SABTU, 22 MARCH 2014

Malah Azmin dan PKR mendoakan agar calon Barisan Nasional (BN) (Chew Mei Fun) hilang wang deposit, itu kata si Azmin yang diibaratkan seperti 'Mat Jening' ketika berucap di majlis Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam semalam, Jumaat. PRK Kajang menyaksikan Wan Azizah bertanding dalam saingan satu lawan satu menentang wakil BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. Selain itu Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merayu agar pengundi DUN Kajang memberi kemenangan kepada PKR bagi mengekalkan penguasaan mereka di kerusi berkenaan. Katanya, calon mereka calon yang hebat dan diuji. Mereka mahu menyaksikan Kajang kekal sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat.
Ye le Azmin. Kita tunggu dan lihatlah nanti. BN tidak menaruh harapan untuk menang besar, tapi, cukup sekadar menang dan akan mengotakan janji kepada rakyat Kajang bahawa nasib mereka akan terbela sekiranya BN diberi mandat dan halau PKR dan Pakatan Rakyat dari Kajang. Tungguuuuuu! Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"