WALAUPUN tewas, tapi tewasnya BN bermaruah. Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan penguasaannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan majoriti 5,379 undi. Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berjaya memperoleh sebanyak 16,741 undi. Dengan keputusan itu, Wan Azizah berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 11,362 undi. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman kira-kira pukul 9.05 malam, Ahad.

Pada PRU-13, PKR menang di kerusi DUN Kajang menerusi wakilnya, Lee Chin Cheh dengan majoriti 6,824. Lee bagaimanapun mengosongkan kerusi DUN Kajang tanpa sebab pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil menerusi rancangan 'langkah Kajang' yang dirancang PKR.
P/S ~Tak malu pun BN kalah di PRK DUN Kajang. Sebagai underdog, BN berjaya mengurangkan majoriti undi supaya PKR tidak menabik dada. Apapun tahniah kepada calon kita, Datin Paduka Chew Mei Fun, petugas-petugas BN yang bertungkus lumus untuk memenangi DUN Kajang, tapi, itu kehendak rakyat di Kajang, maka kita terima sahajalah dengan semangat yang tinggi. Kalah tak semestinya kita kecewa, malah ada hikmah di sebaliknya. Kini, kita tumpukan pula kepada PRK di Sarawak, DUN Balingan. Sama-sama kita doakan agar calon BN memperoleh kemenangan. Insyallah. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"