 hari lalu, hampir satu jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.  Penumpang Cina terdiri daripada dua pertiga daripada 239 orang di atas kapal pesawat Boeing-777. - AFP.

P/S ~ Teruskan mencari. Jangan putus asa, ibaratkan pencarian MH370 adalah pencarian 'tidak putus asa'. Wasallam ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

SELEPAS KEHILANGAN MH370. MH144 PULA DITIMPA MUSIBAH....

ISNIN, 25 MARCH 2014
NEW DELHI : Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada Jumaat malam. Portal berita Nepal kantipuronline.com. pada Sabtu memetik pihak berkuasa lapangan terbang sebagai berkata kejadian pada pukul 10.45 malam itu menyebabkan hujung Landasan 02 dipenuhi serpihan kaca. Tiada laporan mengenai kecederaan yang dialami mereka yang menaiki pesawat MH-144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu itu.

Petugas kokpit pesawat itu bagaimanpun dikatakan tidak segera memaklumkan kejadian tersebut kepada Pengawal Trafik Udara (ATC). Kapten pesawat berkenaan bagaimanapun mengesahkan ia “disyaki melanggar unggas”, selepas anak kapal Jet Airways melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang, kata laporan itu. Juruterbang MAS terbabit dipercayai mungkin dikenakan tindakan kerana tidak segera melaporkan kejadian tersebut. Kejadian itu terdedah selepas seorang juruterbang Jet Airways, yang mendaratkan pesawatnya beberapa minit selepas pesawat MAS, memaklumkan kepada kami beliau ternampak serpihan kaca berselerak di landasan, kata seorang pegawai ATC yang enggan dikenali.



Para pegawai TIA yang membuat pemeriksaan menjumpai sekurang-kurangnya 10 bangkai itik serta kepingan kaca di landasan. Serpihan kaca itu kemudian dibuang dan lapangan terbang tersebut kembali beroperasi 30 minit kemudian. Para pegawai menjumpai dua lagi bangkai itik ketika melakukan pemeriksaan rutin pada pagi Sabtu. Ini kali pertama kami melihat begitu banyak itik di kawasan lapangan terbang ini, kata seorang pegawai yang mengesyaki unggas itu mungkin itik penghijrah. MAS membatalkan penerbangannya ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 11 malam Jumaat. Semua penumpang yang menempah penerbangan itu ditempatkan di hotel Soaltee, Annapurna dan Hyatt Regency. Pesawat berkenaan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 3:30 petang Sabtu setelah dibaiki.

Sementara itu, pegawai ATC berkata pengurus besar TIA telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan beliau mengesyorkan tindakan dikenakan terhadap juruterbang MAS terbabit kerana tidak membuat laporan segera tentang kejadian itu. Juruterbang berkenaan sepatutnya memaklumkan kejadian itu dengan segera kepada pihak berkuasa lapangan terbang bagi mengelak kejadian tidak diingini, kata pegawai itu. Lebih 75 kejadian pesawat berlanggar dengan unggas ketika berlepas atau mendarat berlaku di TIA sejak 1990. Tiga daripadanya mengakibatkan kerosakan besar terhadap pesawat. Walaupun sebuah pesawat Airbus A300 Thai Airways dan sebuah pesawat Dc-10 Biman Bangladesh terselamat daripada nahas pada 1996 dan 2010, 19 orang maut apabila pesawat Dornier Sita Air terhempas pada September 2012. – BERNAMA

P/S ~ Syukur alhamdulilaah semuanya selamat. Kalau tidak MAS sudah ditentu dikecam dan perlekehkan oleh pembangkang dan juga media-media asing akan memubat andaian yang negatif tentang syarikat penerbangan negara kita MAS. Dahlah dik kerana insiden kehilangan MH370 belum lagi selesai, bertambah-tambah pula musibah yang menimpa MAS. Tapi, itu adalah satu dugaan. Harap semua bersabar. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

TEWAS DI PRK DUN KAJANG, CHEW MEI FUN TIDAK KECEWA TERIMA KEKALAHAN DENGAN HATI TERBUKA

ISNIN, 24 MARCH 2014
WALAUPUN  tewas, calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun menerima dengan hati terbuka kekalahan beliau pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang menyaksikan lawannya Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti 5,379 undi. Menurut Mei Fun, beliau serta jentera BN memang dari awal lagi menyedari bertanding di Kajang yang sememangnya diketahui sebagai kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan satu tugas mudah dan terbukti, Wan Azizah berjaya meraih undi simpati daripada orang ramai. Namun, jelas Naib Presiden MCA itu, kekalahan berkenaan tidak sedikit pun mematahkan semangat beliau sebaliknya akan terus memberi fokus bagi membantu barisan kepimpinan baharu MCA untuk menjayakan transformasi sebagai persiapan awal menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Saya hormati keputusan yang telah dibuat pengundi Kajang. Terima kasih kepada mereka yang undi saya. Kita dari awal lagi tahu ini bukan tugas mudah tetapi telah berusaha sebaik mungkin tetapi Wan Azizah berjaya raih undi simpati, katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan BN di Bukit Angkat, di sini malam ini. Wan Azizah meskipun berjaya meraih kemenangan dengan jumlah undi 16,741 undi mengatasi Mei Fun yang memperoleh 11,362 undi tetapi menyaksikan penurunan jumlah majoriti undi dipercayai ada kaitan dengan tindakan penyokong Pas melakukan protes dengan tidak keluar mengundi. Pada pilihan raya umum lalu, bekas wakil rakyat Kajang yang meletakkan jawatan tanpa alasan munasabah, Lee Chin Cheh, bagi memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding memperoleh 19, 571 undi walaupun melibatkan pertandingan enam penjuru.

P/S ~ Bagi pandangan IBM, kemenangan Kak Wan Jijah adalah kerana undi  simpati, bukan kerana beliau seorang calon yang wibawa. Apapun tahniah kepada Datin Paduka Chew Mei Fun dan seluruh petugas2 dan jentera BN yang bertungkus lumus untuk memenangkan BN, tapi, itulah percaturan politik. Kekalahan ini bukan bererti rakyat menolak BN. mengurangkan majoriti PKR sudah cukup bermakna dan ianya menunjukkan bahawa PKR dalam bahaya pada PRU ke-14 nanti. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Sunday, March 23, 2014

BN TEWAS BERMARUAH. PKR MENANG, TAPI MAJORITI SUSUT TANDA PKR NAK MAMPUS!

AHAD, 23 MARCH 2014
WALAUPUN tewas, tapi tewasnya BN bermaruah. Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan penguasaannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan majoriti  5,379 undi. Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berjaya memperoleh sebanyak 16,741 undi. Dengan keputusan itu, Wan Azizah berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 11,362 undi. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman kira-kira pukul 9.05 malam, Ahad.
Turut hadir di pusat penjumlahan undi di Komplek Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. Sehingga proses pengundian ditutup secara rasmi pada pukul 5 petang tadi, seramai 28,314 atau 72 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Pada PRU-13, PKR menang di kerusi DUN Kajang menerusi wakilnya, Lee Chin Cheh dengan majoriti 6,824. Lee bagaimanapun mengosongkan kerusi DUN Kajang tanpa sebab pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil menerusi rancangan 'langkah Kajang' yang dirancang PKR.
P/S ~Tak malu pun BN kalah di PRK DUN Kajang. Sebagai underdog, BN berjaya mengurangkan majoriti undi supaya PKR tidak menabik dada. Apapun tahniah kepada calon kita, Datin Paduka Chew Mei Fun, petugas-petugas BN yang bertungkus lumus untuk memenangi DUN Kajang, tapi, itu kehendak rakyat di Kajang, maka kita terima sahajalah dengan semangat yang tinggi. Kalah tak semestinya kita kecewa, malah ada hikmah di sebaliknya. Kini, kita tumpukan pula kepada PRK di Sarawak, DUN Balingan. Sama-sama kita doakan agar calon BN memperoleh kemenangan. Insyallah. Wasallam ~ IBM
 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

SI AZMIN KATA PKR MENANG BESAR DAN CHEW HILANG WANG DEPOSIT!...BERANGAN LE KO AZMIN!

SABTU, 22 MARCH 2014

Amboi, cakap besar PKR ni ye. Tak apa, kita tunggu dan lihat pada hari minggu ni. Kita tengok sapa yang kena. Begitu yakin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kononnya mampu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan majoriti besar berbanding PRU-13. Malah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali meramalkan, parti itu akan menerima undi luar biasa daripada pengundi sebagai tanda sokongan kepada 'Langkah Kajang' yang mereka. PKR mahu Datuk Seri Dr Wan Azizah menang...menang bukan dengan majoriti biasa, tapi luar biasa.

Malah  Azmin dan PKR mendoakan agar calon Barisan Nasional (BN)  (Chew Mei Fun) hilang wang deposit, itu kata si Azmin yang diibaratkan seperti 'Mat Jening' ketika berucap di majlis Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam semalam, Jumaat. PRK Kajang menyaksikan Wan Azizah bertanding dalam saingan satu lawan satu menentang wakil BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. Selain itu Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merayu agar pengundi DUN Kajang memberi kemenangan kepada PKR bagi mengekalkan penguasaan mereka di kerusi berkenaan. Katanya, calon mereka calon yang hebat dan diuji. Mereka mahu menyaksikan Kajang kekal sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat.

Ye le Azmin. Kita tunggu dan lihatlah nanti. BN tidak menaruh harapan untuk menang besar, tapi, cukup sekadar menang dan akan mengotakan janji kepada rakyat Kajang bahawa nasib mereka akan terbela sekiranya BN diberi mandat dan halau PKR dan Pakatan Rakyat dari Kajang. Tungguuuuuu! Wasallam ~ IBM

 
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...